Sunday, 7 July 2013

0
Komen

#44 : Babysitter hooii ~ =,=

Assalamualaikum dan selamat malam. 

Ehem ehem, apa khabar pembaca budiman sekalian? Moga sehat2 lah korang ya. Yelaa, dua hari lagi dah nak puasa kot. Tak mau la demam demam neh. +_+.


Ak tak tahu nak cakap ak nie malas ke hapa nak hupdate blog, tapi tulaa sikap suka bertangguh nak mengupdate masa ada idea membuatkan ak jadi malas dah nak bukak entry baru. sob sob. Kalau dulu kemain jgak ah rajin ak nak mengupdate walaupun bizi kan, tapi sekarang neh masa terluang pun dah buat ak jadi malas. dah terbalik 360 darjah hoii ak neh. 


Nak kata kelas full setiap hari tipu lah kan since kelas ak neh selasa n kames, pukul 2.00 - 5.00 petang je. So, ari2 lain ak free jelaa hoii. Tapi tu dulu laa. But sejak seminggu yang lepas masa ak dah terisi dengan kerja2 yang berfaedah which is ak jadi Babysitter. wakakaka, apa korang ingat ak x de bakat ke jaga baby2 nie ? hehe, tengok kaki la dulu ~ =.=


Since kelas ak hanyalah selasa n kames pukul 2-5 petang, maka ak mengambil keputusan tepat lagi padu ah utk kerja part time. Ari Isnin, Rabu and Jumaat ak kerja full ari tu dari pukul 7 pagi - 5 petang. Cuma ari selasa and kames je ak kerja half dari pukul 7 pagi- 1 tengah hari. Yelaa, pukul 2 petang tu ak dah kena masuk kelas dah. hihi. Alhamdulillah, masa ak terisi dgn benda2 yg berfaedah. :)


Ada orang tanya ak, x penat ke Ana kerja and then kena g kelas pulak petang tu. Tipu lah kalau ak kata tak penat, tapi fun kot. Rasa fun tu menenggelamkan rasa penat tu. Seriously ak tak tipu. Main dengan baby tu memberi ak rasa kepuasan, rasa seronok. Menatap diorang buat ak rasa tak jemu. Suka je tengok diorang gelak bila diagah, senyum , menangis. huwaaa, tetba rasa macam nak ada baby jgak #EH xDDD


Ak kerja dekat Al-Amin je. Tak silap ak nama Al-Amin Child Care. Kot. Nursery utk budak2 and baby2. Dekat je ngan uia, jalan nak g pasar malam je pun. Jalan kaki 15 minit pun boleh sampai dah. Tak perlu pada transport. haha. Thanks laa pada Jah sebab bagitau ak pasal kerja neh. Tak lah ak boring dok kat bilik tanpa buat apa2 sekali gus buat badan ak jadi lesu dan x bersemangat. Maklumlah bila orang dah biasa buat kerja, tup tup dok rehat je 2 3 hari kat bilik boleh buat ak jadi giler tahu dak. Giler sebab bosan.


Ak berani buat part time neh sebab ak tahu diri ak mcm mana. Ak tahu yang ak boleh tahan dengan keadaan  nie. Ak tahu yang ak boleh bahagikan masa antara study dengan kerja and esaimen bagai. Ya. ak tahu. Dan disebabkan ak tahulaah ak berani ambik risiko neh. Ak tahu diri ak better dari orang lain :)


macam nie la gaya seorang babysitter. haha

Hero hero hensem xD



Puteri puteri yang comel lagi jelita #eh

Ak jadi babysitter dengan Sya. Disebabkan ak ngan sya nie anak sulung, maka kitorang ditugaskan utk jaga baby2 semua. Kemain kitorang seronok hoii. Yelaa, jaga baby kot. Sapa je yang tak nak. hihi. Plus kerjanya pun bukannya berat sangat. So, kitorang menerimanya dengan hati yang terbuka malah girang lagi bahagia. Tersenyum lebar je kitorang neh. Bahagia bak haaaanggaaa  ~ muahahahha xDD


So far, baby baby semua ada 8 orang je. Tapi dengar khabarnya bakal bertambah lagi sorang baby yang berumur dalam 2 bulan lebih. Ni mesti kes maknya x sabar nak masuk kerja balik walau x abes lagi pantang -_-. Tertunngu tunggu jugak kemasukan baby tu nanti. Maybe minggu nie lah kot. So sekarang neh baby semua 5 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Yang laki namanya Humman Rizqy (Humman), Ahmad Rayyan Naqib (Amad), Rayyan Haikal (Rayyan), Wan Al-Fateh (Fateh), and Mazin. Manakala yang perempuan pulak nama Asma`, Fatini and Ibtihal (Anak Arab). Diorang semua nie comel2 kot. Sumpah ak rasa geram je dengan diorang semua. Geram sehingga ak rasa nak kiss je diorang setiap masa. #Opss :D.


