Friday, 28 December 2012

0
Komen

#28 : Disember : #Part 4

Assalamualaikum dan selamat malam.

Okay, berakhir sudah part yang bulan November. Sekarang masuk plak part yang bulan Disember. Blog nie adalah tempat untuk ak bercerita. So, sapa2 yang rasa meluat ke hapa, amatlah tidak digalakkan utk masuk ke sini sebab ak takut bakal menimbulkan rasa sakit hati pada diri. Serius, ini auta bkan fakta =.=


Ehem. okay entry bersambung dengan jadual harian ak pada bulan Disember. Bukan hendak merungut tapi sekadar menyatakan yang weekend ak penuh dengan kerja. Ya. ak suka bila weekend ak penuh dengan aktiviti sebab ak tak akan ada masa utk dibuang. Kalau tak, memang ak akan membuta lah kan kalau dok kat bilik. Apa kau ingat laki je yang tahu buat kerja part time mcm tu. Perempuan pom reti kot :D


5/12/2012

Okay, tarikh tu ak ada program Peers yang namanya Seminar Breaking the ice dekat Experimental hall. Well, itu adalah program pertama kitorang yang mana kitorang lah yg bertanggungjawab atas segala2 nya. Utk program tu, ak jadi budak Pub&Pro. So, tugas ak hanyalah buat handbill and then distribute to people. Utk poster plak, aizan, and najla yang buatnya. Tapi dua malam sebelum program kitorang dah start lah menampal2 poster bagai dekat setia kuliyyah. Esoknya tu ak dan amalina pergi hantar invitation letter kat student2 yang terpilih utk sertai seminar tu. tipulah kalau kata tak penat. =='


Utk program nie kitorang invite budak2 international student. Tapi yang ramai datang ak rasa budak2 local kita jelaa. Mungkin sebab diorang tak kenal kot Experimentall hall nie kat mana. Husnuzhon lah sikit oiitt. haha. Utk hari tu jgak, budak2 usim datang ke program kitorang. Kitorang jemput informal jelaa. tak sangka diorang sanggup datang ke uia. :D


Well, macam biasa lah ak. Sebelah malam plak ak akan ada training utk drama presentation. Adelar dalam 2  or 3 jam practise. Lepas tu ak kena g training utk teater pasir salak plak. Tapi, boleh ak katakan setiap kali lepas training or meeting, bila ak nak pergi training utk pasir salak konpem asyik x sempat je. Sebabnya pukul 12 tu diorang dah abes training dah. Apa lagi, terus balik bilik lah ak neh. Happy kot sebab x kena g training utk TPS tu. kehkehkeh

Maka selamatlah malam ak +_+


No comments :

Post a Comment

Copyright @ Segala yang berada di blog ini adalah hak milik Ana Shuwaa. Terima kasih