Sunday, 28 July 2013

0
Komen

#47 : Iftar with less fortunate children ^_^

Assalamualaikum and selamat petang.

Ehem, hari nie nak hupdate pasal cerita dua hari lepas. Ekekekke, ak nie memang suka hupdate cerita lambat lambat. Maklumlah kena berperang dengan perangai malas dulu weeh. Tu pasal yang sampai dua, tiga hari and then sampai seminggu untuk ak ambek masa nak hupdate. Wakakkaka. Tapi ada ak kesah ? ak rasa nak hupdate, ak hupdate ah. Ak tak nak, ak tak hupdate ah. Tapi biasanya kalau pasal program rajin jgak ah ak nak hupdate. Yelaa, orang kata kenangan kot. Nanti lepas kau grad ke and then kerja ke nanti, boleh lah belek belek entry lama-lama. Barulah nanti kau akan rasa bangga “owh, benda benda nie ke yang ak terlibat masa kat UIA dulu. Alhamdulillah, ada jgak faedahnya” . Iye dok ? :D


Okay, berbalik pada tajuk sebenar entry ak neh, nak cerita la yang dua hari lepas bersamaan dengan Nuzul Quran yang jatuh pada hari jumaat, kitorang budak budak Mahallah Hafsha telah buat program dekat Rumah Nur Salam Chow Kit iaitu Iftar bersama dengan diorang. Ianya adalah bawah bureau da`wah and tarbiah mahallah hafshah punya program. Masa diorang post kat group pasal Iftar nie, ak dah gembira kemain. Yelaa, teringin jgak la nak join program sebegini. Nak harapkan diri sendiri yang buat, memang tak lah kan. So, bila ada peluang mcm tu, kita join jelaa. Alhamdulillah lah ari tu, ak free. Maklumlah bila nursery pom cuti. lagi syok. 


Kitorang bukan pergi dengan tangan kosong je kat sana tapi kitorang ada masak sendiri bubur kacang hijau and agar-agar untuk bawak pergi sana.*Cehh, gaya ak cakap macam ak join je masak masak dengan diorang pagi tu. Terlupa weh. haha*. Ada jgak lah nasi ayam untuk buka puasa ari tu. Mahallah tempah dengan cafe Hafsha lah kot. Tengok tengok dah ready dah ari tu. Best wooo. hihi. Mahallah2 and department lain ada jgak la yang bagi sumbangan berupa duit, barang2 kering untuk disumbangkan dekat Rumah Nur Salam tu. Banyak jgak la yang kitorang bawak ari tu. Alhamdulillah, rezeki diorang di bulan puasa neh :)


Adelar dalam pukul 3.40 petang kitorang bertolak pergi dengan bas ari tu. Tapi nak dekat pukul 6 petang jugak lah kitorang sampai. Sebabnya driver bas salah jalan woah. Dahla jammed ari tu. Memang ambik masa jgak la untuk patah balik ke jalan yang betul. wakakakaka. Dah sampai, terus kitorang punggah punggah barang bawak ke atas. Dah la barang barang banyak dan berat, kena pulak bawak sampai ke tingkat 3 since Rumah Nur Salam tu adalah rumah kedaii. Ak boleh rasa sampai ke hari nie tangan ak lenguh weh, rasa berat je. Tangan sensitipp macam nie laaa. haiyoo, manja punya tangan -___-


Ak boleh cakap kebanyakan yang pergi program ari tu adalah budak budak Cakna Siswa weh. haha. adik beradik angkat ak semua pergi. Berkumpul lagi ah kitorang. Tapi sayang mak and ayah angkat pulak yang x de. *tetiba. kalau tak, dah cukup lengkap ah keluarga angkat ari tu ~ haha. Tapi macam biasa ah, kak ipar ngan ak neh memang takkan dapat dipisahkan. mana ada aktiviti mahallah, kat situ lah kitorang akan bersama. yelaa, kata ipar. haruslah sentiasa bersama. haha *mohon jangan ketuk ak kak ipar :D*


