Tuesday, 22 January 2013

0
Komen

# 34 : Home sweet home ♥ ♥ ♥

Assalamualaikum dan selamat petang.



Ehem, okay. pada waktu ak tengah menaip entry nie skrang ak berada depan pintu rumah semata-mata nak dapat wifi. terasa tidak nikmatnya menaip bila hanya menggunakan laptop kecik. langsung x best. terasa mcm nak hempas2 je laptop tu ke lantai. but my heart keep saying " rileks ana. chilll okay. tu bukan laptop kau '. ggrrrrrr =.=


Masuk ari nie dah empat hari ak kat rumah. kenapa kenapa kenapa ak rasa masa begitu lambat berlalu. kalau kat uia ak rasa cepat je masa tu bergerak. heee, tu tandanya ak dah x sabar nak balik uia cepat cepat. ouch, kejamnya kau ana. dah la baru balik rumah. dah tu boleh plak nak balik uia awal. *kejam kejam okayyy 


Bila ak balik rumah nie, tambah2 bila balik balik terus jejak rumah baru terasa mcm ak dah dpt life ak balik. yeaaayyy, pukul 11 malam konpem2 ak dah lena di ulit mimpi dah.  ak pom x percaya yang ak boleh tido lena kat rumah walaupun dalam kepala ak banyak benda yg ak fikirkan. dan of course la pasal kerja dan perasaan. erk, kenapa mesti fikir pasal perasaan.?? Entah. ak pom x tahu nak bagi jawapan apa. haha


Dan bila ak kat rumah, ak pom still dgn laptop jgaaakkkk. well, ak dgn laptop x dapat dipisahkan. hehe. tp walaupun ak dok ngan laptop je, kerja2 rumah masih tidak ak abaikan okayy. bangun pagi buat breakfast, jemur2 baju. masuk tengah hari dah berperang pong pang pong pang dah dgn sudip n kuali kat dapur. biaselar. kata nak jadi isteri solehah nanti. kenalah buat semua benda skrang walaupun bila masak jari still lagi boleh terhiris pisau. mungkin sebab perasaan teruja nak masak tu yang buat ak x sedar dgn jari2 sekali terhiris. ekekkekee


heee, ak rasa macam nak tempek gambar rumah baru ak je dalam blog nie. tapi biarlah dulu. nnti bila ak nak balik uia balik baru ak tempek gambar. walaupun 75% baru siap, tp kitorang dah dok pom rumah baru nie dgn rasminya. ecewaaahh. cuma tang dapur je bila nak masuk kena pakai selipar. sebab bahagian tu je yg  x siap dgn complete lagi. but its okayy. still boleh lindung kitorang satu family dari hujan dan panas. #bersyukur :)


dan dan perangai ak yg still x berubah berubah lagi bila dok kat rumah adalah bila ak x reti reti nak keluar rumah. tahulah kan dah dok rumah baru. for sure lah kan still x kenal lagi jiran2 sebelah rumah. *arghh, itu hanyalah alasan ana. padehal jiran kau tu mak sedara kau je pom. padehal kalau rumah lama pom walhal dah dok dlm 5 tahun pom masih x kenal lagi jiran2 ~ itulah jadinya bila masa ak kebanyakannya dihabiskan dgn dok dalam rumah je. *kerasumbang =.= .baik kan ak. nie kalau mak mentua dtg  usha sejuk mata memandang. Tapi sayang bakal mak mentua dok jauuuhh nun di negeri sana. hehe :D



p/s: Ya. ak rindu . Kau .

Friday, 18 January 2013

3
Komen

#33 : Dia datang ~ lalalalalla

Assalamualaikum dan selamat petang.

