Sunday, 23 December 2012

0
Komen

#26 : November : # Part 2 " Caring Fundraising Fair "

Assalamualaikum dan selamat pagi.

okay, jom masuk part 2 plak. Bajet giler kau ana bila ada part part bagai neh. haha.

19-21 November 2012.

Okay. Ari tu ak ada program dengan Caring Club. Program terbesar CC utk tahun ini. Program yang namanya Caring Carnival neh ada macam2 program lagi bawahnya. Antaranya adalah Talent show, Explorace, Caring FundRaising Fair, Grand Charity Dinner dan banyak lagi. Tapi utk Caring Carnival neh, ak terlibat utk event Caring FundRaising Fair (CFRF) ja. 


Untuk CFRF tu, kitorang buat dekat Mosque compound. Dekat ngan centre. Program neh melibatkan anak-anak yatim dari pelbagai rumah. Diorang dijemput hadir la untuk memeriahkan lagi program neh. Tak silap ak sebanyak 9 buah rumah anak-anak yatim yang datang. Objektif program nie adalah untuk memperkenalkan rumah anak2 yatim neh kepada golongan luar. Kiranya Cc neh jadi org tgh la antara rumah anak2 yatim dgn orang luar secara tidak langsung.


Utk program kali nie, ak jadi Sub Committee utk General Task. First time masa ak dapat mesej kata yang ak terpilih utk terlibat dalam program neh, ak happy giler kot. Sengih je memanjang. Sebabnya ak berpeluang utk berjumpa dgn anak2 yatim. Ingat senang ke nak g rumah anak2 yatim macam tu ja tambah2 bila hujung minggu kau pom asyik bizi memanjang.So, bila dah dpt peluang neh, knpem la kan ak happy.


Kitorang ada turn utk jaga masa program tu berlangsung. So, time ak jaga adalah 19 and 21 haribulan, 8 pagi- 11.30 pg. Tapi time aku free selama 3 hari tu, bebila masa je ak pergi. Kitorang ada sediakan permainan utk orang2  yang singgah kat situ. so, sapa yang maen dapat lah hadiahnya. :D

First day: okay. ak tahu yang ak neh semangat :p





ak beli benda alah nie 5 ketul kot.
comel giler. haha
teringat kat naga bukit tabur :)

Masa hari perasmian CFRF ^^


last day. kenangan bersama committee. :)

Rumah anak2 yatim neh just kena anta wakil dalam 2 0r 3 orang je utk setiap rumah. Di situ kami letakkan tabung utk diorang utk memudahan org ramai menderma. Ada jgak rumah2 anak yatim yang menjual makanan, produk2 diorang sendiri, pakaian2 dan banyak lagi la. Murah2 plak tu. Tu sebab ak boleh bantai 5 ketul naga ari tu. Bagi setiap satu sorang kat Sya sebab dia ada sejarah dgn Naga Bukit Tabur, Kay, Amal ,Izree dan of course utk ak sendiri satu. :D


22 NOVEMBER 2012

After program Caring FundRaising Fair tu, kitorang semua comiitee yang terlibat dengan Caring Carnival neh  kena join Grand Charity Dinner dengan anak2 yatim dekat CAC malam tu. Majlis yang berlangsung pada pukul 8 malam tapi ak pergi dalam pukul 10 malam. sebabnya ak ada program lain malam tu dekat Moot Court Aikol. Ak jadi commitee utk Forum Maal Hijrah: Malu tapi Mahu. Walaupun jadi commitee utk Catering, tp kenalah g tunjuk muka kejap dan buat kerja sikit2. Yelaa, ak kena bagi refreshment utk org yg datang talk tu masa registration. Dalam pukul 9 lebih baru abes. Lepas tu barulah ak bergegas pergi Edu Cafe kejap sebab time tu budak2 Pub and Pro utk peers punya seminar sedang buat design utk poster. heee, ak dah siapkan part ak which is buat handbill ~ so, dok sana ngan diorang kejap, dalam 10 minit mcm tu, then barulah ak pergi ke CAC. 


forum malam tu.
tapi sayang, langsung x berkesempatan utk mendengar =='

full house kot ^_^

eh eh, Ana Raffali la.
Ingatkan Ana Shuwaa dah tadi =,=

para committee. sayang gambar ak x de sekali. krikkk kriiikkkk ~

Masa smpai CAC cuak jgak la sebab lambat smpai. haha. time ak dtg tu ada org tgh buat persembahan. Meriah kot malam tu. Dari jauh ak boleh nampak lautan gelombang ungu dalam dewan tu. haha. sapa lagi kalau bukan para committee. Dan dan je smpai2 terus tangkap gambar. hoho, tak senonoh ~ 


yeay. I`m home :D

Miss them =.=

with nazri and dani. diorang sumpah comel =,=

Bersama dgn Anak2 yatim Raudhatul Faeez ^^

With dila, ummi ( Penjaga rumah Faeez) and Aiman ^^



Seriously ak rasa teruja giler sebab dapat jumpa balik dgn anak2 yatim Raudhatul Faeez. Ak pernah ada program dgn diorang. Time tu ak jadi fasi. Boleh baca dekat entry SINI. Banyak kot gambar ak dengan diorang. Rasa mcm nak tempek banyak2 je dalam blog ak neh. wuwuuwuw. Ak paling teruja bila dapat jumpa dengan si kecik Nazri and Dani. Semendang je kot ak dok ngan diorang. 


Bila time nak balik tu, rasa macam tak sanggup je nak lepaskan diorang balik. Sanggup ak ikut g antar diorang balik ke rumah anak yatim malam tu dengan bas. giler kan tapi itulah kenyatannya. Entah bila plak dapat berjumpa dgn diorang balik. Next sem jelaa mungkin. Tu pom kalau ak terpilih utk ke rumah anak2 yatim yang sama nanti utk buat follow up. Harap2 la ya. 


Adelar nak dekat pukul 12 malam ak smpai balik ke uia. Dan dan je lepas tu ak terus pergi Moot Court Aikol balik. Memang program dah abes tapi lepas tu ada post-moterm utk program. Hurm, adelar dalam pukul 1 lebih post-moterm tu abes, Yelaa nak tunggu semua masuk kumpul dalam bilik tu pom ambik masa jgak. Well, walaupun ak x sempat nk dgr talk tu, tapi yg ak dgr kata best. Videonya ada di postkan dekat youtube. Cuma ak je yng belum berpeluang utk mendownloadnya lagi. Nantilah bebila ak ada masa nk dowload video tu. nk la jgak tengok kan. ~ 

p/s : Perasaan tu sukar utk menipu walaupun akal sentiasa mahu menidakkan. 

No comments :

Post a Comment

Copyright @ Segala yang berada di blog ini adalah hak milik Ana Shuwaa. Terima kasih