Okayy, dah membebel Ana. Nah, mohon layan gambar gambar yang banyak dengan muka ak. Yelaa, blog ak, haruslah banyak gambar ak. Nak upload dalam fb , nanti orang menyampah pulakkk. sikit sikit bolehla. muahahhaha #Evillaugh




Nasi ayam sedaappp :D


My adik beradik angkat cakna siswa. sorang je x de dalam gambar :)


with kak ipar. haha ^^


sempat lagi posing kat tangga =,=


sesi memunggah barang ke tingkat 3 =.=


hai, ;)


with Penghuni Rumah Nur Salam :)





khusyuk mendengar arahan dari kak qila


group time ~


food on the day ^^


akak yang tinggi 150cm je =='


again with my kak iparr ~ haha


okayy, fall in love dengan mural #melting =,=
simple but nice (o_o)


Alhamdulillah, feeling great. Sempat jugak bagi duit raya kat budak budak semua. And kitorang jugak tak terlepas utk dapat duit raya. tetiba rasa mcm jadi budak kecik balik bila dapat duit raya. #Eh. Lagi gambar program ari tu boleh tengok dekat sini  ^_^


p/s : Ya. Memang hati ak nie daun kering. Kena lah apa pom still maintain kering lagi. Tapi kalau dah banyak kali kena, daun kering nie pom reti rabak jgak, reti terbakar. Tak selamanya daun kering neh kekal jadi daun kering yang tak ada hati perasaan. If you know what I mean.

Thursday, 25 July 2013

2
Komen

#46

Assalamualaikum dan selamat petang

Ehem, cuba menggagahkan diri menaip entry di petang yang sepoi sepoi bahasa neh sambil menunggu waktu berbuka. Maklumlah masa free weh skrang neh. Kelas dah abes dah utk ari nie and ditakdirkan pulak tak de langsung meeting and any additional works yang lain, sapa tak suka. Ye dok ? 


Alhamdulillah, masuk ari nie dah 16 hari kita semua berpuasa dan sedar tak sedar rupa-rupanya tinggal seminggu lagi untuk ak cuti raya weh. Esaimen and presentation semua dari minggu lepas dah settle .G kelas minggu neh pom setakat goyang kaki dengar orang present je kot. Maklumlah bila turn kita dah lama lepas. haha. Best giler seminggu neh tanpa perlu risaukan esaimen and presentation :3


And I can say program ak utk sem nie pun InsyaALLAH officially akan last esok. Well, we will have an Iftar with less fortunate children (street children) at Chowkit dari pukul 3.30 petang - 9.00 malam dekat Rumah Nur Salam Chowkit under Mahallah. Sangat tak rugi untuk melibatkan diri dengan program program sebegini. Membuatkan kita bersyukur dengan apa yang kita miliki, yang mana jauh lagi baik berbanding dengan mereka mereka yang tidak bernasib baik macam kita. And kalau ada meeting pun lepas nie, InsyaALLAH meeting utk program program yang akan berlangsung next sem :)


Teringin berada bawah titisan hujan :)

Oh ya, tiket raya ak dah book dah. InsyaALLAH 1/8 nie ak akan mencemar duli balik ke rumah. Adelar dalam sepuluh ari jugak ah ak dok kat rumah. Tapi 11/8 nie ak dah nak kena datang dah uia. Maklumlah bila exam lepas raya kan. Terima jelaa hakikat yang kau sempat raya kat rumah 3 hari je weh. Aku ulang TIGA HARI ! =.=. Tapi utk orang macam ak yang jenis bukan kaki merewang gi jalan jalan sangat tidak menjadi masalah. Sentiasa okayyyy. :D


Dan rasanya next week bakal menerima gaji yang pertama sebagai baby sitter. Betapa tidak sabarnya untuk merasa duit dari penat lelah sendiri. Keep calm Ana. Ingat apa tujuan kau kerja. Ingat Ana. Jangan sesekali gunakan duit tu. Dapat gaji make sure masukkan ke dalam akaun terus. Simpan kemas kemas dalam bank. Kalau boleh sembunyikan kad bank tu, sembunyikanlah untuk kemaslahatan pada masa depan. Tak sabar nak tunggu next weeekkkkkk ~ wink wink ^^


budak keseorangan ari neh :p


p/s: Selagi ak masih menjaga apa yang patut, yang masih bersempadan dalam hidup, InsyaALLAH, All is well :)

p/s : Oh ya, minggu nie mimpi ular. Banyak pulak tu. Dah la warna warni bagai. heee


Wednesday, 10 July 2013

0
Komen

#45 : Happy Ramadhan :3

Assalamualaikum dan selamat petang.


