Sunday, 15 September 2013

0
Komen

#52 : My cinta hati

Assalamualaikum dan selamat tengah hari.

Ehem, I`m back setelah hampir dua minggu berehat dari mengupdate blog. And now dah masuk September, and maksudnya ak dah masuk sem baru kat UIA neh. Well, I`m officially Second Year Second Semester student. Still have two years to complete my study. Nie pejam celik pejam celik memang cepatlah kan masa berlalu. Nak nak dua tahun lagi, haih memang tak lama lah kan. Okay, x sabar nak grad. :)))


Bila dah masuk sem baru nie, maksudnya ak pun dah tak kerja kat nursery tu dah. Susah kot nak buat keputusan nie. Yelaa, ak dah sayang giler kat diorang. Tapi walau sayang macam mana pun, ak kena jugak buat keputusan. Memang la mula mula ak still nak sambung part time jugak. Tapi bila fikir fikir balik, ak pun nak menyenangkan kerja diorang, so I need to quit. Yelaa, bila jadi part timer kau pun x sure bila kau boleh datang kerja kan dengan life kau as a student yang x menentu jadualnya. Tambah tambah kalau ak nie, lagi lah ak x boleh nak janji. Ada je kerja nak kena buat. Daripada ak menyusahkan diorang lagi baik ak menyenangkan kerja diorang kan. So, the best solution adalah berhenti. heee, but I`m still can come to the nursery la to meet all the kids and babies. hooraayyy *joget joget*


So, ari jumaat tu ak pun pergi jelaa nursery tu utk jumpa dgn diorang. Sebabnya ari jumaat je yg ak free. Ari lain ak full dengan kelas. Masa ak pergi tu diorang semua sedang tidur. So, ak terus naik tingkat atas utk jumpa dengan baby baby semua. And first words yang keluar dari mulut ak kat nenek adalah " Mana Rayyan ? ". Lalu nenek jawab," Rayyan dah seminggu tak datang nursery." Huwaaa, terasa nak nangis. Rindu Rayyan. Rindu kat dia since masa ak dah nak last kerja dulu pom Rayyan dah tak datang nursery. Ingatkan tak sihat ke hapa tak datang. Tak sangka sampai ke ari ak melawat tu Rayyan tak datang jugak. wuwuuwuw. Oh my Rayyan, Teacher rindu awak taw :(


I just peluk asma` and Fatini sambil kiss diorang kat pipi. Rindu jugak kata dua orang anak dara nie. Masa peluk asma` tu, dia macam blur blur je ngan teacher Ana dia nie. Gaya dia macam malu pun ada. Sumpah rasa nak tergelak dengan asma` ari tu, heeee. Masa peluk Fatini pulak okay je. Suka la Fatini tu orang peluk peluk dia sambil angkat dia dok atas riba. Masuk bilik sebelah baby baby lain pun sedang enak je tidur. Tapi ada sorang baby nie tak tidur lagi. Nampak ak je terus sengih. Rupanya dia baby baru, namanya Najmi. Najmi mengingatkan ak pada Rayyan. sebabnya Najmi suka tersenyum. Sama macam Rayyan. =,=


Since I make a post about them, so ak akan cerita pasal diorang. Abadikannya dalam blog ini. Ak jamin post nie panjang., but I don`t care. hoho

ASMA`




Ini Asma`. Baby perempuan yang suka sangat senyum. Seorang yang manja dengan nenek. Nampak nenek je dah x pandang kitorang nie daah. hehe, so bila nenek tak datang kerja nie yang best nie nak buli asma`. Buli maksudnya berpura pura tak bagi perhatian sangat la kat dia. Kalau ada nenek, nenek la yang manjakan dia. Kalau x de nenek, hooraayy boleh buli asma`. hihi. Umur nya dah masuk setahun dah, tapi masih lagi tak pandai jalan. Mungkin sebab badannya ringan sangat kot. +_+. Mohon supaya Asma` cepat cepat tambah berat badan. Ringan sangat. #eh :D

Awak tahu tak Asma` yang teacher pun suka tengok awak senyum. MasyaALLAH comel sangat. Bila awak senyum akan menampakkan gigi depan awak yang enam batang tu. Okay rasa macam nak gigit je awak taw. comel sangat. Mohon Asma` membesar jadi anak yang solehah. InsyaALLAH, ameen ;)


FATINI RANIA (Fatini)