Hampir seminggu dok ngan baby baby semua dah boleh buat ak faham dah gelagat diorang. Comel aja bila tengok diorang menangis sebab nak susu, berak, and kencing bagai. haha. Nak nak bila diorang menangis berjemaah sebab nak susu and berak. Haha, time nie laa yang kelam kabut sikit sebab tak tahu nak capai yang mana dulu. wakkaakak. Nasib baik la ada Nenek and Kak Wani yang tolong kitorang ~ lalallalla xD

Humman : Budak nie la yang paling besar antara semua sebab dah pandai jalan. Tak banyak kerenah cuma akan menangis bila nak tido je. Tapi sekali tido kemain lama hoii. haha

Amad : Amad nie kedua besar after Humman. Pun x banyak kerenah. Belum pandai jalan lagi tapi hanya reti merangkak je sekarang. Bagi susu terus senyap and paling kuat tido. Nak tido dalam buai aja. ahha

Rayyan : Haa, nie baby yang paling ceria sekali. Gelak aja memanjang. Kadang2 bila baby2 lain nangis berjemaah, boleh pulak dia dok gelak2. Kesian dia bila kitorang tak boleh nak layan dia sangat bila dia nak bercerita. haha. Menangis bila berak je, :D

Fateh : Nie sorang baby yg suka gelak bila orang agah. Kuat minum susu and tido. Senang kerja bila jaga dia  ~ hihi *baby favorite sya xDD

Mazin : Boleh kata dia laa antara baby yg paling muda sekali. Sorang yg sensitif terhadap bising. wakakak. Bising sikit maka terjagalah dia. haha

Fatini : Baby perempuan yg dah besar la. ak rasa dah boleh consider sebagai budak. Haha, mungkin dalam 2 3 bulan lagi dah pandai lah kot berjalan dgn stabil. hihi. Susah nak tidur hoii budak neh. Tapi kuat minum susu. :D

Asma` : Nie budak yang paling ak suka giler. Kiranya baby emas ak lah kot. haha. Ak suka agah dia sebab dia akan senyum and datang dekat ak. Kadang2 dok dalam dakapan ak je bila dia nampak penyelia. Dia takut kot sebab penyelia tu suka kacau dia. Kesian Asma`. haaha.

Ibtihal : Nie baby arab hoii. haha. ak boleh consider sebagai budak baru ah sebab dia masuk isnin lepas. Suka minum susu and nak tidur dalam buai je. Lambat bagi susu sikit nangis terus. Dah la lantang suaranya. muahheheheh ~ 


Bila ak tengok diorang semua terus hati yang sedih ke hapa jadi happy je. Betul lah orang kata, bila kita ada masalah je and bila tengok budak2 terus hilang masalah tu, terbang melayang entah ke mana. Tapi tapi ak hanya mampu bersama dgn diorang sampai 1 Ogos nie jelaa sebab malam tu insyaALLLAH ak dah pulang balik ke Kelantan. Yelaa, nak cuti jap kerja and balik tolong mak ak jahit baju since time tu dah dekat nak raya. Tolong ringankan beban mak ak. Nak ganti balik masa yang ak x sempat nak tolong mak ak raya yang lepas since ak sampai rumah pagi raya. So, kali nie nak  tolong mak ak sehabis daya yang mungkin. Moga2 dapat lah ak kumpul duit lagi ~ haha #eh ~ 


Tapi bukanlah maksud ak berhenti terus jadi babysitter tu. After raya ak sambung lah balik. Sayang hoii nak berhenti terus. Malah ak x terniat pun nak berhenti lagi. Faham tak perasaan bila kita dah terlampau attached dengan budak2 sampai kita rasa tak sanggup nak tinggalkan diorang mcm tu je. Tak sanggup okayy. =.=


Ak rasa jadi babysitter neh beri ak pengalaman baru. Pengalaman acah acah jadi seorang ibu. muahahha. Yelaa, kau belajar mcm mana nak mandikan baby, basuh berak kencing diorang, susukan diorang, and dodoikan diorang sehingga tidur. Tetiba rasa macam naluri keibuan tu meluap-luap hoii. hahaha. Best kot melayan baby2 nie semua. Alhamdulillah, DIA kurniakan ak sifat yang penyayang pada budak2.


P/s : Tak sabar nak menggomol diorang pagi esok xDD


No comments :

Post a Comment

Copyright @ Segala yang berada di blog ini adalah hak milik Ana Shuwaa. Terima kasih