Tuesday, 18 June 2013

0
Komen

#43 : Coretan sem 2, 2013 # Owsem :)

Assalamualaikum dan selamat malam :)

Ehem ehem. Kemalasan masih melanda diri sekarang nie walaupun x de kerja apa pom yang kena ak buat. Maklumlah sekarang dah cuti and ak pom dah abes program dah utk sem nie sejak 2 ari lepas. Alhamdulillah. So, I think this is the right time for me to rest. Rehatkan minda dan fizikal dari melakukan sebarang kerja. Ecewaahhh, tetiba rasa mcm x produktif plak gitteeww ~ :D


Now, just tinggal ak jelaaa kat uia nie. Kawan2 semua dah x de, dah balik rumah masing2. Kak ipar pom dah selamat berangkat tadi. Lalu bersedirilah ak kat bilik nie. hihi. Lalu ak cuba untuk ambik kesempatan hupdate blog pasal kisah ak sepanjang sem nie, sejak last hupdate ak sebelum ak bercuti dr menulis 3 bulan yang lepas. Banyak woah benda yang dah berlaku. Kebizian yang melanda diri menyebabkan banyak benda yang ak nak tulis termiss. Tu pasal ak try tulis jgak ari nie. Lantak la korang nak kata cerita dah basi ke hapa, ada ak kesah ?? ahha , #LoL

So, mohon hadaplah ya dengan entry ak kali nie ya. Ak berani cakap yang entry kali ni seriously panjang giler.  Panjang sangat sangat #Eh :p. Rasanya dah nature ak kot untuk bercerita pasal aktiviti ak dalam blog nie. Sebabnya ak dapat kepuasan. Kepuasan yang korang semua takkan dapat mcm yang ak dapat dengan hanya membaca. heee, then lets cekidoutttt my story ~ :D


22 MARCH 2013/ FRIDAY ( BASIC COUNSELING SKILLS 1)

Okay,, nie adalah BCS 1 utk bebudak Peers Batch 16. Kitorang selaku APC dikehendaki untuk bantu madam jelaa buat apa yang patut kat bebudak Peers Batch 16. Senior dah katakan. hihi. Basically tak berat pom benda neh. Kitorang just kena duduk dalam group and explain kat budak2 nie pasal counseling. Step step yang diorang kena buat kalau nak handle client. Tak boleh nak maen terjah macam tu je. After explain and suh diorang buat simulation dalam group based on case study, then barulah madam tunjukkan step yang betul kat stage tu.

Grouping and Simulation :)


23 MARCH 2013 / SATURDAY (RETREAT PEERS 1)

After settle dengan BCS 1, then esok tu bersamaan ari sabtu kitorang budak2 PEERS nie ada pulak Retreat 1 dekat Nur Laman Bestari, tempat kitorang Peers Batch 15 lepas. Tapi kali nie kitorang pergi sebagai APC (Advance Peers Counselor). Macam biasa ah, tolong2 madam handle program. Macam jadi back up kepada madam la. Kesian madam kalau tak de kitorang neh. haha :D


Untuk Retreat neh, ada la 3 4 aktiviti yang berjaya dibuat ari tu. Sama je dengan apa yang kitorang dah lalui dulu. Kalau dulu kitorang buat dalam dewan beraircond, tapi kali nie buat kat tempat yang berangin. Sebab dewan dah full ~ haha.

Retreat 2 at Nur Laman Bestari


6 APRIL 2013 / SATURDAY (BASIC COUNSELING SKILLS 2 AND CARING  TALENT DAY)

So, BCS 2 nie adalah smbungan daripada BCS 1 yang lepas. Kitorang buat dekat Mini Audi dari pukul 2- 4.30 petang. Macam biasa ah, tolong2 madam apa yang patut.  Masuk dalam group and brief kat budak2 nie.