Ehem. ari rabu ari tu yg bersamaan 16/1/2013, Laila datang uia semata2 nak jumpa ak. terharu kot. tsskk tsskk +_+. Aku nak keluar daripada uia x boleh sebab ada bnyak benda yang ak nk settle kan. dats y laila datang uia. :)


Tapi lepas zohor ak g ambik dia kat Masjid Jamek tehn kitorang g jalan2 kejap dekat situ. Kebetulan Amalina pom nak balik rumah dia jgak. so, kitorang saim sekali g LRT tu. rasa sayu jgak la bila sorang sorang balik meninggalkan ak. sob sob. tapi x pe, Ana kan kental :D


Kebetulan ari rabu ari tu, amal pom dah balik uia balik lepas abes program dia tu. So, sempat la jgak ak temukan Amal dengan Laila. hihi. Tapi x sempat nak jumpakan along and sya sekali. Mungkin lain kali lah kot. ^^


dia Laila :D








kebetulan ari tu pasar malam, so ak bawak la lela g pasar malam since cafe mahallah ak tutup. Then lepas2 beli makanan semua kitorang g hs cafe. saje jelaa kan nak tunjuk kat lela kat mana tempat yg salu ak lepak. hew hew hew .  x de kerja kot. tapi cuti2 nie kan hs cafe pom sunyi jelaa. x meriah macam selalu. :p


Dan keesokan tu lela balik. Dan amal pom berangkat balik jgak lepas zohor. maka tinggallah ak keseorangan kat UIA neh. haha. giler bagus ak bila dok sorang2. xde lah plak rasa nak g lepak hs cafe macam selalu. wink wink. *takutpadaforenertusebenarnya. haha


p/s : okay. malam nie akan balik ke kelantan. doakan :)

0
Komen

#32 : Tutup tirai sem 1, 2012/2013

Assalamualaikum dan selamat petang.

Ehem. Alhamdulillah, ari nie semua dah abis paper. Boleh nampak semua orang suka hati, gembira sehingga sengih lebar-lebar sebab dah abes exam. hoho. Padehal ak nie dah 3 hari dah merdeka. Yelaa, last paper ak ari kamis ari tu lagi kot. ngeh3. tapi saje jelaa kan dok menempel lagi kat uia neh. sayang kot nak tinggal. hoho :p

27/12/2012 : Tilawah
28/12/2012 : Interpersonal communication
5/1/2013 : Creative and Critical Thinking
8/1/2013 : Sociology
9/1/2013 : Sciences of Hadith
10/1/2013 : Statistic

After exam kedua ak ari tu, ade lar gap masa seminggu utk study subjek2 lain. Tapi xdenya ak study semua subjek. ak just study subjek mana yg ak rasa tough dan perlu diberi perhatian je. Tapi lepas exam CCT tu ambik ko straight terus paper dr 8hb sehingga 10 hb. Giler ah. Memang menguji kesabaran dan ketahanan mental betul la. =.=


Ak ada terlibat dgn study group sikit2. Macam study group utk CCT, Soca and Statistic. Walaupun kadang2 kitorang mempunyai pendapat yg berbeza disebabkan lecturer yg berlainan, its okay. kadang2 kita boleh dapat ilmu baru. Tak rugi pom. 


Dan ak jgak ada buat notes utk satu subjek baru2 nie. dan apa yg buat ak terharu bila setiap kali kau jumpa dgn orang and then diorang ucap " Terima kasih Ana utk notes kau tu. Membantu sgt ". huwaaa, ak x expect ramai org yg akan baca notes ak tu. sangat2 x sangka. wuwuuwuwu. Apa pom, ak harap semua orang mendapat manfaatnya. *sengih lebar ^______^

syndrome time exam. haha


tak sedar banyak kertas yg telah dibazirkan  :D

Abang long hs cafe :P

Tengok la. Kucing tu teman ak study soha ^^

Study statistic :'(

10/1/2013 (Thu)

Alhamdulillah, semua paper ak sudah dijawab dgn jayanya except paper statistic. Entahlah, ak dah redha dan pasrah dah dgn paper tu. Sebab ak rasa ak dah boleh agak apa result yg akn ak dapat. Ak dapat rasakan yg ak kan terkandas utk paper tu. huwaaa, sedih. Sebab paper tu ak x boleh jawab. First time ak keluar dewan sambil nangis. seriously ak memang x dapat tahan. Walau macam mana susah paper sebelum nie pom ak still boleh lagi cool dan sengih. Tapi tidak utk paper statistic. Bangun je kerusi, terus air mata nie jatuh berguguran. Dah la ak susah giler nak menangis. Kiranya ak memang kental lah . tapi ari tu ak tewas. Hs Cafe menjadi saksi ak menangis. ecewaahhhhh ~


tu namanya tekanan perasaan lepas menangis :D
makan makan maaakaaannnn. ahha


Tak senonoh betul ak =='
Kali kedua Amalina tengok ak menangis. Kiranya memang teruk la kan benda tu bg ak. wuwuuwu. Kesian kat dia kena pujuk ak supaya jangan nanges. haha. seriously bila fikir2 balik rasa mcm budak2 pom ada bila menangis sampai mcm tu sekali. kriikkk kriiikkk. haha


