Sunday, 25 August 2013

0
Komen

# 51 : Walimah Fatin Aliyyah & Amar

Assalamualaikum dan selamat tengah hari.

Ehem ehem, first time nak bercerita pasal walimah dalam blog nie. Maklumlah walimah kawan kawan yang lain sebelum nie langsung TAK DAPAT PERGI sebab ketiadaan di kelantan. sedih taw rasa bila tak dapat pergi walimah kawan kawan yang menjemput. Hanya mampu menatap gambar je yg muncul dekat Fb. *kesat-kesat hingus*. Haruslah kan rasa sedih. kawan dah menjemput tapi kita pulak yang tak dapat pergi. Nanti kalau kita tak pergi walimah orang suka suka, nanti walimah kita sapa pulak yang nak datang kan kalau bukan kawan2 kita utk meraikan bersama. kalau nak kata family dengan sedara mara yang lain ada, itu hal lain. Nie kita bercerita pasal kawan-kawan. Okayy o.O


Tipulaa kan kalau setiap kali dapat jemputan walimah tak rasa eksaited. Rasa eksaited tu tak dapat digambarkan dengan kata kata. Dalam hati berkata " Alhamdulillah, akhirnya kawan aku dah sampai serunya". Cuma rasa eksaited ak kadang2 disembunyikan oleh rupa yang tak berperasaan. Kononnya cool giler ah bila kawan kawan nak kawen. Tapi hakikatnya dalam hati tersenyum eksaited melompat bahagia buat si teman. Sapa yang tak gembira bila kawan kawan nak membina masjid, membina Baitul Muslim. Haruslah kita tumpang gembira sekali. heee :)


So, semalam buat pertama kalinya ak pergi walimah. Dan walimah ini adalah walimah Kak Fatin & Amar. Well, kakak merupakan first batch kitorang yang kawen. I mean first batch nie adalah antara kawan2 kitorang lah ye. Tahniah diucapkan buat kak fatin dengan Amar. Kita tumpang gembira untuk akak. hehe, nak gembira utk diri sendiri lambat lagi la serunya. wakakakaaka


Bila tengok akak semalam, nampak la seri pengantin tu. Walau penat sekalipun, seri tu tetap terpancar dekat muka. Mesti bahagia kan jadi seorang isteri kepada orang yang kita sayang +_+ . Alhamdulillah, sudah sempurna separuh daripada agama kalian. Barakallulakuma ^^


And and semalam pergi walimah dekat shah alam dengan Amal and Najwa and bertemu dengan sya dekat sana. Dah lama kot tak keluar uia. Nampak tak betapa baiknya ak bila dok uia neh. Mana ada hati nak g jalan-jalan. kalau nak g jalan-jalan pun, hanya mampu di pendam dalam hati #Eh. So semalam setelah sekian lama akhirnya keluar jgak dari sarang. Semngat berkobar kobar gitteewww nak g walimah. Tapi untuk tengok akad nikah tu tak sempat lah since kitorang gerak dalam 12.15 tengah hari, memandangkan akad nikah tu start 10.30 pagi. hahaha


with Putih Solehah :D


Putih Solehah and Oki Setiana Dewi #Eh :p


awek awek solehah uia. #eh.
InsyaALLAH, Ameeen :)


Credit to Naim :)


With pengantin ^^


nampak tak betapa semangatnya ak di situ =.=


ambik seri pengantin #Eh :D







saya malu *Pheewwww*

And among His Signs is this, 
that He created for you mates from among yourselves,
 that ye may dwell in tranquillity with them, 
and He has put love and mercy between your (hearts)
verily in that are Signs for those who reflect.



And alhamdulillah, selamat sampai ke UIA semalam. Penat tapi berbaloi. Thanks akak sebab jemput kitorang datang and siap hantar kitorang lagi ke KTM semalam. Pergh,, bangga bila dapat service istimewa dari pengantin. hihi. 

p/s : The prophet S.A.W said : " Marriage is the best solution for those in love." - Ibn Majah


Sunday, 18 August 2013

0
Komen

# 50 : Hari Raya Aidilfitri 2013

Assalamualaikum dan selamat petang.

