Monday, 24 December 2012

0
Komen

#27 : November : # Part 3

Assalamualaikum dan selamat malam.

Okay, jom masuk entry part ke 3 plak. hoho. mentang2 lah exam first ak start 28/12 neh, kemain kau ya ana hupdate blog. hihi  krriiikkkkk krriiiikkkkkkk

24-25 November 2012

Okay, pada 24-25 november ari tu, ak ada Retreat Peers yang ketiga dekat Kuala Kubu Baru. Apa nama tempat tu entahla. dah lupa lah plak. Al-maklumlah dah sebulan kot kejadian tu. haha.


So, Retreat tu adalah retreat kitorang yang terakhir untuk Peers Batch 15 neh. Yang pertama kitorang buat dekat Nur Laman Bestari. Yang kedua plak dekat Nur Lembah Pangsun, dan yang ketiga plak dekat Kuala Kubu Baru. Best giler kot. haha. Dengan peers, ak mencuba banyak benda baru. Basically benda yang ak x pernah buat la. Macam  Flying Fox, Water Rafting, Water Confident, dan yang terbaru kitorang belajar mcm mana nak buat rakit sendiri. Tapi bukan rakit yang guna kayu2 tu tapi yang guna tong drum. 


Untuk Retreat Peers yang ketiga, kitorang kena buat Scrap Book Presentation, Water Confident,  Water Rafting, and Psycho Drama. Best giler woah. haha. 


Tapi sayang utk Water Confident ngan Water Rafting ak x melibatkan diri sebab kurang sehat. Entah kenapala ari tu badan tetiba buat hal. Kalau tak, bolehla ak join diorang sekali. +_+


Scrap book presentation dalam group ^^

Well, utk scrap book presentaation tu kau kena cerita pasal diri kau. Start daripada kau kecik smpailah sekarang. Paham2 sendiri lah kalau ak kan. Konpem la penuh dengan gambar kot. haha


water confident ^^

tengoh ah diorang tu !
best giler kot +_+

susah woo buat benda alah tu. =.=

kena usung bawak g tasik. berat kot =='

tgk ah diorang tu.
jeles wooo. haha

group ak after water rafting :D

psycho drama presentation

group ak punya. haha

Aktiviti tu semua kitorang buat masa 24/11. Keesokannya tu kitorang ada Mock Counseling session dalam group and then main Explorace dr pukul 10 lebih hingga 12.30 tgh hari. Letih woah. haha. penat giler kot. dah la lepas tu kitorang x de rehat2 dah sebab kena siap2 solat zohor and makan tengah hari. Lepas tu kitorang terus balik UIA. Masa dalam bas balik tu lah semua orang tidur macam apa dah entah. Termasuklah ak. senyap sunyi je bas tu. krriiikkk krriikk +_+


27 November 2012

Ari tu ada CC4CC (Creeptic Crave For Charity Chase) kat Main Audi. CC4CC adalah program amal under Creept Production (Teater) utk mengutip derma untuk anak-anak penghidap HIV. Ada 11 short play kot. Banyak woah. Semuanya best2. Tapi sayang ak x dapat tengok masa first2 sebab kena jaga kat pintu utama. Cek tiket orang. +_+


Overall, diorang dapat kutip dalam 3000++. banyak la jgak kan. ^_^. Dahla full house kot Main Audi tu sehinggakan terpaksa bukak tempat yang bahagian atas plak. Sebabnya tiket yang berharga RM5 tu pom dah memang sold out + orang yang datang walk in pom ramai jgak. Good job utk everyone ^^

ak simpan lagi tiket tu. kenangan ~ . haha


28 November 2012.

Okay, ari tu ak jadi bidan terjun sebagai budak wardrobe utk Teater Raden Mas. Kwan ak mintak tolong ak gantikan dia memandangkan dia ada hal tetiba. Ak on jelaa memandangkan ak xde kerja ari tu. Woah, first time ak jadi budak wardrobe. Yelaa, selama neh budak props ja yang ak tahu. Memang pengalaman baru la kan bagi ak. Jadi budak make up je yang ak belum lagi. Coming soon maybe. haha , krriiikkkk krriiiikkkk 


Okay., no picture for this event. Sebabnya jadi budak wardrobe sgt bizi memandangkan ada banyak scene yang cast kena tukar baju. Dahla utk Teater Raden Mas tu banyak cast laki dan latar belakangnya berkisarkan orang melayu dan orang jawa. Kus semangat ak. Nasib baik la everything going smoothly on that day. Paham2 sendiri la kan bila jadi bidan terjun neh. Knpem2 la kan kau tak tahu apa2 pasal teater tu. hihi. 


Satu benda yang ak x boleh lupa ari tu bila ak tercucukkan pelakon kanak2 lelaki dengan pin masa nak pakaikan dia sampin. Menjerit budak tu sebab sakit. Tapi x lah smpai menangis. Memang rasa bersalah abes la ak time tu. Ngeri. Tercucuk perut kot. haha. Dahla budak tu berisi dan comel. +_+


Okay, cukup untuk November. Sekian +__+

No comments :

Post a Comment

Copyright @ Segala yang berada di blog ini adalah hak milik Ana Shuwaa. Terima kasih