Basic Counseling Skills 2 :)

After selesai BCS 2 tu, malam tu pukul 8 malam ak ada Caring Talent Day (CTD) plak. Pogram nie under Caring Club, bawah bureau Module. So, ak selaku salah sorang daripada bureau module telah menjadi commitee utk malam tu. Kerja ak adalah sebagai PR. So, malam tu ak hanyalah layan para2 juri sahaja dengan menutip dan membahagikan kertas markah para peserta dalam mempersembahkan module masing2. Sebab sebelum hari kejadian, ak dah buat dah kerja ak yang lain :D


Basically participant utk CTD nie adalah daripada bureau2 lain seperti Da`wah & Tarbiah, Entrepreneurship, Sports and Culture, Publication & Promotion, Welfare and so on, Diorang dikehendaki mempersembahkan dua module ciptaan sendiri utk budak sekolah rendah. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar malam tu.   Dekat pukul 12 lebih jgak la baru ak balik ke Mahallah. =,=

Caring Talent Day ^^


7 APRIL 2013 / SUNDAY (RETREAT 2 PEERS)

Dah la dalam pukul 4 pagi baru boleh tidur, tup tup pukul 7.30 pagi tu dah nak kena kumpul dah kat tangga besar untuk Retreat Peers. Kali nie Retreat 2 buat dekat Kuala Kubu Baru, tempat Retreat 3 kitorang dulu. Ak boleh cakap untuk hari tu dalam 12 jam jgak la kitorang dok kat luar. Pukul 8 pagi bertolak ke KKB, 8 malam lebih lebih pulak baru kitorang sampai ke uia. Dengan ak yang kepenatan x abes lagi, then terpaksa tempuh lagi one day yang menguji fizikal kitorang. haha. Dah ini pilihan yang ak buat, makanya ak teruskan jua. :D 


Basically, aktiviti yang diorang buat hari tu adalah Explorace, Water Rafting, and Water confident. Kalau dulu ak x join water Rafting and water confident sebab x sehat, tapi kali nie ak turun padang sekali. Dah la hujan ari tu, memang best ah main air. haha. 

Retreat 2 at Kuala Kubu Baru

Tapi gambar masa main water rafting and water confident x de la plak. sob sob nya rasa. Yelaa, semua masuk air kot, takkan nak bawak sekali handset and kamera bagai. Kalau yang kalis air x pelaaa ~. Syok jgak ah ari tu. Tambah pulak dengan hujan yang renyai renyai. Memang owsem rasa. Dah la air tasiknya pulak yang jernih. Perrgghh, memang seghonokkk =,=


13 APRIL 2013 / SATURDAY (REFLECTION PERMATA CAMAR)

Reflection Permata Camar nie under Caring Club punya program. Bawah projek Jaring. Untuk program kali nie ak jadi Secretary. Seriously ak cakap, nie adalah first time ak jadi S/u and Alhamdulillah, I did my best. Niat mula2 hanyalah untuk tolong diorang jelaa, kesian sebab diorang x de S/u lagi utk menggerakkan program tapi last2 macam ak dah terjebak dengan semua benda. haha. Okay, satu pengalaman yang x boleh ak lupakan. Mana taknya, jawatan yang ak x nak la yang datang dekat ak. Last2 ak try jelaa challenge diri ak. Tanamkan pada diri yang ANA BOLEH !!


Banyak benda jugak la yang terjadi. last last minit ada jugak committee yang tarik diri, budget yang x mencukupi utk jalankan program. Dahla buat kat pahang. Of course la akan menelan belanja yang banyak dekat transport. Lepas turun naik Censerve banyak kali, jumpa dengan Abang Zain memujuk barulah boleh dapat budget sikit. Kalau tak dapat, memang x boleh ah nak buat program. Tapi Alhamdulillah, program kitorang lah antara program yang dapat dijalankan kot. Tteiba terasa bangga kejap. heeee xDDDDD


Reflection kali nie boleh dikatakan Follow up la daripada outreach program yang sebelum nie dekat Permata Camar. Kalau outreach yang lepas tu more to facilitating, tapi kali nie kitorang tekankan pada pembinaaan sudut bacaan utk budak2 neh. Tapi tak bermakna kitorang x buat module. hee, buat je, cuma kitorang dibagaikan kepada dua group jelaa. satu group untuk handle module and satu group lagu utk bina sudut bacaaan dalam asrama diorang. 


