Wednesday, 14 August 2013

2
Komen

# 49 : Sanah Helwah Amal Hayati ♥

Assalamualaikum dan selamat malam.

Ehem, ehem. Rancangnya nak hupdate entry pasal hari raya tapi disebabkan oleh ari nie adalah 13 August 2013, maka ak tangguhkan dulu lah nak buat entry raya tu. So, malam nie sebelum masuk 14 August 2013, ak nak buat entry istimewa untuk Nuramal Hayati sempena birthday dia ari nie. Saja ja ak tak wish kat dia melalui handphone. Saja buat buat lupa birthday dia ari nie. Saja nak bagi dia tertunggu tunggu wish dari ak macam sebelum nie. Tu pom kalau dia tertunggu lah kan.  muahehehehe 


Dedikasi buat Amal ;

Nuramal Hayati, 
Terima kasih sebab hadir dalam hidup insan yang bernama Anatil Ashwaq.
Hadir dalam menghapuskan kesunyian,
menemani di samping menceriakan hari hari 
yang pernah dirasakan kelam tanpa kasih seorang sahabat semasa di bumi Nilai. 

Hadirnya kau, syahirah dan along merupakan suatu anugerah terindah,
yang mana bila ak lepaskan maka kerugianlah yang akan ak rasakan.
Sungguh tak sanggup untuk ak lepaskan kalian, 
yang banyak mengajar aku erti persahabatan.

Kita pernah bergelak ketawa, dan menangis bersama,
berkongsi perasaan suka dan duka yang tersimpan di hati
Menggila, berbalas kata, terasa hati sesama kita pun sudah,
Maka apa lagi yang kita tertinggal ?

Tipulah kalau kata kita tidak pernah ada kenangan pahit
cuma macam mana kita jadikannya sebagai sesuatu yang manis untuk dikenang bersama
 itulah yang akan menjadikan kita insan yang bahagia
dan bersyukur dengan setiap kenangan yang telah kita cipta bersama.

Ketahuilah, 
kebahagian yang kau rasakan walau bersama dengan orang lain, 
merupakan kebahagian ak juga. 
Mohon sentiasa bahagia
kerana bahagia kau adalah bahagiaku
Walau tak pernah terungkap di bibir, 
cukuplah saja hati yang mengetahui.

Sungguhpun ikatan ukhuwah kita ada pahit manis, 
itulah yang membuatkan kehidupan lagi bermakna,
Belajar untuk menghargai setiap kenangan yang telah kita cipta bersama
Sebab bila tiba masanya,
pasti akan ada antara kita yang akan pergi dahulu,
Maka kenangan itulah yang akan menghidupkan hati hati yang pernah bertaut.
InsyaALLAH  

Walau ak jarang membalas ucapan I LOVE YOU yang kau ungkapkan di bibirku,
ketahuilah yang hati kecil ini tidak pernah lupa untuk membalas. 
Walau ak tidak pernah cuba untuk memelukmu dahulu, 
ketahuilah yang hati ini sentiasa melonjak gembira mendapat pelukan darimu.
Walau diri ini tidak pernah memulakan langkah pertama,
ketahuilah bahawa dia pernah mencuba. 

So, 
I Love You Amal. 
Uhibukki Fillah 
Manisnya ukhuwah kerana ALLAH :)


# Anatil Ashwaq#  #13 August 2013#


Aku tak tahu dedikasi apa yang ak cuba buat utk amal. Tapi apa yang aku tahu itu semua datang dari hati aku. Ikhlas dalam lubuk hati yang paling dalam. Susah kot untuk ak expresskan apa yang aku rasa depan2, makanya ak abadikannya dalam blog nie. +_+ 


Tahun 2013 nie nampaknya dah nak dekat 4 tahun kita kenal mal dan macam macam yang kita dah lalui. Daripada Nilai sehinggalah kita dok kat Gombak sekarang. Mohon ianya berterusan walaupun kita dah kawen dan ada anak nanti #eh :D


So, sempena ulang tahun kau yang ke 21 tahun ari nie walau aku tahu entry nie akan terpublish pada 14 August 2013, sanah helwah aku ucapkan. Moga sentiasa bahagia dan menjadi anak yang solehah kepada kedua ibu bapa, menjadi kakak yang terbaik untuk adik-adik kau, dan menjadi insan yang bermanfaat utk orang sekeliling dan masyarakat. InsyaALLAH. Jangan lupa bila meningkatnya umur bermakna semakin dekat juga kita pada kematian. Bukan mahu menakutkan tetapi itulah hakikat kehidupan yang terpaksa kita terima. Cuma cepat atau lambat sahaja yang membezakan. Moga kita sentiasa bersedia untuk menghadapi :)


Nah, antara kenangan yang telah kita berempat ciptakan bersama. Tetiba rindu balik zaman Nilai bila godek2 balik gambar gambar lama. tssskkk tsssskkkk 


Gambar nie lepas kita abes Final Exam tak silap.
kita janji nak pakai tudung labuh sesama <3


Time nie tangkap gambar guna henfon yang baru ak beli.
Sja nak rasmi gambar kita bersama sebelum snap gambar orang lain dulu ;)


Volunteer at Zoo Negara time puasa :D


Taaruf Week Masuk Gombak ;)


kayak-ing time.
First time main kayak :3


gambar nie bila along ajak keluar sesama.
sebabnya kita dah jarang dapat kumpul and keluar mcm dulu2


Time nie pom masing2 susah dah nak jumpa.
So bila dah jumpa maka terciptalah gambar nie :)


Girls day out.
Ingat lagi bila kita tak kasik along ikut sama. heee
Saja nak spend time sesama gelpreenn


Tahu tak betapa  rasa damainya saat nie :3


Malam birthday sya. 


Kat perak.
First time kita jadi cast utk theatre ^_^


walaupun kau hanya conteng2 sebab boring dalam kelas,
ak masih simpannya hingga sekarang. #Kenangan

Saja nak throwback kenangan dulu dulu. Gambar tak mungkin akan berubah tapi manusia mungkin berubah. Dan kalau pun ada perubahan, berharap moga perubahan itu kepada sesuatu yang baik dan membahagiakan. Terima kaseh atas kegilaan yang pernah kita hadapi bersama. Banyak benda mengarut yang kita dah buat, banyak topik2 luar alam yang kita dah cakap, banyak angan-angan mengarut yang kita dah keluarkan. Sungguh bila kita bersama kita seakan hanyut dalam dunia kita sendiri, Seakan-akan lupa akan kehadiran orang lain di sekeliling. Bagi yang tak faham, mungkin akan ingat yang kita nie gila. :D


Once again, Ukhuwah Fillah Abadan Abada  ♥  ♥  


P/S : Life is like a multiple choice question. Sometimes the choices confuse you, not the question itself.



2 comments :

  1. Anaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!
    Aq nak nangis ni wehhhhhhhhhhhh......
    Honestly mmg aq tunggu pun tp aq tw mesti ada something yg ko da save utk aq.
    Huwaaaaaaaaa.... Terharuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!
    Bape jam ko amek masa nk siapkan entri ni?
    Siyes terharu.... Sayang gile ko naaaaaaaa!!!
    I LOVE YOUUUUUUUUUUUUUUU!

    ILOVECHOCMAYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, entah. tak set la pulak masa tadi. Buat berhenti buat berhenti sebab nak tunggu ilham muncul. :D

      P/S : Mohon kurangkan membebel #Eh :p

      Delete

Copyright @ Segala yang berada di blog ini adalah hak milik Ana Shuwaa. Terima kasih