Sedar tak sedar, akhirnya dah masuk juga 1 ramadhan ari nie. Tinggal tak sampai satu jam lagi kot masa nak berbuka. Rezeki ari nie bila dapat seberkas kurma dari tempat nursery. Mak budak2 yang kasik kat kitorang sorang satu. Alhamdulillah. :)


Selamat Berpuasa ^_^

Mcam-macam gelagat yang boleh tengok dalam fb and twitter dok wish and bagi nasihat pasal ramadhan. Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat jugak tahu benda benda yang ak x pernah tahu selama nie. Macam biasalar, ramadhan kali nie masih lagi di perantauan, dan masih lagi menyambutnya seorang diri, tidak berdua malah bertiga. Ecewaahh, ayat tak boleh nak kontrobesi lagi ke Ana hoii. =,=


Bila dah namanya sorang sorang, memang tak pernah nah kisah langsung la pasal juadah utk berbuka atau sahur bagai. Apa yang ada kita makan. Tambah tambah bila sem nie UIA tak de bukak bazar langsung macam puasa tahun lepas. Kalau ada, boleh lar usha usha kan sedikit juadah utk berbuka. Tapi kali nie gigit jari sajalah :3


Apa pun ramadhan kali nie aku dah buat sedikit perancangan. Moga moga perancangan ak berjalan lancarlah hendaknya. And beribu tahniah utk diri aku sebab dah book tiket utk balik ke kelantan pada 1/8/2013 and datang balik uia pada 11/8/2013. Alhamdulillah, 10 hari masa akan diperuntukkan bersama dengan family semanfaatnya. Tak sabar nak tolong mak jahit baju sebab nanti akan dapat upah. :3


Rutin harian masa ramadhan kali nie pun akan diteruskan macam biasa jugak ah kan. Time x de kelas kita pergi nursery macam biasa. Dari pagi hingga 5.30 petang. Kalau orang bujang macam ak neh balik pukul berapa pun tak kisah kot. Yelaa, bukan nak kena masak bagai untuk orang pun. Untuk diri sendiri pun belum tentu ak nak mencari. wakakaka ~





Antara gambar yang sempat di snap time dok main ngan baby baby semua. Acah acah jadi ibu yang penyayang dulu hoii. Barulah tak kekok nanti kalau bebetul jadi ibu nanti kan #Eh xDD

P/s : You see things, and you keep quiet about them, and you understand. That what we called as "OBSERVE".

Sunday, 7 July 2013

0
Komen

#44 : Babysitter hooii ~ =,=

Assalamualaikum dan selamat malam. 

Ehem ehem, apa khabar pembaca budiman sekalian? Moga sehat2 lah korang ya. Yelaa, dua hari lagi dah nak puasa kot. Tak mau la demam demam neh. +_+.


Ak tak tahu nak cakap ak nie malas ke hapa nak hupdate blog, tapi tulaa sikap suka bertangguh nak mengupdate masa ada idea membuatkan ak jadi malas dah nak bukak entry baru. sob sob. Kalau dulu kemain jgak ah rajin ak nak mengupdate walaupun bizi kan, tapi sekarang neh masa terluang pun dah buat ak jadi malas. dah terbalik 360 darjah hoii ak neh. 