Okay, nie Fatini. Baby yang paling mengada sekali. Mengadanya sejak baik daripada sakit ari tu. Ya ampun, mengadanya kadang kadang menguji kesabaran. Bila baby yang lain menangis, dia pun ikut nak buat hal sama. saje je nak suruh orang dukung dia. Memang tak lah kan nak mendukung awak disaat yang lain menangis berjemaah. So the best solution adalah bagi awak puting dan hiraukan awak utk seketika. kadang-kadang kalau teacher geram sangat dengan awak, teacher akan letak awak kat bawah dengan budak budak lain. Sebabnya suara awak tu dah boleh menyedarkan baby baby lain yang sedang tidur taw. Tapi teacher turun lah balik dekat awak lepas keadaan kat atas dah stabil. See, nampak tak berapa teacher sayag kat awak. :p Awak dah pandai jalan dan sekarang pun dah stabil dah pun cara awak jalan. Tapi nak letak awak dekat bawah dengan budak2 yang lain memang tak lah lagi kan. hoho




Haa, nie gambar awak masa last day teacher kerja. Teacher tidurkan awak atas tilam dan bukannya dalam buai macam selalu. Awak dengan botol susu memang tak dapat dipisahkan. Lagi lagi dengan puting awak tu, memang tak nak berenggang. jealous teacher taw. Masa awak nak balik, teacher kiss awak. Teacher cakap " Sori Fatini ". Mohon supaya Fatini membesar menjadi anak yang solehah jugak. InsyaALLAH, ameen ;)


HUZAIFAH




Ini Huzaifah. Sebelum nie dia memang dok kat nursery tapi bercuti dalam 3 bulan sebabnya maknya melahirkan adik dia, Ukasyah. so Huzaifah pun turut bercuti sekali. Baru baru nie je baru datang balik nursery dengan adiknya. Huzaifah dah pandai berjalan dah pun. Kiranya senang jelaa nak jaga dia. Bagi je botol susu habis cerita. Dia buat laa hal sendiri dah laaa. hehe, sama je macam Fatini, masih belum boleh turun bawah lagi. So, dok jelaa kat atas dengan baby baby yang lain. Bila nampak maknya datang, mula lah dia dok joget joget melompat bagai, happy lah katakan. Mohon bila huzaifah membesar menjadi anak yang soleh. InsyaALLAH, ameen ;)


AHMAD RAYYAN RAQIEB (Amad)




Dia pun Rayyan jugak tapi kitorang panggil dia Amad. Amad pun dah pandai jalan jugak tapi masih lagi belum stabil, terkedek kedek je jalan. Erm, Amad nie kena diberi lebih sikit perhatian sebab dia sakit. Kesian kot. Masa g lawat nursery ari tu pom Amad baru lepas keluar wad, kena tahan beberapa hari kat sana. Walaupun Amad sakit, tapi dia still active kot. Melasak ke sana ke mari. Kita pulak yang risau tengok dia. Kadang kadang bila dia dok tengah syok syok melasak, time tu la dia kena sakitnya. Scary woah. Bila seminggu dua tiga kali kena, lagilah buat kitorang rasa cuak. +_+




Kalau nak tidurkan amad, kita kena dodoikan dia. Lilit amad dengan kain kat badan. Cayelah cara amad tidur. Kalau nak tidurkan dia atas tilam terus memang tak lah kan budak nie nak tidur. So macam tu jelaa caranya.  And yes, teacher pun dah berjaya tidurkan awak macam tu. #AchievementUnlocked. Mohon Amad sentiasa sihat. Tak mahu sakit sakit daaa. Semoga membesar menjadi anak yang soleh nanti. InsyaALLAH, ameen ;)

UKASYAH



Ini adalah adik Huzaifah tadi. Umurnya baru nak masuk tiga bulan. Senang jelaa nak jaga Ukasyah nie. cuma time nak mandikan dia, memang kuat lah jeritnya. Boleh dengar sampai ke bawah kot. Biasanya dalam pukul 12.30 p.m something la mak dia akan datang la utk breastfeeding ukasyah nie. Mak dia comel kot. Seriously comel. Aku yang perempuan nie pom mengakui kejelitaan mak dia, apatah lagi kalau orang lain yang tengok. Sebab tu la Huzaifah and Ukasyah nie comel je. haha

And and teacher pun dah berjaya mandikan awak Ukasyah, sendiri tanpa pertolongan orang lain. Yes, achievement unlocked okayy. haha. Cuak jugak la mula mula since badannya masih lagi lembik. But terpaksa la beranikan diri. Sebabya nenek x de pagi tu. so semuanya nak kena buat sendiri. Oh yeah. Mohon bila Ukasyah membesar nanti menjadi anak yang soleh. InsyaALLAH, ameen ;))