Ehem ehem, petang nie baru terasa nak hupdate entry pasal hari raya ari tu. Walhal dah masuk raya ke sebelas dah pom. Memang lah kan ak suka hupdate entry lambat lambat. Alah, lambat lambat pun sebab ak cuba untuk mencari masa yang sesuai nak hupdate. Maklumlah banyak kerja yang nak kena buat. Nie pom sebab final exam dah abes, and ak pom cuti weekend nie. So, I guess this is the right time lah kot utk ak bercerita pasal raya ari tu. hihi *gelak sopan*


Well, pagi raya ak macam pagi raya raya tahun tahun lepas lah kot. Outfit on the day adalah Tshirt dengan kain batik kot. Cayelaaahh. Yelaaa, orang lain semua pukul 8, 9 pagi tu dah ready dengan baju raya bagai. Tapi aku, pukul 11 pagi still dalam pakaian tu. Nampak tak mood beraya ak tu mcm mana. Kalau boleh ak nak dok kat rumah je kot. Malas nak keluar g mana-mana. Tapi tulaaa, kesian pulak kat abah ak nie nak beraya ngan anak dia yang comel neh. Maka bertukarlah ak pada pakaian raya yakni jubah yang telah dipakai beberapa kali oleh mak ak sebelum nie. Seee, nampak tak kat situ size anak ngan mak macam mana, o.O :p


outfit on the day, haha

Dalam pukul 12 mcm tu lah baru ak bergerak g beraya. Destinasi first ak pergi adalah rumah nenek sebelah abah ak. Dekat je ngan rumah ak nie, Naik moto dalam 5 minit pom dah sampai. hihi. So, masa ak pergi tu mak cik pak cik ak serta anak2 dia ada yang dah sampai. So, selaku anak dara yang paling sopan dan ayu dalam keluarga nie bersalamlah dengan semua orang. Tahu tak tahu tak dalam family sebelah abah ak nie, ak lah anak dara yang paling tua dan belum kahwin. Tahu tak perasaaan nak ada sepupu perempuan yang sebaya atau lagi tua dari ak tapi belum kawen nie melonjak lonjak hoii. Tapi apakan daya, terpaksalah terima hakikat yang ak ada banyak sepupu perempuan yang muda dari ak enam tahun ke atas. sob sob -____-


dengan Fawwaz adik ak yang no 3

Selepas g beraya semua rumah family sebelah abah ak, maka petang tu adalah lepas asar kitorang bertolak balik ke rumah nenek sebelah mak ak kat thailand tu. Alah, bukannya thailand sangat pun, cuma seberang sungai antara thailand ngan malaysia je pom. hihi. No need for passport, just cross the river pakai sampain macam tu je. Untung youuuuu. And then pagi esok tu ak pergi takbai jap dengan sepupu ak. Rancangnya nak cari tudung tapi semua jumpa tudung yg ak x berkenan. Ak nak kaler hitam je pom, tapi yg ak jumpa yang bertingkat tingkat tu. Langsung bukan citarasa ak. Lepas tu dalam pukul 2.30 petang, ak balik pulak ke rumah ak sebabnya abah n mak ak ajak g rumah abang abang abah ak dekat Kota Bharu sambil2 g anta baju orang nak kaween. Satu family kot berjalan ari tu. Alhamdulillah :)


with my cousin, Mc Na. 

Adik no 3, and 4. Fawwaz and Faris

time nie balik Malaysia balik #Eh :D

Time nie yang g jalan2 dengan family :)

adik no 2, fahmi

dengan mak :)

dengan abah ^^

Dan raya ketiga tu ak dok kat rumah je, tak g mna2 pom. Gi raya rumah kawan kawan pun tak. Cuma malam tu laa geng geng sekolah rendah ajak ak keluar g makan, so ak pun on jelaa sebab x de menda ak nak buat. Nampak tak betapa ak nie pasif bila dok kat rumah. hoho.