Nak kata kelas full setiap hari tipu lah kan since kelas ak neh selasa n kames, pukul 2.00 - 5.00 petang je. So, ari2 lain ak free jelaa hoii. Tapi tu dulu laa. But sejak seminggu yang lepas masa ak dah terisi dengan kerja2 yang berfaedah which is ak jadi Babysitter. wakakaka, apa korang ingat ak x de bakat ke jaga baby2 nie ? hehe, tengok kaki la dulu ~ =.=


Since kelas ak hanyalah selasa n kames pukul 2-5 petang, maka ak mengambil keputusan tepat lagi padu ah utk kerja part time. Ari Isnin, Rabu and Jumaat ak kerja full ari tu dari pukul 7 pagi - 5 petang. Cuma ari selasa and kames je ak kerja half dari pukul 7 pagi- 1 tengah hari. Yelaa, pukul 2 petang tu ak dah kena masuk kelas dah. hihi. Alhamdulillah, masa ak terisi dgn benda2 yg berfaedah. :)


Ada orang tanya ak, x penat ke Ana kerja and then kena g kelas pulak petang tu. Tipu lah kalau ak kata tak penat, tapi fun kot. Rasa fun tu menenggelamkan rasa penat tu. Seriously ak tak tipu. Main dengan baby tu memberi ak rasa kepuasan, rasa seronok. Menatap diorang buat ak rasa tak jemu. Suka je tengok diorang gelak bila diagah, senyum , menangis. huwaaa, tetba rasa macam nak ada baby jgak #EH xDDD


Ak kerja dekat Al-Amin je. Tak silap ak nama Al-Amin Child Care. Kot. Nursery utk budak2 and baby2. Dekat je ngan uia, jalan nak g pasar malam je pun. Jalan kaki 15 minit pun boleh sampai dah. Tak perlu pada transport. haha. Thanks laa pada Jah sebab bagitau ak pasal kerja neh. Tak lah ak boring dok kat bilik tanpa buat apa2 sekali gus buat badan ak jadi lesu dan x bersemangat. Maklumlah bila orang dah biasa buat kerja, tup tup dok rehat je 2 3 hari kat bilik boleh buat ak jadi giler tahu dak. Giler sebab bosan.


Ak berani buat part time neh sebab ak tahu diri ak mcm mana. Ak tahu yang ak boleh tahan dengan keadaan  nie. Ak tahu yang ak boleh bahagikan masa antara study dengan kerja and esaimen bagai. Ya. ak tahu. Dan disebabkan ak tahulaah ak berani ambik risiko neh. Ak tahu diri ak better dari orang lain :)


macam nie la gaya seorang babysitter. haha

Hero hero hensem xD



Puteri puteri yang comel lagi jelita #eh

Ak jadi babysitter dengan Sya. Disebabkan ak ngan sya nie anak sulung, maka kitorang ditugaskan utk jaga baby2 semua. Kemain kitorang seronok hoii. Yelaa, jaga baby kot. Sapa je yang tak nak. hihi. Plus kerjanya pun bukannya berat sangat. So, kitorang menerimanya dengan hati yang terbuka malah girang lagi bahagia. Tersenyum lebar je kitorang neh. Bahagia bak haaaanggaaa  ~ muahahahha xDD


So far, baby baby semua ada 8 orang je. Tapi dengar khabarnya bakal bertambah lagi sorang baby yang berumur dalam 2 bulan lebih. Ni mesti kes maknya x sabar nak masuk kerja balik walau x abes lagi pantang -_-. Tertunngu tunggu jugak kemasukan baby tu nanti. Maybe minggu nie lah kot. So sekarang neh baby semua 5 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Yang laki namanya Humman Rizqy (Humman), Ahmad Rayyan Naqib (Amad), Rayyan Haikal (Rayyan), Wan Al-Fateh (Fateh), and Mazin. Manakala yang perempuan pulak nama Asma`, Fatini and Ibtihal (Anak Arab). Diorang semua nie comel2 kot. Sumpah ak rasa geram je dengan diorang semua. Geram sehingga ak rasa nak kiss je diorang setiap masa. #Opss :D.