Pukul 7.30 pagi kitorang bertolak pergi, dan dalam pukul 2 pagi pulak baru kitorang sampai uia balik =.=. Seharian jugak la program neh. Sampai lambat pom sebab kitorang sempat g kat pantai kejap. hee, saje ambik kesempatan pergi sana sambil buat post moterm terus. kalau tak buat terus, x tahu la bila plak boleh buat nya sebab masing2 pom dah start bizi bagai kan. =.=


Moduel and buat sudut bacaan ^_^


Bergambar Kenangan =,=


14 APRIL 2013 / SUNDAY (DOUGHNUT OF HOPE)

Ehem ehem, after seharian berada di luar UIA, so ahad keesokan tu adalah hari untuk diri sendiri lah plak. Mana2 kerja, ak tolak tepi sat dulu ari tu. Saja nak restkan otak. Tak nak fikir pasal mana2 kerja utk sehari tu. hihi. So, as a reward for myself, just hang out with my friends with the activity in UIA. So, on that day we had Doughnut of Hope, anjuran SRC sempena SRC Carnival. heee, serious owsem kot diorang semua buat donut2 tu. Ingat kerja senang ke nak buat donut lambang uia, adelar dalam 20000 donut telah digunakan utk cipta lambang uia. Dan donut2 tu semua telah diagihkan kepada rumah anak2 yatim sekitar and untuk student uia sendiri. Good job untuk para commitee semua (y). ^_^





22 APRIL 2013 / MONDAY (INTERVIEW)

Haaa, nie lah ari yang paling mencabar sekali dalam hidup kitorang. Sangat mencabar dan menguji kesabaran. Yelaaa, interview nie adalah sebahagian daripada esaimen kitorang. Dahla 22 April tu supposedly petang tu kitorang nak kena present dah kot. Tapi interview x buat lagi sebab soalan yang kitorang buat madam x approve kot. dah nak dekat 50 soalan yang kitorang antar, tapi boleh kata semua soalan yang kitorang buat tu madam reject. sob sob weh rasa. Terasa macam tekanan giler. Padehal nak 6 soalan je pom ~ disebabka 6 soalan tu laaa kitorang punya interview yg paling lambat +_+


Dahla pagi tu terpaksa skip 2 kelas semata2 nak g interview tu. Nasib baik para lecturer semua memahami kitorang. Ecewaaahh. haha. Memang pulun abes ah kitorang ari tu. Dalam hati tawakkal je yang mampu after interviea ari tu. Slide2 yang sepatut kitorang buat, kitorang dah siapkan separuh. Just nak kena tambah part yang kitorang interview tu jelaaa. kalau nak jawapan terus x pe taw, tapi nie Madam nak kita relatekan lagi dari perspective mana yang kitorang jumpa. Sehabis daya woah kitorang buat. haha


Yelaaa, kitorang adalah group yang ke 4 dan dijangka present ari tu. Tapi Alhamdulillah, nasib menyebelahi kitorang bila kitorang x sempat nak present ari tu. wuwuuwuw, bersyukur giler. Maknanya masih ada masa lagi la untuk kitorang touch up balik. terasa macam diberi peluang lagi kot. heeee. Walaupun ini bukan kerja last minute, tapi disebabkan soalan2 yang kitorang hantar tu x di approve menjadikan kerja kitorang last minute. wakakaaka. Okay Ana, jadikan perkara nie sebagai pengajaran untuk kau okayyy. So, for the persentation on Friday, Alhamdulillah everything goes well :)