AYYASH


Nie Ayyash. Boleh dikatakan budak baru jugak la kat nursery. Datangnya pom hanyalah dua kali seminggu je. Seorang yang buat hal sendiri jgak. Baru berumur 9 bulan, dan sangat superb mengengsot. Letak je kat bawah, laju je dia mengengsot. Active jugak la si Ayyash nie. Tapi satu je, Ayyash nie sangat susah tersenyum. Teacher berjaya tengok awak senyum pom masa Teacher tidurkan awak taw. Macam macam yang Teacher buat untuk senyumkan awak, tapi awak langsung tak senyum. Awak lapar lagilah tak de nak menangis. Awak cuma menangis bila Teacher mandikan awak je. wwuuwuwu. kalau baby baby lain buat hal dengan awak, awak rileks je tak melawan ke hapa. so baik la Ayyash, =,=

Bila awak tak sihat, memang awak tak nak berenggang dengan Teacher je kan. Sampai nenek pun takut bila Teacher tak ada nanti macam mana nak handle awak. Tapi Teacher cakap kat nenek " Ayyash nie okay je la nenek. Tak sihat je dia tak ada mood macam nie. kalau dia sehat nenek tak kena risau daahh" hehe. Bila awak tak sehat, Teacher kena dukung awak utk tidurkan awak. Biasanya Teacher tepuk tepuk awak atas tilam laju je awak lena. Tapi kali nie tak. Teacher kena dukung awak, tepuk tepuk sampai awak tidur. Sehingga Rayyan pun Teacher tak sempat nak manja manja taw. Kesian Rayyan sehingga terlena sendiri kat tilam sebab tak ada sapa yang nak layan dia. wuwuuwuw



Awak ingat tak Ayyash, time nie la awak senyum. Tapi Teacher tak sempat nak snap gambar awak. comel sangat awak senyum. Ingat tak ari yang awak senyum masa tidur tu, ari last Teacher kerja kat situ. Terubat jugak la Teacher nak tengok awak senyum niee. heee. Masa parents Ayyash ambik Ayyash lambat ari tu, seriously Teacher tak tahu nak buat apa. Teacher kasik susu, awak memang tak nak minum langsung. Lagilah buat Reacher risau takut perut awak kosong sebab ari tu awak makan bubur je and tak nak langsung susu. Last last Teacher terpaksa suap awak makan Cerelac yang Mazin punya maghrib tu. Laju je awak makan sambil nangis. Nampak sangat yang awak lapar sayang. Bila dah selesai bagi awak makan, teacher siapkan awak wangi wangi dan tidurkan awak. Semoga menjadi anak yang soleh sayang ;)


MAZIN



Nie mazin. Tapi nama timangan yang nenek kasik kat awak Mazin adalah "Si Keling". hehe. Mazin nie adalah baby kesayangan Teacher Sya. Teacher Sya je yang bertahan melayan awak nie mazin, hehe. Dalam tido pom masih lagi boleh nak merengek. Dahla tido sekejap sekejap je. Tapi tak pe. awak still lagi comel. And now awak pun dah nak belajar mengengsot kan. Dah pandai dok angkat angkat badan. konon kononnya nak buat push up lah kan. hihi. 




Bila awak tak merengek, teacher lepas je awak main golek golek atas tilam tu. suka je kan awak dok main golek golek. Tapi kalau orang pegang awak, lagila awak double triple suka macam dalam gambar kat atas tu. siap melompat lompat lagi taw, heehe. Semoga membesar menjadi anak yang soleh jgak sayang ;))

WAN AL-FATEH  (Fateh)


Nie Fateh, baby kesayangan Nenek. Memang kesayanagan sangat lah kan awak nie Fateh. Kalau teacher pura pura marah awak kan, nenek marah teacher balik taw. see, nampak tak betapa nenek sayangkan awak. hehe. nenek je yang tahan dan tetap setia dengan awak. kalau awak menangis, teacher rela switch baby yang nenek pegang tu dengan awk. :D

Bila nenek x datang kerja, memang teacher letak jelaa awak main sorang sorang atas tilam tu. Okay je pulak kan awak tak menangis dan buat hal pun. Tapi asal nampak nenek je awak merengek. Babap kan Fateh nie. saje je kan nak mengada dengan nenek. hehe. Apa pun semoga menjadi anak yang soleh sayang ;)


RAYYAN RYQAL (Rayyan)



Niee haaa Rayyan, Baby kesayangan Teacher Ana. hoorraayy. Teacher suka awak sebab awak la yang paling tak bermasalah kat situ. Bermasalah maksudnya awak baik, suka gelak , boleh main sendiri, jarang menangis dan paling teacher suka sekali bila awak kuat makan. Tapi satu je awak nie bukannya yang suka minum susu sangat. Minum sikit muntah terus. Minum sikit muntah. Rasa rasanya Teacher je kan jadi tempat awak muntah sampai Teacher kena bawak baju lebih g nursery. Tapi bila lepas raya ari tu mama awak tukar susu, terus awak dah kurang kurang dah muntah. Dan kadang kadang tu awak tak muntah langsung. Suka tengok awak tak muntah dan boleh minum susu dengan bahagianya. 