Dan bila dapat mesej amal yg bagi nasihat kat ak,  barulah boleh cool down sikit. Mata pom dah macam apa dah ari tu. Memang boleh nampak la kata menangis. hihi. *malu


Ya. Saya gembira.  gembira sebab exam dah abes

Walaupun ak dah abes exam, tapi masih banyak lagi kerja yang ak kena settle kan. Kerja2 utk CSR ak neh. Lepas tu cari tempat utk AGD Peers nanti. Serius penat. Penat nak cari tempat dan nak sesuaikan dgn budget yg dapat. Bila dah budget sikit, lagilah buat ak rasa malas nak cari. Tak usah bermimpi la nak buat AGD dekat hotel hotel bagai. Dengan budget yg mcm tu, dekat restoran je yg mampu. Tu pom nak mcari restoran bukan main tangkap muat je. Kena tengok banyak benda weh. wuwuwu.

11/1/2013 (Fri)

Pagi tu awal2 lagi ak dah ada kat hs cafe. Yelaa, sambung cari tempat utk AGD tu. Orang lain yg dah abes exam semua dah balik. Tapi hakuuuu ?? sendiri mau ingatla. haha. Boring2 cari tempat, then menggila kejap dgn sya. Kebetulan dia abes exam pukul 11 pagi tu. Memanh Hs Cafe tu kitorang yg punya. kihkihkih






Tulisan yg dekat A4 Paper tu sya yg tulis. Nak tunjuk betapa eksaitednya dia sebab dah abes exam. Ak apa lagi, join sekaki terus kot. haha. kebetulan time tu ada beberapa org kawan2 ak yg belum abes exam lagi ada sekali. Memang kena mental torture la weii. haha, kesian. Sampai stress amal ari tu sekejap. syok weh mengusik orag. kriikk kriikk. *dah lupa dah pasal menangis semalam :p 


Dalam pukul 12 tgh hari tu, tetiba sya ajak g tengok wayang. haha. ak apa lagi, on jelaaa walaupun ak sedikit ragu. hee, ak takut tertidur je nanti dalam pnggung wayang tu. +_+. tp kesian kat si Amal. berbelah bagi mula-mula tu nak g ke tak sebab dia masih ada paper lagi 13 hb tu. Tapi last2 dia pom ikut sekali. Katannya dah penat dah nak hadam notes2 semua. heee, apa lagi, berjimbalah kitorang. Kebetulan sya pom akn balik ke rumah dia keesokan tu. So, kitorang gunakan peluang neh utk hang out. Just Girls day outt. ekkekeekkeke



nampak tu muka happy kat situ ^_^

ak tengok wayang. caye ah :p

caye tak caye tak yang ak tengok wayang ari tu ~ lalalla. buat pertama kalinya tiket wayang tu ak x membazir. Caye ah Ana. Ada chance nk tengok wayang lagi neh. hehe. Kitorang tgk citer CZ12 ari tu. best kot. ak plak yg eksaiter terlebih. padehal masa 10 minit masuk panggung tu, mata dan mulut ak dah bagi signal mengantuk dah. tp entah mcm mana ak bertukar menjadi aktif lepas tu. layan je tgk cerita tu smpai abes. :D

amal nanges sebab sesak dalam Wangsa Walk. muahahhah xD

mcm ayu lah plak budak dua org neh :p


keceriaan terselah dgn spend time together gather . hihi

semua nak jadi model ^^

Roti boy pom jadilah. :D




Dalam maghrib baru kitorang sampai ke UIA balik. hee, serius seronok ari tu sehingga ak lupa nak masuk tempat yang biasa ak singgah kalau g Wangsa Walk which is Kedai Buku. hee, x pelaa. lain kali jelaa ak singgaj. Maybe bukak sem nanti. nk memborong yg mana patut. kkriiiikkk kkrriikkkk. hihi


12/1/2013 (Sat)

Okay, ari nie sya balik rumah dia. Tapi malam la. Kebetulan masa ak dok HS pagi tu utk cari tempat AGD, tetiba along datang tunjuk kupon domino. Apa lagi, terus ak ajak along beli domino. Alang2 tu sambut birthday sya terus yang belum sempat kitorang smbut lagi. Kiranya perancangan yg x dirancang pom. wuwuuwuu. 