23 APRIL 2013 / TUESDAY (STAGING DONUT TERBANG KE BUMI)

And 23 April tu kitorang ada pementasan teater DONUT TERBANG KE BUMI dekat Experimental hall. Stagung nie adalah untuk Nusantara Theater Week and under Creept Production. Heee, macam biasa ah aku nie. Jadi budak propsss kot. wakakkakaka xD. Untuk props kali nie yang terlibat hanyalah Aku, Amal, Mimi, Along, Rausyan and Ata selaku ketua props. Memang bertungkus lumus abes ah kitorang untuk siapkan props nie semua. Beberapa malam berturut-turut kitorang balik lambat sebab nak siapkan. :D


Tipu lah kan kalau kata x penat dengan kelas seharian, discussion and meeting bagai, then tetiba kena buat props pulak untuk theater neh. Dah ak minat dan suka nak buat macam mana. So, buat jelaaa. Yang penting ak x de lah nak abaikan study ke hapa. Time g kelas ak pergi ah kelas. Nak kata overslept sebab x pergi kelas tu tak de lah pulak kan. haha


So, overall untuk NTW ari tu, kitorang under creept production telah menang 4 anugerah kot. haha. Anugerah yang paling banyak kitorang ah gondol. heee. Antara anugerah yang bgerjaya digondol adalah PROPS TERBAIK woah. haha. Bangga kejap kitorang. Ternyata penat lelah selama nie adalah berbaloi ~ hihi.


kamilah budak propsss  ~  haha

On stage ~

Di sebalik tabir penciptaan propsss xDDDDD

Oh yeah,,
We`re Creeptors xD


12 MAY 2013 / SUNDAY (SAMBUT BIRTHDAY DILA HATTA)

11 May tu ak dah keluar dah dengan Amalian ke JJ Wangsa Maju sebab teman dia untuk habiskan baucar buku. Heee, rezeki ak bila Mal belanja dua bijik novel. Segan jugak mula-mula tu, tapi bila dia dok suh pilihla novel mana2 yang nak, ak pom on jelaaa. Bak kata pepatah melayu "Rezeki jangan ditolak, musuh jangan pulak dicari " ~ xDDD


Dan keesokan hari tu 12 May, ak keluar pulak ke JJ utk sambut birthday Dila Hatta. Pergi sana sebab diorang semua teringin nak makan Chicken Rice Shop. Apa yang best tu tak tahu laaah. ak nie follow jelaaa sebab Dila and Kay dah ajak ak seminggu sebelum tu lagi. Layankan jelaaa. Kenyang perut suka hati :3


After menyantap dekat CRS tu, kitorang beralih pulak ke Wangsa Walk. Pergi sana sebab si Along nie haa nak tengok gitar lah bagai. Sambil2 tu diorang semua nak tengok wayang jugak. Ak bila dengar perkataan wayang terus blur blur jadinya. Yelaa, mahu ak terbuat free show lagi kat dalam tu, mau kena nganjing je ngan diorang nantyi. Heee, tapi nasib baik xde seat yang best time tu. Terus tak jadi nak tengok. Ak nie apa lagi, confirm suka giler ah. haha. Last last ambik keputusan nak main bowling je. Tak sangka mula2 main ak dah lead game dah. Boleh 5 hingga 6 round, taring ak dah mula hilang disebabkan terjatuh masa nak baling bola. Terus orang lain yang lead game. Malu bak ang bila jatuh depan ramai orang. Nasib baik xde yang perasan. haha. Diorang semua boleh pulak berpeluk terkejut tengok ak jatuh then gelaaakk berjemaaah. Nie la kawan. haha 








18 MAY 2013 / SATURDAY (STEAMBOAT)

Heee, nie lah aktiviti yang best sekali bila makan. First time woah ak makan steamboat. Kali nie kitorang pergi makan steamboat beramai-ramai dengan para APC Peers beserta dengan Advisor kitorang sebab sem nie adalah sem terakhir buat sesetengah APC. Maknanya lepas nie diorang dah x de dah la. sob sob nya rasa. Tu pasal madam request kat kitorang utk celebrate dengan diorang before Final Exam. Yelaa, kalau nak celebrate after Final exam, nanti ramai yang x dapat datang since kitorang abes exam berbeza. So, setelah berbincang bagai, makanya diperawalkanlah tarikh itu. Heee