Bila nak tidurkan awak, bagi awak minum susu, rasanya Teacher je yang boleh kasik awak minum susu sampai abes. Sebabnya teacher paksa awak minum kan. Dalam tak nak tu, awk minum jugak susu sampai abes kan. Nampak tak yang awak tu sebenarya lapar tapi saje je kan gedik tak nak minum susu. Elok elok je time dok menyusu tu mata awak pejaam. Teacher pom dah boleh tahu dah bila masa awak acah acah tak nak minum susu tapi sebenarnya awak lapar dengan awak memang tak nak langsung minum susu. See, nampak tak awak nie get more attention dari Teacher taw Rayyan. 


Niee haaa gambar time awak demam ari tu. Memang susu awak tak nak minum langsung la. Ya, Teacher taw awak punya pernafasan tersumbat dan x selesa nak minum. Bila baby lain semua dah balik memang Teacher pegang awak jelaa kan. Saje je Teacher pegang awak sebab Teacher taw lepas nie Teacher dah x boleh dah nak pegang pegang awak macam tu selalu. 



Last day Teacher jaga awak. Teacher peluk awak kemas kemas. Entah kenapa Teacher rasa sayang nak lepaskan awak. Teacher tidurkan awak sambil peluk awak kat bawah sebabnya hari sebelumnya Teacher tak bagi perhatian kata awak sebab Ayyash tak sehat sehingga awak tertidur sendiri tak ada sapa nak layan awak. Mana taw hari tu rupanya memang dah last day betul betul la teacher jumpa awak. Ari Rabu, Khames, Jumaaat dan sehingga lah minggu yang lepas awak x datang langsung nursery. Tak lama lagi Rayyan dah nak jadi abang kan, jadi  Mohon Rayyan sentiasa sehat dan jadi anak yang soleh ya sayang. Teacher sayang awak ;))


NAJMI 


Najmi adalah baby baru yang masuk minggu nie. MasyaALLAH Najmi nie tersenyum all the time. Mula mula tu ak ingatkan dia nie perempuan, tapi bila kak Ina kata dia nie lelaki ak macam tak nak percaya. Sebab nya Najmi nie comel sangat kot. serius comel. Saat Najmi nampak Teacher Ana, terus dia tersenyum, n secara tak lansung Najmi mengingatkan ak pada Rayyan. Persamaan mereka adalah suka tersenyum. Lalu ak ambik Najmi dari pembaringannya dan pegang dia. See, nampak tak dia punya mulut yang terbuka sebab gelak yang sentiasa setiap kali ak mengagahnya. Comel sangat. =,=



Pergh, sempat lagi ak camwore dengan Najmi. Tengoklah betapa semangatnya dia. Memang banyak lah kan gambar si Najmi nie dalam nset ak. Memang fotogenik abes la budak nie. pandai aje senyum bila ak kata senyuummm. haha. Semoga Najmi jugak membesar jadi anak yang soleh nanti ;))

-------------------------------------------------------*******-------------------------------------------------------------







Bukan ak jaga baby je. Kadang2 kalau orang bawah x cukup orang nak handle budak budak bawah semua and kebetulan kitorang orang yang jaga baby kat atas nie akan turun la sekejap tolong tolong yang mana patut. Kadang2 kalau diorang bising sangat dan tak terkawal, kitorang buat la energizer dengan diorang. Haaa, kalau bab tu Teacher Sya yang pandai main nyanyi nyanyi dengan diorang. Ak nak nyanyi ? baru sampai sebaris lagu pom dah pancit hoii. pitching semua lari terbang melayang ke mana. hehe. lagipun suara ak nie ada problem sikit. Kalau ak paksa kuatkan suara sikit, konpem tekak ak sakit. entah apa la masalahnya pun tak tahu. End up dengan batuk batuk sehingga boleh buat terkeluar ayaq mata sikit . -__-





Nie la antara muka muka budak bawah. semua comel comel dan hensem hensem kot. nama sorang sorang pun tak nak kalah memasing. But its okayy. still tak dapat nak lawan nama Teacher Ana lagi taw #Eh :D

Okay, Teacher pun sayang korang semua. Mohon supaya jadi anak yang soleh dan solehah ya semua <3 <3 <3


p/s : When I`m not in a good mood and unstable emotion, I know where to go ;))


Copyright @ Segala yang berada di blog ini adalah hak milik Ana Shuwaa. Terima kasih