Saturday, 15 March 2014

0
Komen

#55 : Pejamkan Matamu

Assalamualaikum dan selamat petang.



Saat ak terasa penat dan kecewa, ak cuba pejam mata. Tanpa dapat dikawal terasa air hangat di tubir mata. Hangat sebab berperang dengan perasaan yang bermacam macam. Perasaan kecewa dan jeles yang banyak menguasai fikiran. Mungkin orang ingat ak bodoh sebab jeles, tapi jeles ak ada sebabnya. :'(


Kalaulah kalian faham apa yang ak rasakan saat ini. Tapi ak yakin perkataan kalau itu tidak akan muncul kalau kita sama-sama faham keadaan sekarang. Ak dah penat untuk mencuba, penat untuk sentiasa beralah, penat untuk sentiasa memberi peluang dan jugak penat untuk menjelaskan pada orang sekeliling. 


Sungguh ak jeles. Betul, ak tak tipu. Ak jeles pada teamwork yang diorang semua ada. Ak jeles dengan setiap komitmen yang diorang berikan. Ak jeles pada setiap gelak tawa diorang setiap kali meeting. Ak jeles pada setiap perbincangan diorang. Ak jeles, jeles sebab ak tak dapat rasa apa yang ak nak bila bersama dengan kalian. Mungkin sebab expectations ak terhadap kalian terlalu tinggi sebelum ini, lalu bila kalian tak mampu memenuhi apa yang ak expect, ak yang akhirnya kecewa. Padan muka kau Ana. 


P/s: Keputusan sudah dibuat. Harapnya ini adalah keputusan yang terbaik. *senyum*

Copyright @ Segala yang berada di blog ini adalah hak milik Ana Shuwaa. Terima kasih