Beli domino dekat Giant Batu Caves. hee, ak g ngan amalina. Kitorang membonceng motor dalam pukul 7 petang. Cayelah. haha,Along g sorang2. Selain pizza, sempat jgak la amalina g beli aiskrim. Dah lama dah budak tu mengidam nak makan aiskrim. Akhirnya, tercapai jgak hasrat itu. 


Kiranya Sya x tahu pom yg kitorang nak sambut birthday dia. Saje jela kan kitorang ajak dia dinner sama2. Kononnya nie lah dinner yang terakhir utk kitorang since dia akan balik rumah malam tu. saja buat dramatis sikit. Padehal ada surprise lain yg sedang menanti. heee

3 Kotak piza utk 6 orang makan. nie namanya MELANTAK. haha

jarang dapat bergambar bersama-sama. lengkap +_+

bahagia dapat hadiah =.=

perkenalkan dr. Kay ^^

bila hormon eksaited terlebih  =='



dgn amalina and dila hatta ^_^

birthday girl ~

eskrem yg sedaapp ~ 






sangat kekenyangan malam itu. dengan pizza + kek + eskrem. Muka sorang2 dah mcam apa dah. kkrriikkk kriiikkkk. heee. Kitorang smabut berenam ja. Dengan along , amal, sya, amalina, and dilla hatta. Rasa kepuasan bila akhirnya dapat tunaskan benda yg selama ini tertangguh. heee. Happy belated birthday Sya. Dok rumah elok2 taw. haha 

p/s : Tak penting apa yang saya rasa. kan ?

Thursday, 3 January 2013

3
Komen

#31 : Sanah Helwah Laila :)

Assalamualaikum dan selamat petang.

Ehem .masuk hari nie x sangka dah 3 hari menjalani kehidupan di tahun baru nie. serius rasa macam x nak percaya je yang ak bakal menjangkau 21 tahun pada bulan 6 nanti. Kawan ak lagi lah kan. tup tup ari nie dah ulang tahun kelahiran dia yang ke-21.


Sanah helwah dear ^^ Siti Nur Laila 

see, kecik kan dia. Tinggi pom lebih kurang mcm ak je. ahha. tapi yelaa. dah kena terima kenyataan yang ari nie dah masuk umur 21 tahun dan bukan dalam mood sweet 20 dah.  Its okay. yang penting kekalkan awet mudaa tu. dan silalah meninggikan ketinggian anda itu. hahaa. giler jahat ak :p


ak nak tempek gambar baru dia x jumpa lah pulak. so tempek jelaa gambar yang dua tahun lepas. kot. haha. tak pe. tetap comel jugakkkk :D

Dear Siti Nur Laila,
Selamat menyambut ulang tahun yang ke-21. 
Semoga hari hari yang mendatang sentiasa memberi kebahagian pada kau. 
teruskan mengorak langkahmu dengan senyuman 
^_____^


p/s : nak mai uia, inform ak dulu. nnti ak belanja mu makan. haha xD

Tuesday, 1 January 2013

0
Komen

#30 : Disember : #Part 6

Assalamualaikum dan selamat malam.

Ya. ak tahu dah masuk tahun baru 2013. Tapi untuk entry kali neh ak bukan nak ucap selamat tahun baru ke hapa cuma mahu menyudahi entry kali nie dgn cerita bulan disember. Entahla. since ak dah start cerita kan, so ak rasa better ak sudahinya. Barulah aman ak rasa hidup ak . :p

9 Disember 2012

Okay. lepas Charity Grand Dinner malam tu, esok tu ak ada aktiviti dekat Pusat Bowling, The Curve Damansara. Dahla malam tu nak dekat pukul 4 ak balik bilik kan, dah tu pagi2 pukul 7.30 pagi tu kena dah tercongak depan bus stop tunggu APC datang ambik utk pergi kat The Curve tu. Tipulah kan kalau ak kata tak mengantuk. wuuwuwuw.


