Tuesday, 1 January 2013

0
Komen

#30 : Disember : #Part 6

Assalamualaikum dan selamat malam.

Ya. ak tahu dah masuk tahun baru 2013. Tapi untuk entry kali neh ak bukan nak ucap selamat tahun baru ke hapa cuma mahu menyudahi entry kali nie dgn cerita bulan disember. Entahla. since ak dah start cerita kan, so ak rasa better ak sudahinya. Barulah aman ak rasa hidup ak . :p

9 Disember 2012

Okay. lepas Charity Grand Dinner malam tu, esok tu ak ada aktiviti dekat Pusat Bowling, The Curve Damansara. Dahla malam tu nak dekat pukul 4 ak balik bilik kan, dah tu pagi2 pukul 7.30 pagi tu kena dah tercongak depan bus stop tunggu APC datang ambik utk pergi kat The Curve tu. Tipulah kan kalau ak kata tak mengantuk. wuuwuwuw.


Sebenarnya, ak kena maen bowling. Jadi wakil untuk Peers Uia lawan dengan semua peers dr universiti yang lain. Setiap peers universiti kena ada dua wakil perempuan dan dua wakil laki. So, utk UIA, ak dan Miss Vice President lah yang jadi wakilnya. Untuk laki plak, APC laki yang jadi wakilnya. Cuak jgak wei sebab ak bukannya pandai pom maen bowling. Kalau bab2 baling bola masuk longkang memang lah kan ak expert. :D


Seawal jam 8.30 pagi lagi kitorang dah sampai kat The Curve tu. Pusing2 The Curve dulu sementara tunggu yang lain sampai. Adelar berkumpul dekat tempat bowling tu dalam pukul 9.30 pagi. Ramai la jgak wakil2 universiti yang datang. Tapi sayang hanya beberapa orang je yang ak smepat berkenalan. Kebanyakannya dr Usim je. Hihi.


So, utk perlawanan kali neh kitorang selaku wakil UIA Perempuan telah bergandingan dengan wakil laki dr Usim maen. Serious kitorang maen bodoh2 je ari tu. Maen utk melepaskan tension ja. Ak ingatkan dalam 2 game je akan maen, mana taw kena habiskan smpai 5 game. Ak yang mula2 excited nak maen bowling tetiba  smpai game yang ke 4 dah pancit woah. Serious tak larat. Rasa mcm dah x de tenaga dah nak baling bola tu. Tu bila last2 baling asyik masuk longkang je. kkrriikkkk krrikkkkk. haha.


Tapi walau apa pom, kitrang still memang tempat ketiga okayyy. Pandai x kitorang maen. eceewaah ayat berlagak giler. haha. Untuk wakil universiti plak Uia menang di tempat yang ke dua keseluruhan. Ecewaah. memnag x rugi lah kan kitorang jadi wakil peers UIA. Muahahha. riak takabbur abes. Adelar dlm pukul 3 program abes. Siap tangkap2 gambar lagi tapi sayang ak x de gambarnya. So x dapatlah kan ak nak tempek dalam blog nieh. =,=


Dan ari tu jgak sepatutnya ak ada training utk Teater Pasir Salak. Ada trainer dari Istana Budaya datang latih kitorang tapi ak x pergi pom since ak ada aktiviti lain. Jahat x ak. haha. Well, sapa yang cop ak dulu orang tu lah yang ak akn beri keutamaan. Kejam kan tapi memang tu lah kenyataannya. Kalau ak boleh belah badan ak neh, rasanya dah lama ak bahagikan kepada beberapa bahagian. kkrriikkk kriikkkkk. =..=


11 Disember 2012

Okay, setelah berlatih beberapa lama untuk drama presentation utk subjct IPC neh, akhirnya hari2 yang ditunggu telah tiba. Maka ari tu telah berlangsunglah pemetasan drama kitorang. Well, kitorang undi dapat group yang ke 4. Alhamdulillah. Tak awal dah tak lama sgt. Takdelah kitorang gemuruh sgt :D


Untuk drama presentation tu, kitorang hanya diberi masa dalam 20 minit je. Kalau lebih pom janganlah drag smpai satu jam. Dalam setengah jam should be okay. Memang start dari pukul 9 pagi sehinggalah dalam pukul 4 baru abes semua. Kesian kat Madam ken dok lama2 dalam ADM LT5 tu. hihi. dah la sejuk. 


