Saturday, 3 August 2013

0
Komen

# 48 : Home Sweet Home

Assalamualaikum dan selamat malam.


Ehem, hari nie dah masuk hari kedua ak dok kat rumah. Alhamdulillah selamat sampai dalam 8.30 pagi ari jumaat ari tu. Rasa mcm tak percaya je ak dok rumah seminggu sebelum raya. Yelaa, kalau sebelum nie 3 4 hari nak raya ak baru sampai. Lagi sadis bila raya tahun lepas ak sampai rumah pagi raya. Pagi raya weh. Apa yang korang expect. Sadis taw. Sedih tittewww :'(


Dan ak harap raya tahun nie ak dapat tebus balik raya tahun lepas yang ak x sempat nak tolong mak ak siapkan tempahan baju raya, buat kueh raya, makanan pagi raya and so on. Seriously sedih bila ak balik raya tahun lepas bila langsung tak ada makanan khas untuk hari raya. Buat ak rasa bersalah giler dekat mak ayah ak. Korang yang dok kondem ak balik raya lambat apa tahu. tahu nak menkondem orang boleh la. -___-. sob sob dengan orang mcm tu taw. sadis dengan perangai budak budak yang mcm x matang.


And bila raya tahun nie ak balik awal seminggu, ada jgak la perangai manusia manusia yang tak puas hati dengan ak. Antaranya " Eh, dah x de program ke balik awal ? " , " Eh, dapat hidayah balik awal ke pulak tahun nie ? "  and so on. Nie ak tak tahu la nak kata manusia spesies apa yang tak reti nak tengok orang senang. Ak tak rasa nie semua sebab concern dekat ak. Tapi rasanya ke arah memerli. Kan ? Sorilaa, ak masih boleh bezakan ayat perli dengan ayat orang yang concern macam mana. Dengan perangai orang yang spesies mcm tu memang tak boleh nak bagi muka. Hambur je depan depan terus. Baru puas hati. Mentang2 kita senyap je selama nie, apa kau ingat ak x reti nak balas balik ? Silap orang la -..-


Arghh, mohon cool ana. Rilekss and keep calm. Jangan pernah hiraukan diorang. Yang penting kau, and mak ayah tahu apa yang kau buat, hadapi dah memadai. Orang luar yang x de kena mengena tu kau boleh ignore je kan diorang tu. Boleh blah. Can eh Ana, smile ^_^


And and untuk raya tahun nie, dah ada dah list makanan and kueh apa yang ak nak buat. Tak sabar nak tunjuk skill memasak yang dah lama terpendam. Gittewww. Sapa sapa yang rasa nak datang rumah ak beraya, datang jelaaa. Kecik tapak tangan , sebesar padanng bola ak tadahkan. ekekkekeke :)


Oh ya, semalam dan ari nie dah tolong mak ak siapkan tempahan baju raya. And tadi mak ak request suh belajar memotong and menjahit baju kurung. Haha, InsyaALLAH I will. Tak sabar nak jahit baju sendiri hoii. Lain kot feeling orang jahit dengan baju yang kita jahit sendiri. Alah, mcm feeling bila kau masak sendiri dengan makan yang orang masak tu, beza kan ? Macam tu lah yang ak rasa. Tak sabar hokayyy 


Mohon supaya sepuluh ari ak kat rumah nie dapat memanfaatkan masa dengan sebaiknya. InsyaALLAH Ana boleh. :)



p/s : Ari nie buat kek batik. Dah nak habes walau adik2 banyak komen. Kalau sedap katakan sedap la wahai adik adikku. Jangan segan nak memuji kakakmu ini. #Eh :D

No comments :

Post a Comment

Copyright @ Segala yang berada di blog ini adalah hak milik Ana Shuwaa. Terima kasih