Sebenarnya, ak kena maen bowling. Jadi wakil untuk Peers Uia lawan dengan semua peers dr universiti yang lain. Setiap peers universiti kena ada dua wakil perempuan dan dua wakil laki. So, utk UIA, ak dan Miss Vice President lah yang jadi wakilnya. Untuk laki plak, APC laki yang jadi wakilnya. Cuak jgak wei sebab ak bukannya pandai pom maen bowling. Kalau bab2 baling bola masuk longkang memang lah kan ak expert. :D


Seawal jam 8.30 pagi lagi kitorang dah sampai kat The Curve tu. Pusing2 The Curve dulu sementara tunggu yang lain sampai. Adelar berkumpul dekat tempat bowling tu dalam pukul 9.30 pagi. Ramai la jgak wakil2 universiti yang datang. Tapi sayang hanya beberapa orang je yang ak smepat berkenalan. Kebanyakannya dr Usim je. Hihi.


So, utk perlawanan kali neh kitorang selaku wakil UIA Perempuan telah bergandingan dengan wakil laki dr Usim maen. Serious kitorang maen bodoh2 je ari tu. Maen utk melepaskan tension ja. Ak ingatkan dalam 2 game je akan maen, mana taw kena habiskan smpai 5 game. Ak yang mula2 excited nak maen bowling tetiba  smpai game yang ke 4 dah pancit woah. Serious tak larat. Rasa mcm dah x de tenaga dah nak baling bola tu. Tu bila last2 baling asyik masuk longkang je. kkrriikkkk krrikkkkk. haha.


Tapi walau apa pom, kitrang still memang tempat ketiga okayyy. Pandai x kitorang maen. eceewaah ayat berlagak giler. haha. Untuk wakil universiti plak Uia menang di tempat yang ke dua keseluruhan. Ecewaah. memnag x rugi lah kan kitorang jadi wakil peers UIA. Muahahha. riak takabbur abes. Adelar dlm pukul 3 program abes. Siap tangkap2 gambar lagi tapi sayang ak x de gambarnya. So x dapatlah kan ak nak tempek dalam blog nieh. =,=


Dan ari tu jgak sepatutnya ak ada training utk Teater Pasir Salak. Ada trainer dari Istana Budaya datang latih kitorang tapi ak x pergi pom since ak ada aktiviti lain. Jahat x ak. haha. Well, sapa yang cop ak dulu orang tu lah yang ak akn beri keutamaan. Kejam kan tapi memang tu lah kenyataannya. Kalau ak boleh belah badan ak neh, rasanya dah lama ak bahagikan kepada beberapa bahagian. kkrriikkk kriikkkkk. =..=


11 Disember 2012

Okay, setelah berlatih beberapa lama untuk drama presentation utk subjct IPC neh, akhirnya hari2 yang ditunggu telah tiba. Maka ari tu telah berlangsunglah pemetasan drama kitorang. Well, kitorang undi dapat group yang ke 4. Alhamdulillah. Tak awal dah tak lama sgt. Takdelah kitorang gemuruh sgt :D


Untuk drama presentation tu, kitorang hanya diberi masa dalam 20 minit je. Kalau lebih pom janganlah drag smpai satu jam. Dalam setengah jam should be okay. Memang start dari pukul 9 pagi sehinggalah dalam pukul 4 baru abes semua. Kesian kat Madam ken dok lama2 dalam ADM LT5 tu. hihi. dah la sejuk. 