Bukannya dengan Para Apc je malam tu, tapi jgk dengan budak2 HsStylistas. Haha, since ak sebahagian daripada HsStylistas dan juga adminnya, makanya secara tak langsung ak bersama2 jgak dgn diorang masa steamboat malam tu. Yelaaa, diorang pom g makan sama. Tapi lelaki semua jelaaa, sebab para perempuan semua malu nak join sebab diorang ingatkan x de orang. So, biar ak ngan amal jelaa jadi wakil HsStylistas nya malam tu xDDD

HsStylistas

APC Laki =,=

Sebahagian APC Perempuan :)



APC with our advisor, Madam Dina - Purple Shirt

Nanti bila diorang semua takde, konpem ak akan rindu dibuli oleh diorang. haha. Sob sob nya rasa. Diorang bertiga je yang berani buli ak, yang lain tu tak. Biasanya kitorang akan gaduh bab makanan jelaaa,. almaklumlah semua kuat makan xDDD. Well, normal lah setiap pertemuan tu ada perpisahan. Nanti kalau ada rezeki, kita semua akan jumpa lagi. InsyaALLAH :)


17-19 MAY 2013 / SUNDAY (CARING MANAGEMENT TRAINING)

Ehem, C-Mat nie pom diadakan last minute jgak la. Boleh kata dua hari before program start baru dapat mesej. Nasib baik hujung minggu tu ak free. Maka bolehlah ak melapangkan diri utk menghadirkan diri kejap. Basically C-Mat nie adalah training untuk para commitee yang bakal terlibat dengan Caring Carnival next sem. So, dari sini diorang akan didedahkan dengan gerak and skop kerja yang betul bermula daripada proposal. Diorang siap bagi sample and explanation lagi kot mcm mana nak buat proposal yang betul. Ak hanyalah take note benda2 yang penting jelaa sebab ak dah tahu sedikit sebanyak macam mana nak buat proposal neh dan banyaaakkkk lagi.


Selain tu, diorang jugak dedahkan kitorang macam mana nak buat Financial Report yang betul. Hurrmm, macam biasa ah ak, just take note benda2 yang penting jelaaa. Mana taw kalau rezeki satu hati nanti ak akan pegang jawatan Financial Controller ke pulak. So, time tu bolehlah ak aplikasikannya mengikut cara yang betul. haha xDDD *angan-angan

Lepas tu, President dedahkan kitorang dengan Personality Test. Ak hanya mampu tersennyum jelaa sebab ak dah buat dah benda tu dalam Peers. Kalau mula2 ak buat Personality Test tu, Peaceful mendominasi, diikuti dengan Perfect and Powerful. But ari tu ak buat Perfect ak kini mendominasi, diikuti dengan Powerful and Peaceful. Heee, nampaknya setahun dah merubah ak banyak benda. Memang ak tak nafikan banyak character ak yang dah berubah. wakakaka. Dan ak harap perubahan itu mampu untuk ak balance kan dalam hidup ak.Kalau pandai balance kan, memang orang tu pandai kawal dia punya hidup la. haha


Last Day C-Mat ^_^


12-16 JUNE 2013 (CAKNA SISWA)

Ketuk ketak ketuk ketak after final exam bagai and then bermulalah holiday bagi semua students uia, maka bermulalah last program ak utk sem nie iaitu Cakna Siswa 2013 collaboration antara Mahallah Hafsha dengan Mahallah Uthman. First time woah utk ak join Cakna Siswa neh. Yelaa, sebelum nie ak x berpeluang, makanya bila ak nampak je program macam nie nak dijalankan terus ak isi nama nak join. Heee, 