And and raya ke empat tu ak dah kemas2 barang balik ke uia dah. Bertolak malam and dalam pukul 7 pagi raya kelima tu selamat sampai ke uia. Nasib baik x kerja. kalau tak penat hoii. Semua orang terkejut bila ak balik awal ke uia. Dah tu nak buat macam mana bila uia nie buat exam lepas raya walhal satu paper je pom. Ak no hal lah kot utk datang balik lepas raya sebab ak tahu memang ak tak balik dah rumah sehingga bukak sem nie. Tapi tulaaa kesian kot untuk budak2 sabah sarawak yg terpaksa pulang balik lepas raya semata-mata nak seat exam hanyalah sepaper je and then balik rumah semula. Manyak rugi woooo -_-


Well, untuk raya tahun nie Alhamdulillah berjaya tolong mak ak siapkan tempahan baju. Tolong complete kan mana yg x complete je. Cuma biskut and kek utk raya tu x buat sebab ak merajuk. Pang, terasa nak lempang diri sendiri kot. Dah lama kot tak merajuk alih2 tetiba dua hari nak raya termerajuk la pulak. Merajuk sampai dah tak ada mood nak buat semua benda. Banyak menada yang rancang sebelum nie berlalu pergi macam tu aj. Sadis taw tak rasa. sob sob


Alahmdulillah, exam pun dah selamat ak tempuh. Semua yang ak baca masuk tapi tulaaa jawapan yg ak kasik tu betul ke tidak tak tahu laaa. Harap2 semuanya okayy je. wakakakkaka


done with exam ^_^

p/s : Bila dah merasa, kita akan jadi makin faham. Buat yang masih tak faham faham tu, carilah masa untuk memahamkan. Sekejap pun jadilaaa =.=


Wednesday, 14 August 2013

2
Komen

# 49 : Sanah Helwah Amal Hayati ♥

Assalamualaikum dan selamat malam.

Ehem, ehem. Rancangnya nak hupdate entry pasal hari raya tapi disebabkan oleh ari nie adalah 13 August 2013, maka ak tangguhkan dulu lah nak buat entry raya tu. So, malam nie sebelum masuk 14 August 2013, ak nak buat entry istimewa untuk Nuramal Hayati sempena birthday dia ari nie. Saja ja ak tak wish kat dia melalui handphone. Saja buat buat lupa birthday dia ari nie. Saja nak bagi dia tertunggu tunggu wish dari ak macam sebelum nie. Tu pom kalau dia tertunggu lah kan.  muahehehehe 


Dedikasi buat Amal ;

Nuramal Hayati, 
Terima kasih sebab hadir dalam hidup insan yang bernama Anatil Ashwaq.
Hadir dalam menghapuskan kesunyian,
menemani di samping menceriakan hari hari 
yang pernah dirasakan kelam tanpa kasih seorang sahabat semasa di bumi Nilai. 

Hadirnya kau, syahirah dan along merupakan suatu anugerah terindah,
yang mana bila ak lepaskan maka kerugianlah yang akan ak rasakan.
Sungguh tak sanggup untuk ak lepaskan kalian, 
yang banyak mengajar aku erti persahabatan.

Kita pernah bergelak ketawa, dan menangis bersama,
berkongsi perasaan suka dan duka yang tersimpan di hati
Menggila, berbalas kata, terasa hati sesama kita pun sudah,
Maka apa lagi yang kita tertinggal ?

Tipulah kalau kata kita tidak pernah ada kenangan pahit
cuma macam mana kita jadikannya sebagai sesuatu yang manis untuk dikenang bersama
 itulah yang akan menjadikan kita insan yang bahagia
dan bersyukur dengan setiap kenangan yang telah kita cipta bersama.

Ketahuilah, 
kebahagian yang kau rasakan walau bersama dengan orang lain, 
merupakan kebahagian ak juga. 
Mohon sentiasa bahagia
kerana bahagia kau adalah bahagiaku
Walau tak pernah terungkap di bibir, 
cukuplah saja hati yang mengetahui.