Hampir seminggu dok ngan baby baby semua dah boleh buat ak faham dah gelagat diorang. Comel aja bila tengok diorang menangis sebab nak susu, berak, and kencing bagai. haha. Nak nak bila diorang menangis berjemaah sebab nak susu and berak. Haha, time nie laa yang kelam kabut sikit sebab tak tahu nak capai yang mana dulu. wakkaakak. Nasib baik la ada Nenek and Kak Wani yang tolong kitorang ~ lalallalla xD

Humman : Budak nie la yang paling besar antara semua sebab dah pandai jalan. Tak banyak kerenah cuma akan menangis bila nak tido je. Tapi sekali tido kemain lama hoii. haha

Amad : Amad nie kedua besar after Humman. Pun x banyak kerenah. Belum pandai jalan lagi tapi hanya reti merangkak je sekarang. Bagi susu terus senyap and paling kuat tido. Nak tido dalam buai aja. ahha

Rayyan : Haa, nie baby yang paling ceria sekali. Gelak aja memanjang. Kadang2 bila baby2 lain nangis berjemaah, boleh pulak dia dok gelak2. Kesian dia bila kitorang tak boleh nak layan dia sangat bila dia nak bercerita. haha. Menangis bila berak je, :D

Fateh : Nie sorang baby yg suka gelak bila orang agah. Kuat minum susu and tido. Senang kerja bila jaga dia  ~ hihi *baby favorite sya xDD

Mazin : Boleh kata dia laa antara baby yg paling muda sekali. Sorang yg sensitif terhadap bising. wakakak. Bising sikit maka terjagalah dia. haha

Fatini : Baby perempuan yg dah besar la. ak rasa dah boleh consider sebagai budak. Haha, mungkin dalam 2 3 bulan lagi dah pandai lah kot berjalan dgn stabil. hihi. Susah nak tidur hoii budak neh. Tapi kuat minum susu. :D

Asma` : Nie budak yang paling ak suka giler. Kiranya baby emas ak lah kot. haha. Ak suka agah dia sebab dia akan senyum and datang dekat ak. Kadang2 dok dalam dakapan ak je bila dia nampak penyelia. Dia takut kot sebab penyelia tu suka kacau dia. Kesian Asma`. haaha.

Ibtihal : Nie baby arab hoii. haha. ak boleh consider sebagai budak baru ah sebab dia masuk isnin lepas. Suka minum susu and nak tidur dalam buai je. Lambat bagi susu sikit nangis terus. Dah la lantang suaranya. muahheheheh ~ 


Bila ak tengok diorang semua terus hati yang sedih ke hapa jadi happy je. Betul lah orang kata, bila kita ada masalah je and bila tengok budak2 terus hilang masalah tu, terbang melayang entah ke mana. Tapi tapi ak hanya mampu bersama dgn diorang sampai 1 Ogos nie jelaa sebab malam tu insyaALLLAH ak dah pulang balik ke Kelantan. Yelaa, nak cuti jap kerja and balik tolong mak ak jahit baju since time tu dah dekat nak raya. Tolong ringankan beban mak ak. Nak ganti balik masa yang ak x sempat nak tolong mak ak raya yang lepas since ak sampai rumah pagi raya. So, kali nie nak  tolong mak ak sehabis daya yang mungkin. Moga2 dapat lah ak kumpul duit lagi ~ haha #eh ~ 


Tapi bukanlah maksud ak berhenti terus jadi babysitter tu. After raya ak sambung lah balik. Sayang hoii nak berhenti terus. Malah ak x terniat pun nak berhenti lagi. Faham tak perasaan bila kita dah terlampau attached dengan budak2 sampai kita rasa tak sanggup nak tinggalkan diorang mcm tu je. Tak sanggup okayy. =.=


Ak rasa jadi babysitter neh beri ak pengalaman baru. Pengalaman acah acah jadi seorang ibu. muahahha. Yelaa, kau belajar mcm mana nak mandikan baby, basuh berak kencing diorang, susukan diorang, and dodoikan diorang sehingga tidur. Tetiba rasa macam naluri keibuan tu meluap-luap hoii. hahaha. Best kot melayan baby2 nie semua. Alhamdulillah, DIA kurniakan ak sifat yang penyayang pada budak2.


P/s : Tak sabar nak menggomol diorang pagi esok xDD


Copyright @ Segala yang berada di blog ini adalah hak milik Ana Shuwaa. Terima kasih