Dan dan ak rasa sangat tak rugi join program macam neh. Seriously, sangat tak rugi. Tapi amatlah rugi bagi sesiapa yang tak nak join. Nature program neh lebih bertemakan pada anak angkat la. Mula2 Cakna Siswa nie rancangnya nak buat kat Setiu, Terengganu, tapi disebabkan ada beberapa masalah yang x dapat dielakkan makanya tempat program berubah ke Kg. Lukut, Johor.Kiranya masuk kali nie dah 2 kali jelaaa ak pergi Johor. Kali pertama utk Theater ari tu, dan kali kedua utk Cakna Siswa =,=


Untuk Cakna Siswa kali nie, banyak benda jugak lah yang telah kitorang buat. Antaranya adalah Motivational Talk utk budak2 sekolah, Gotong royong dekat sekolah, Gotong royong dekat masjid and kubur, Sukan Rakyat, Pertandingan Ukir buah, BBQ, Panjat Gunung Panti, Mandi Jeram and Cultural Night. Cuma untuk aktiviti  Panjat Gunung Panti je yang ak x join sekali sebab masalah kaki. Ak takut kaki ak terseliuh ke hapa nanti kalau daki atau turun nanti since kaki ak yang sakit tu masih x sembuh2 lagi hingga sekarang. So, lebih baik beringat la sebelum kena lagi. Tak mahu dah ak. Sayang woah kat kaki ak neh. haha.


Masa first day sampai kitorang dah dibahagikan kepada rumah angkat masing2 oleh Ketua Kampung. Then, ak dapat jadi anak angkat Mak Ngah Saiyah sekali dengan 3 orang yang lain lagi. Seriously mak and ayah angkat ak baik giler woah. Dah la suka buatkan kitorang makanan. Memang asyik makan lah kan kerja kitorang. hihi. Tambah2 bila ada pokok durian kat rumah, memang sakan ah diorang semua makan durian. Cuma ak je yang x berapa berminat sikit dgn durian. =,=


My Family angkat ^_^

Peserta lelaki dan perempuan =.=

Motivational Talk dekat Sekolah Rendah Bukit Lintang

Bersama dengan mak-mak angkat semua ^^

Untuk program kali nie, seramai 65 orang peserta terlibat and sebanyak 16 buah rumah angkat yang menyertai. Tu pom kalau ak x silap lah. haha. Ak jadi sub commitee utk CATLOG kot. Memang kalau x de program, masa ak kebanyakannya dihabeskan di dapur jela tolong mak-mak potong sayur, basuh pinggang or apa-apa jelaa yang berkaitan.  Sesekali ak perhatikan cara diorang masak, boleh lah nanti untuk ak masak sendiri. Ada la satu dua jenis masakan yang sempat ak ingat. Kadang2 bahan untuk masak dah sama dah, cuma step yang masak tu yang lain. wink wink. Dapat jugak ilmu masak untuk ak. haha xDDD


After genap 5 hari kitorang berprogram, rasa sayu kot nak tinggalkan kampung tu. Seriously, rasa macam sekejap je dengan diorang semua. +_+ . Mak mak semua baik-baik saja. Kadang2 bila panggil mak je, semua akan pandang. hihi. Sebab majoriti semua orang panggil mak kat sana. Comel aja bila panggil sorang, and then semua pandang :3


Apa yang boleh ak katakan, ak nak join lagi program Cakna Siswa neh. tak kisahlah under Mahallah ke Club ke. Yang penting kalau ada rezeki dan peluang, takkan ak lepaskan. Time nie la nak join program program yang macam neh. Bila dah grad nanti, tak da nya kau nak join dah. So, manfaatkan segala peluang yang ada :)


Dan Allhamdulillah, akhirnya abes jugak program ak utk sem nie. heee, looking forward untuk program program yang akan datang. InsyaALLAH kalau ada rezeki. ^______-^


p/s: Every problem has solution. But if you think there is no solution, then you are a part of the problem.

No comments :

Post a Comment

Copyright @ Segala yang berada di blog ini adalah hak milik Ana Shuwaa. Terima kasih