Monday, 29 October 2012

0
Komen

#23 : owsem Aidiladha :)

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Ehem. baru ada hati dan perasaan nak hupdate pasal hari raya. Padehal hari raya aidiladha pom dah empat hari berlalu. heee. nie pom macam malas malas je nak hupdate. Tapi disebabkan kelas cancel kan ari neh so ak merajinkan jua diri :D


Okay, raya ak kali nie di UIA. Lagi. Ya lagi. Masuk raya kali nie, maknanya dah 3 kali ak tak raya kat rumah. Kenapa ? Of course la ada sebabnya kan. Bukan saja saja je tak nak balik beraya kat rumah. Orang giler je yang x mau balik beraya kat rumah ngan family. Raya kat uia je kali nie dengan kawan-kawan ak. Best la jgak =,=


Acap kali orang tanya ak balik bila raya neh. Dan bila jawapan ak kat TAK BALIK, semua macam terkejut je. Pelik sangat ke weh bila dengar orang tak balik raya. Owh lupa. Mungkin sebab ak nie masih lagi student kot. Lain la kalau ak nie dah kerja, ada family sendiri. Kalau tak balik raya kat rumah tu normal lah kan. Aigoo. Bila pemikiran setiap orang berbeza macam nie la jadinya. 


Ada sebab la kenapa ak x balik rumah raya neh. Bukan saja saja kot. Memang la kan UIA bagi cuti seminggu sempena mid break neh. Tapi banyak benda kot lagi yang ak terpaksa buat kat uia neh. Siapkan esaimen + study utk 4 paper berturut2 after mid break. Memang la kat rumah pom boleh study and siapkan esaimen jgak tapi ak tahulah perangai ak neh mcm mana. Possibility utk bukak buku kat rumah tu sgt tipis. So, better ak stay kat uia je. Nak tak nak knpem la kan ak akan siapkan esaimen n study. Walaupun x selesaikan 100% tp at least 60% ak dah complete kan. Tak rugi kot. 


Beraya kat uia boleh dikatakan best jgak la. Sebab kau tak kan rasa macam berada di Malaysia. Kebanyakannya forener kot yang ada. Kita plak yang jakun berada dalam kalangan diorang. Pergi masjid penuh dengan diorang. heee, terasa mcm dok kat negara luar plak :D


Walaupun ak x balik raya, tapi family tetap di hati okayy. Kitorang sempat skype lagi kot pagi tu. heee, tengok wajah mak ayah, dan adik adik rasa macam sayu lah plak. Semua ada kat rumah, cuma ak sorang je yang terkecuali. sob sob. nasib x nangis je masa skype ari tu. Kalau nangis memang hilanglah kan kemachoan ak ari tu. xD


Well, bukan ak sorang je budak melayu yang x balik raya kat rumah. Amal + Anis + Along + Syahid pom tak balik raya jgak. heee, kitorang beraya sama-sama kat uia. Melepak lepak kat hs cafe sambil study. Orang dok tengah memotong motong lemang + masak lauk kat masjid, kitorang dok bertapa kat hs cafe. Sangat bagus punya anak dara dan teruna neh. wakakkaka 


Part yang paling best raya kali neh bila Along kena melalak. heee, dia kena nyanyi lagu time orang2 semua dok makan lepas jumaat tu. Best kot dgr along nyanyi. Dahla berbaju melayu sepasang warna kuning nak coklat macam tu. caye lah along. Tapi dalam pukul 4 petang lepas lepak2 ngan kitorang kejap along dah kena balik perak dah. untung la dok dekat. x smpai 3 jam dah boleh smpai rumah dah ~ =.=

Raya yang suram tanpa papanya di sisi
ecewaaahhh. haha

Amal dengan Anis ^^

after persembahan.
hensem je pakai sepasang mcm tu. haha

okay. syahid nampak baik di sini. xD

motif letak gambar neh ?? =='

Dan dan thanks to Amalina sebab balik UIA kelmarin sambil bawakan makanan utk kitoramg. Dimasak special kot. haha. terharu ~ sob sob. akhirnya dapat makan daging korban jgaakk. masak black pepper plak tu ~ syedaapppp =,=


p/s : Alhamdulillah. Kitorang dah naik rumah baru dah masa Raya Aidiladha ari tu. Tak sabarnya nak balik rumah tengok rumah baru . wink wink

No comments :

Post a Comment

Copyright @ Segala yang berada di blog ini adalah hak milik Ana Shuwaa. Terima kasih