Sungguhpun ikatan ukhuwah kita ada pahit manis, 
itulah yang membuatkan kehidupan lagi bermakna,
Belajar untuk menghargai setiap kenangan yang telah kita cipta bersama
Sebab bila tiba masanya,
pasti akan ada antara kita yang akan pergi dahulu,
Maka kenangan itulah yang akan menghidupkan hati hati yang pernah bertaut.
InsyaALLAH  

Walau ak jarang membalas ucapan I LOVE YOU yang kau ungkapkan di bibirku,
ketahuilah yang hati kecil ini tidak pernah lupa untuk membalas. 
Walau ak tidak pernah cuba untuk memelukmu dahulu, 
ketahuilah yang hati ini sentiasa melonjak gembira mendapat pelukan darimu.
Walau diri ini tidak pernah memulakan langkah pertama,
ketahuilah bahawa dia pernah mencuba. 

So, 
I Love You Amal. 
Uhibukki Fillah 
Manisnya ukhuwah kerana ALLAH :)


# Anatil Ashwaq#  #13 August 2013#


Aku tak tahu dedikasi apa yang ak cuba buat utk amal. Tapi apa yang aku tahu itu semua datang dari hati aku. Ikhlas dalam lubuk hati yang paling dalam. Susah kot untuk ak expresskan apa yang aku rasa depan2, makanya ak abadikannya dalam blog nie. +_+ 


Tahun 2013 nie nampaknya dah nak dekat 4 tahun kita kenal mal dan macam macam yang kita dah lalui. Daripada Nilai sehinggalah kita dok kat Gombak sekarang. Mohon ianya berterusan walaupun kita dah kawen dan ada anak nanti #eh :D


So, sempena ulang tahun kau yang ke 21 tahun ari nie walau aku tahu entry nie akan terpublish pada 14 August 2013, sanah helwah aku ucapkan. Moga sentiasa bahagia dan menjadi anak yang solehah kepada kedua ibu bapa, menjadi kakak yang terbaik untuk adik-adik kau, dan menjadi insan yang bermanfaat utk orang sekeliling dan masyarakat. InsyaALLAH. Jangan lupa bila meningkatnya umur bermakna semakin dekat juga kita pada kematian. Bukan mahu menakutkan tetapi itulah hakikat kehidupan yang terpaksa kita terima. Cuma cepat atau lambat sahaja yang membezakan. Moga kita sentiasa bersedia untuk menghadapi :)


Nah, antara kenangan yang telah kita berempat ciptakan bersama. Tetiba rindu balik zaman Nilai bila godek2 balik gambar gambar lama. tssskkk tsssskkkk 


Gambar nie lepas kita abes Final Exam tak silap.
kita janji nak pakai tudung labuh sesama <3


Time nie tangkap gambar guna henfon yang baru ak beli.
Sja nak rasmi gambar kita bersama sebelum snap gambar orang lain dulu ;)


Volunteer at Zoo Negara time puasa :D


Taaruf Week Masuk Gombak ;)


kayak-ing time.
First time main kayak :3


gambar nie bila along ajak keluar sesama.
sebabnya kita dah jarang dapat kumpul and keluar mcm dulu2


Time nie pom masing2 susah dah nak jumpa.
So bila dah jumpa maka terciptalah gambar nie :)


Girls day out.
Ingat lagi bila kita tak kasik along ikut sama. heee
Saja nak spend time sesama gelpreenn


Tahu tak betapa  rasa damainya saat nie :3


Malam birthday sya. 


Kat perak.
First time kita jadi cast utk theatre ^_^


walaupun kau hanya conteng2 sebab boring dalam kelas,
ak masih simpannya hingga sekarang. #Kenangan

Saja nak throwback kenangan dulu dulu. Gambar tak mungkin akan berubah tapi manusia mungkin berubah. Dan kalau pun ada perubahan, berharap moga perubahan itu kepada sesuatu yang baik dan membahagiakan. Terima kaseh atas kegilaan yang pernah kita hadapi bersama. Banyak benda mengarut yang kita dah buat, banyak topik2 luar alam yang kita dah cakap, banyak angan-angan mengarut yang kita dah keluarkan. Sungguh bila kita bersama kita seakan hanyut dalam dunia kita sendiri, Seakan-akan lupa akan kehadiran orang lain di sekeliling. Bagi yang tak faham, mungkin akan ingat yang kita nie gila. :D


Once again, Ukhuwah Fillah Abadan Abada  ♥  ♥  


P/S : Life is like a multiple choice question. Sometimes the choices confuse you, not the question itself.