Ak lepas habis kitorang punya drama, daam pukul 1 kitorang break kejap. Tapi time tu ak dah blah dah untuk pergi trainung Teater Pasir Salak plak.  Ya. ak tahu yang ak neh sgt kental orangnya. Walau mcm mana sibuk sekalipun tapi kalau ada masa sikit insyaALLAH ak akn pergi training utk Pasir Salak tu. Masuk hari tu kiranya dah lama kot ak x g training. Adelar dalam seminggu lebih. hihi


Well, untuk pementasan ari tu, ak x de gambar dengan budak2 neh semua. Sebab pukul 1 tu kan ak terus blah dah dari situ. tapi diorang stay lagi. ruginya. Kalau x pasti akn ada gambar kenang-kenangan dg diorang. Dahla ari tu ak make up pakai gincu merah giler. Kalah mak datin okayyy.. :p


So, no picture for this program. sob sob Ana +_+


15/16 Disember 2012

Maka tibalah masa yang ditunggu-tunggu. akhirnya ari tu adalah hari pementasan Teater Pasir Salak dekat UTP, Perak. Kitorang gerak g sana pada 14/12/2012 malam. Dah la 14 hb tu ak kena settlekan kerja ak. Yelaa, ak nk tinggalkan UIA untuk 2 hari kot. Memang tak lah kan ak nak biarkan kerja2 ak tergantung mcm tu ja. So, settlekan setakat yang boleh.


Walaupun ak jarang g training utk TPS tu dan ada beberapa inner problem yang lain , Alhamdulillah I did my best. Memang sadis la perjalanan hidup ak sehingga boleh membuatkan ak berdiri dekat pentas kat UTP malam tu. Sangat x disangka.


before staging. see, watak ak. make up org kampung. :D

Tu skrip ak yang dah hancur.
percaya tak ?? =.=

ya, diorang yg banyak hiburkan ak, buat ak ketawa sepanjang ari tu.
kalau x, ak bawak hal ak lah kan ari tu ~ 

dekat dusun. x senonoh betul cara ak duduk :p

selamat tinggal perakk :D

After performance keesokannya ari tu kitorang pergi dusun buah. Dalam pukul 12 mcm tu kitorang g sana. Adelar dalam 3 jam kitorang dok melepak lepak sambil melantak buah2 yang best. Siap boleh bawak balik uia lagi kot. ahha. ak banyak melantak cempedak je. Diorang siap goreng lagi. best woooo. :D


Adelar kitorang smpai uia dalam pukul 12.30 malam. Giler ah. Lambat sampai sebab banyak giler berhenti. Dahla esok tu dah staging teater Deas as A Doornail kat Klpac. So, kalau smpai awal rancang la nk tengok barang props apa yang rosak, yang kena dibaiki. Nasib baik along dah balik uia awal. so dialah yang baiki semua props tu. Ak and amal pergi ke ICT lama tu rileks je sikit sebab x de menda dah yang nak kena buat. Yelaa, kitorang pom penat kot malam tu. Thanks along +_+


17/18 Disember 2012

Okay, staging Theater Dead as a Doornail kat Klpac. Bayaran kena RM 15 tapi since ak budak props, so x kena bayar. free jelaa. tapi ak hanya pergi utk first day je sebab utk second day ak ada kerja yang nak kena buat. 

Again, no picture for this event. wuuwuwwuuwu


23 Disember 2012

Okay. hari tu kitorang siblings UIA keluar makan-makan luar daripada UIA. G KFC yang dekat dengan ong tai kim je pom. haha. entah tetiba along call ajak keluar. ak pom on jela akan. Yelaa, dah lama kot x keluar lepak sesama2 since masing2 semua bizi. Tak macam sem lepas dulu, ada je masa yang kitorang keluar. Tapi tidak untuk sem nie. +_+


So, bila antara kitorang je yang keluar, so ak sangat tak berharap utk ada orang yang kelima dikalangan kitorang tu memandangkan kitorang dah lama x spend time sesama. So, what`s the point kan nak ajak orang lain jgak. 


Ya. ak tahu yang ak jarang giler spend time dgn budak kecik nie. :(

amal n sya. <3

okay, kami memang budak2 baik lagi penuh sopan santu +_+

Okay, sekian sahaja cerita untuk bulan disember. Sekarang neh ak tengah final. Nampaknya bukak sem  baru nanti ak akn bergelar second year student lah nampaknya kan. Fine. 4 more papers to go. Gambatte Ana  ^____^

p/s : Kalau ak ada masalah apa2, siblings lah orang pertama yang ak akn cari. Tak kisahlah sapa antara korang bertiga. :)


Copyright @ Segala yang berada di blog ini adalah hak milik Ana Shuwaa. Terima kasih