Saturday, 9 March 2013

0
Komen

#40 : Easier said than done

Assalamualaikum dan selamat malam

Ehem  ak rasa sejak kebelakangan neh ak suka tulis apa yang ak tulis kat twitter atau status ak dalam blog. Sebab kat dalam blog nie ak boleh menulis panjang sesuka hati ak je. kan ? dapatlah kepuasan sikit. Tak harap pom ada orang yang nak baca blog picisan mcm ak neh. yelaa, hanya sekadar pendapat yang ada dalam fikiran ak je. Dan pendapat ini x semua akan setuju. Ye dakk ?? xD


BERCAKAP MEMANG MUDAH TAPI NAK MEMAKNAKANNYA TAK SEMUA ORANG BOLEH BUAT. Erm, ak jumpa ayat nie bila baca buku Travelog Budak Mentah tadi. Tapi ak olahkannya dalam ayat ak sendiri la. Lebih kurang sama je yg dalam buku TBM tu. Bila baca ayat itu, zzuupp terasa mcm terkena kat diri sendiri ja. Tak tahu kenapa. Sebab mungkin ada benda yang ak cakap ada yang ak x maknakannya lagi kot. heee. 


Dan Maknakannya di sini adalah MEREALISASIKAN. Betul la. Nak cakap pung pang pung pang senang je. Semua orang boleh buat. Tapi nak realisasikan apa yang dah kita cakap tu, betul ke kita mampu ? betul ke kita tak hanya sekadar bercakap di bibir tapi habuk pom x dak ? betul ke percakapan tu hanya sekadar alunan untuk halwa telinga orang lain sahaja ? Erk, kalau ak nak senaraikan lagi rasanya x tersenarai kot. kkrriiiikkk kkrrriikkk. =.=


Contoh pertama -->>

" wei, ak rasa ak nak berubah la.ak teringin nak jadi seorang muslim yang baik. Nak sembahyang di awal waktu. Tak nak lengah-lengah dan tinggalkan solat dah. dan bla bla bla ... ". 


Ya, Kita cakap kita nak berubah. Tak nak lengah-lengah dan tinggalkan solat dah. Tapi cuba kita cek dan renungkan balik diri kita, betul ke kita buat apa yang kita kata ? Kalau betul ALHAMDULILLAH. Tapi kalau tak, cuba cari silapnya di mana. Adakah kita sekadar cakap sebab nak tunjukkan kat orang yang kita nak berubah atau percakapan itu sekadar percakapan yang singgah kat bibir je tapi tak seiring pom dgn hati ? haaa, sila cek balik semuaaaaa =,=


Dan ak mengaku yang ak jugak kadang2 terbabas juga dengan benda2 yang mcm tu. Ak pernah je cakap kat diri ak yang ak dah x nak lengah-lengahkan solat dah. Kalau masuk azan, terus nak g sembahyang. Tapi tapi hanya bertahan sekejap saja. Tak tahulah kenapa tak berterusan apa yg ak azamkan tu. Banyak godaan kot. Contohnya bila kita sedang tengok movie. Tengah2 syok tetiba azan kedengaran. lalu hati jahat berkata " alah, kejap lagilah sembahyang. Dah nak abes dah citer nie.." lalu kita lambat2 kan solat. see, nampak x permainan syaitonirrojin kat situ ? Pandai tak dia memperdayakan kita ?? wuuwuuw, sentap weeeii. ahha


Tapi tulaa. kalau kita nak berubah, perkara pertama yang harus di ubah itu adalah Hati. Kerana kat situ adalah kunci kepada segala-galanya. :)


Contoh kedua -->>

" Weii, sempena bukak sem baru neh ak nak belajar bersungguh-sungguh la. tak nak maen2 dah. Tak nak ponteng2 kelas dah.  Nak g awal je kelas and bla bla bla ... "


Tapi azam tu hanya tinggal azam sahaja. Langsung tak buat. G kelas tidor. Datang kelas pulak lambat. dah tu asyik ponteng je kelas sebab terbabas tido. dan dan je bila dah abes exam dan keluar result bagai "huwaa, menyesalnya ak x belajar bersungguh-sungguh. Menyesalnya ak main-main dan asyik ponteng kelas je, menyesalnya bla bla bla ...." . nampak tak ? nampak tak apa yang ak cuba sampaikan ?? Erm. Kita cakap kita nak belajar bersungguh-sungguh la bagai tapi kita x buat. G kelas pom nak tak nak je. Dah tu asyik ponteng je kerja. Macam mana kita nak dapat hasil yang cemerlang. Tapi kalau otak kau dah geliga dengan ponteng kelas bagai pom tp still dapat result yg cemerlang tu x pelaa jugaaakk. =='



Banyak lagi sebenarnya contoh yang ak boleh bagi kat sini. Tapi saja je ak nak tulis dua. Nak bagi korang yang baca entry ak neh berfikir sekejap. Cuba tepuk dada dan tanya pada diri masing-masing, betul ke kita dah buat semua yang kita dah pernah cakap sebelum nie ? kalau ak lah kan, banyak kot lagi yang tak aku laksanakan. yang berkurun kurun dulu pom ada je yang ak x buat lagi. teruk kan ? haha


Tapi tu laaa. kalau korang mampu buat apa yang korang cakap ALHAMDULILLAH la. tu tandanya hati dan fikiran korang seiring. Tak mudah tergugat dengan godaan yang mendatang dari para syaitanirrojin dan persekitaran. Susah woah nak jumpa dgn orang yang mcm tu kan sekarang neh. lalallallalalallala




Dan sukacitanya ak maklumkan lagi, ini semua adalah pendapat ak sahaja. Dan korang mungkin ada yang tak setuju dengan ak. Tapi x pelaa. Anggap je apa yang ak tulis nie sekadar bahan bacaan korang di waktu lapang. * Kalau tak lapang x denya korang nak dok melangut baca blog ak nie kan ? iye dokk ?? haha :p


P/s : Hasil takkan datang tanpa USAHA. dan usaha takkan takkan nampak kalau kita tak BERKESEDARAN untuk nak buatnya walau LANTANG mana kita bercakap sekali pom. 


No comments :

Post a Comment

Copyright @ Segala yang berada di blog ini adalah hak milik Ana Shuwaa. Terima kasih