Ak lepas habis kitorang punya drama, daam pukul 1 kitorang break kejap. Tapi time tu ak dah blah dah untuk pergi trainung Teater Pasir Salak plak.  Ya. ak tahu yang ak neh sgt kental orangnya. Walau mcm mana sibuk sekalipun tapi kalau ada masa sikit insyaALLAH ak akn pergi training utk Pasir Salak tu. Masuk hari tu kiranya dah lama kot ak x g training. Adelar dalam seminggu lebih. hihi


Well, untuk pementasan ari tu, ak x de gambar dengan budak2 neh semua. Sebab pukul 1 tu kan ak terus blah dah dari situ. tapi diorang stay lagi. ruginya. Kalau x pasti akn ada gambar kenang-kenangan dg diorang. Dahla ari tu ak make up pakai gincu merah giler. Kalah mak datin okayyy.. :p


So, no picture for this program. sob sob Ana +_+


15/16 Disember 2012

Maka tibalah masa yang ditunggu-tunggu. akhirnya ari tu adalah hari pementasan Teater Pasir Salak dekat UTP, Perak. Kitorang gerak g sana pada 14/12/2012 malam. Dah la 14 hb tu ak kena settlekan kerja ak. Yelaa, ak nk tinggalkan UIA untuk 2 hari kot. Memang tak lah kan ak nak biarkan kerja2 ak tergantung mcm tu ja. So, settlekan setakat yang boleh.


Walaupun ak jarang g training utk TPS tu dan ada beberapa inner problem yang lain , Alhamdulillah I did my best. Memang sadis la perjalanan hidup ak sehingga boleh membuatkan ak berdiri dekat pentas kat UTP malam tu. Sangat x disangka.


before staging. see, watak ak. make up org kampung. :D

Tu skrip ak yang dah hancur.
percaya tak ?? =.=

ya, diorang yg banyak hiburkan ak, buat ak ketawa sepanjang ari tu.
kalau x, ak bawak hal ak lah kan ari tu ~ 

dekat dusun. x senonoh betul cara ak duduk :p

selamat tinggal perakk :D

After performance keesokannya ari tu kitorang pergi dusun buah. Dalam pukul 12 mcm tu kitorang g sana. Adelar dalam 3 jam kitorang dok melepak lepak sambil melantak buah2 yang best. Siap boleh bawak balik uia lagi kot. ahha. ak banyak melantak cempedak je. Diorang siap goreng lagi. best woooo. :D


Adelar kitorang smpai uia dalam pukul 12.30 malam. Giler ah. Lambat sampai sebab banyak giler berhenti. Dahla esok tu dah staging teater Deas as A Doornail kat Klpac. So, kalau smpai awal rancang la nk tengok barang props apa yang rosak, yang kena dibaiki. Nasib baik along dah balik uia awal. so dialah yang baiki semua props tu. Ak and amal pergi ke ICT lama tu rileks je sikit sebab x de menda dah yang nak kena buat. Yelaa, kitorang pom penat kot malam tu. Thanks along +_+


17/18 Disember 2012

Okay, staging Theater Dead as a Doornail kat Klpac. Bayaran kena RM 15 tapi since ak budak props, so x kena bayar. free jelaa. tapi ak hanya pergi utk first day je sebab utk second day ak ada kerja yang nak kena buat. 

Again, no picture for this event. wuuwuwwuuwu


23 Disember 2012

Okay. hari tu kitorang siblings UIA keluar makan-makan luar daripada UIA. G KFC yang dekat dengan ong tai kim je pom. haha. entah tetiba along call ajak keluar. ak pom on jela akan. Yelaa, dah lama kot x keluar lepak sesama2 since masing2 semua bizi. Tak macam sem lepas dulu, ada je masa yang kitorang keluar. Tapi tidak untuk sem nie. +_+


So, bila antara kitorang je yang keluar, so ak sangat tak berharap utk ada orang yang kelima dikalangan kitorang tu memandangkan kitorang dah lama x spend time sesama. So, what`s the point kan nak ajak orang lain jgak. 


Ya. ak tahu yang ak jarang giler spend time dgn budak kecik nie. :(

amal n sya. <3

okay, kami memang budak2 baik lagi penuh sopan santu +_+

Okay, sekian sahaja cerita untuk bulan disember. Sekarang neh ak tengah final. Nampaknya bukak sem  baru nanti ak akn bergelar second year student lah nampaknya kan. Fine. 4 more papers to go. Gambatte Ana  ^____^

p/s : Kalau ak ada masalah apa2, siblings lah orang pertama yang ak akn cari. Tak kisahlah sapa antara korang bertiga. :)


No comments :

Post a Comment

Copyright @ Segala yang berada di blog ini adalah hak milik Ana Shuwaa. Terima kasih