Saturday, 3 August 2013

0
Komen

# 48 : Home Sweet Home

Assalamualaikum dan selamat malam.


Ehem, hari nie dah masuk hari kedua ak dok kat rumah. Alhamdulillah selamat sampai dalam 8.30 pagi ari jumaat ari tu. Rasa mcm tak percaya je ak dok rumah seminggu sebelum raya. Yelaa, kalau sebelum nie 3 4 hari nak raya ak baru sampai. Lagi sadis bila raya tahun lepas ak sampai rumah pagi raya. Pagi raya weh. Apa yang korang expect. Sadis taw. Sedih tittewww :'(


Dan ak harap raya tahun nie ak dapat tebus balik raya tahun lepas yang ak x sempat nak tolong mak ak siapkan tempahan baju raya, buat kueh raya, makanan pagi raya and so on. Seriously sedih bila ak balik raya tahun lepas bila langsung tak ada makanan khas untuk hari raya. Buat ak rasa bersalah giler dekat mak ayah ak. Korang yang dok kondem ak balik raya lambat apa tahu. tahu nak menkondem orang boleh la. -___-. sob sob dengan orang mcm tu taw. sadis dengan perangai budak budak yang mcm x matang.


And bila raya tahun nie ak balik awal seminggu, ada jgak la perangai manusia manusia yang tak puas hati dengan ak. Antaranya " Eh, dah x de program ke balik awal ? " , " Eh, dapat hidayah balik awal ke pulak tahun nie ? "  and so on. Nie ak tak tahu la nak kata manusia spesies apa yang tak reti nak tengok orang senang. Ak tak rasa nie semua sebab concern dekat ak. Tapi rasanya ke arah memerli. Kan ? Sorilaa, ak masih boleh bezakan ayat perli dengan ayat orang yang concern macam mana. Dengan perangai orang yang spesies mcm tu memang tak boleh nak bagi muka. Hambur je depan depan terus. Baru puas hati. Mentang2 kita senyap je selama nie, apa kau ingat ak x reti nak balas balik ? Silap orang la -..-


Arghh, mohon cool ana. Rilekss and keep calm. Jangan pernah hiraukan diorang. Yang penting kau, and mak ayah tahu apa yang kau buat, hadapi dah memadai. Orang luar yang x de kena mengena tu kau boleh ignore je kan diorang tu. Boleh blah. Can eh Ana, smile ^_^


And and untuk raya tahun nie, dah ada dah list makanan and kueh apa yang ak nak buat. Tak sabar nak tunjuk skill memasak yang dah lama terpendam. Gittewww. Sapa sapa yang rasa nak datang rumah ak beraya, datang jelaaa. Kecik tapak tangan , sebesar padanng bola ak tadahkan. ekekkekeke :)


Oh ya, semalam dan ari nie dah tolong mak ak siapkan tempahan baju raya. And tadi mak ak request suh belajar memotong and menjahit baju kurung. Haha, InsyaALLAH I will. Tak sabar nak jahit baju sendiri hoii. Lain kot feeling orang jahit dengan baju yang kita jahit sendiri. Alah, mcm feeling bila kau masak sendiri dengan makan yang orang masak tu, beza kan ? Macam tu lah yang ak rasa. Tak sabar hokayyy 


Mohon supaya sepuluh ari ak kat rumah nie dapat memanfaatkan masa dengan sebaiknya. InsyaALLAH Ana boleh. :)



p/s : Ari nie buat kek batik. Dah nak habes walau adik2 banyak komen. Kalau sedap katakan sedap la wahai adik adikku. Jangan segan nak memuji kakakmu ini. #Eh :D

Copyright @ Segala yang berada di blog ini adalah hak milik Ana Shuwaa. Terima kasih