Sunday, 18 August 2013

0
Komen

# 50 : Hari Raya Aidilfitri 2013

Assalamualaikum dan selamat petang.

Ehem ehem, petang nie baru terasa nak hupdate entry pasal hari raya ari tu. Walhal dah masuk raya ke sebelas dah pom. Memang lah kan ak suka hupdate entry lambat lambat. Alah, lambat lambat pun sebab ak cuba untuk mencari masa yang sesuai nak hupdate. Maklumlah banyak kerja yang nak kena buat. Nie pom sebab final exam dah abes, and ak pom cuti weekend nie. So, I guess this is the right time lah kot utk ak bercerita pasal raya ari tu. hihi *gelak sopan*


Well, pagi raya ak macam pagi raya raya tahun tahun lepas lah kot. Outfit on the day adalah Tshirt dengan kain batik kot. Cayelaaahh. Yelaaa, orang lain semua pukul 8, 9 pagi tu dah ready dengan baju raya bagai. Tapi aku, pukul 11 pagi still dalam pakaian tu. Nampak tak mood beraya ak tu mcm mana. Kalau boleh ak nak dok kat rumah je kot. Malas nak keluar g mana-mana. Tapi tulaaa, kesian pulak kat abah ak nie nak beraya ngan anak dia yang comel neh. Maka bertukarlah ak pada pakaian raya yakni jubah yang telah dipakai beberapa kali oleh mak ak sebelum nie. Seee, nampak tak kat situ size anak ngan mak macam mana, o.O :p


outfit on the day, haha

Dalam pukul 12 mcm tu lah baru ak bergerak g beraya. Destinasi first ak pergi adalah rumah nenek sebelah abah ak. Dekat je ngan rumah ak nie, Naik moto dalam 5 minit pom dah sampai. hihi. So, masa ak pergi tu mak cik pak cik ak serta anak2 dia ada yang dah sampai. So, selaku anak dara yang paling sopan dan ayu dalam keluarga nie bersalamlah dengan semua orang. Tahu tak tahu tak dalam family sebelah abah ak nie, ak lah anak dara yang paling tua dan belum kahwin. Tahu tak perasaaan nak ada sepupu perempuan yang sebaya atau lagi tua dari ak tapi belum kawen nie melonjak lonjak hoii. Tapi apakan daya, terpaksalah terima hakikat yang ak ada banyak sepupu perempuan yang muda dari ak enam tahun ke atas. sob sob -____-


dengan Fawwaz adik ak yang no 3

Selepas g beraya semua rumah family sebelah abah ak, maka petang tu adalah lepas asar kitorang bertolak balik ke rumah nenek sebelah mak ak kat thailand tu. Alah, bukannya thailand sangat pun, cuma seberang sungai antara thailand ngan malaysia je pom. hihi. No need for passport, just cross the river pakai sampain macam tu je. Untung youuuuu. And then pagi esok tu ak pergi takbai jap dengan sepupu ak. Rancangnya nak cari tudung tapi semua jumpa tudung yg ak x berkenan. Ak nak kaler hitam je pom, tapi yg ak jumpa yang bertingkat tingkat tu. Langsung bukan citarasa ak. Lepas tu dalam pukul 2.30 petang, ak balik pulak ke rumah ak sebabnya abah n mak ak ajak g rumah abang abang abah ak dekat Kota Bharu sambil2 g anta baju orang nak kaween. Satu family kot berjalan ari tu. Alhamdulillah :)


with my cousin, Mc Na. 

Adik no 3, and 4. Fawwaz and Faris

time nie balik Malaysia balik #Eh :D

Time nie yang g jalan2 dengan family :)

adik no 2, fahmi

dengan mak :)

dengan abah ^^

Dan raya ketiga tu ak dok kat rumah je, tak g mna2 pom. Gi raya rumah kawan kawan pun tak. Cuma malam tu laa geng geng sekolah rendah ajak ak keluar g makan, so ak pun on jelaa sebab x de menda ak nak buat. Nampak tak betapa ak nie pasif bila dok kat rumah. hoho.


And and raya ke empat tu ak dah kemas2 barang balik ke uia dah. Bertolak malam and dalam pukul 7 pagi raya kelima tu selamat sampai ke uia. Nasib baik x kerja. kalau tak penat hoii. Semua orang terkejut bila ak balik awal ke uia. Dah tu nak buat macam mana bila uia nie buat exam lepas raya walhal satu paper je pom. Ak no hal lah kot utk datang balik lepas raya sebab ak tahu memang ak tak balik dah rumah sehingga bukak sem nie. Tapi tulaaa kesian kot untuk budak2 sabah sarawak yg terpaksa pulang balik lepas raya semata-mata nak seat exam hanyalah sepaper je and then balik rumah semula. Manyak rugi woooo -_-


Well, untuk raya tahun nie Alhamdulillah berjaya tolong mak ak siapkan tempahan baju. Tolong complete kan mana yg x complete je. Cuma biskut and kek utk raya tu x buat sebab ak merajuk. Pang, terasa nak lempang diri sendiri kot. Dah lama kot tak merajuk alih2 tetiba dua hari nak raya termerajuk la pulak. Merajuk sampai dah tak ada mood nak buat semua benda. Banyak menada yang rancang sebelum nie berlalu pergi macam tu aj. Sadis taw tak rasa. sob sob


Alahmdulillah, exam pun dah selamat ak tempuh. Semua yang ak baca masuk tapi tulaaa jawapan yg ak kasik tu betul ke tidak tak tahu laaa. Harap2 semuanya okayy je. wakakakkaka


done with exam ^_^

p/s : Bila dah merasa, kita akan jadi makin faham. Buat yang masih tak faham faham tu, carilah masa untuk memahamkan. Sekejap pun jadilaaa =.=


No comments :

Post a Comment

Copyright @ Segala yang berada di blog ini adalah hak milik Ana Shuwaa. Terima kasih