Monday, 1 October 2012

0
Komen

#18 : Hujung minggu yang owsemm ^^

Assalamualaikum dan selamat malam.

hoorayyy, akhirnya ak berpeluang utk hupdate blog lagi. agak payah jugak la utk ak mencuri sedikit masa utk buat kerja sampingan ak neh sekarang. tapi tak kira. ak nak buat jugak ari neh setelah seminggu lebih tertangguh. x de masa beb nak mengadap laptop menaip naip bagai neh. tapi demi pembaca setia ak, ak sanggup curi masa. hehehheh ~


Lately neh ak sedikit bizi. bukan nak riak takabbur ke hapa, tapi memang itulah hakikatnya. hujung minggu ak sentiasa full. ada je benda yang ak kena buat dan libatkan diri. but alhamdulillah, ak suka dengan keadaan yang macam tu. tak de la masa ak terbuang begitu saja macam sem lepas.


Macam yang ak kata tadi lah kan, hujung minggu ak memang full. so, sapa2 yang nak date ngan ak ke hapa, kena buat appointment dulu. kalau tak, no lepak lepak ngan Ana. haha. *bajet ada orang nak date :p Pergi sana, pergi sini. dok tak sampai sejam dalam bilik, dah keluar balik. kadang2 keluar pagi, balik pulak tengah2 malam. Hs Cafe tu jarang dah ak dok lepak2 kat sana. Kalau x de kerja, ak memang x g dah sana. Sampai ke hari ini, boleh bilang dgn jari berapa kali lunch lagi kat Hs Cafe tu. Kalau dulu, muka neh la yg bertenggek kat situ. wakakkaa. satu perubahan yang baik ana . *tepuk tepuk tangan =.=


So, berbalik pada weekend ak minggu lepas kan bersamaan 22/09/2012 yang jatuh pada hari Sabtu, mahallah ak ada gotong royong dan hias2 blok bagai kan. maklumlah blok2 semua akan bertanding yang mana paling cantik. So, terpaksa la ak menjoinkan diri. kononya nak aktif la kat blok neh. yelaa, mahallah dah keluarkan statement kata mana2 student yg x aktif dalam mahallah berkemungkinan besar akan ditendang keluar. oh no. ak x nak. x mau ak. then disebabkan itulah ak join BRC ( Block Representative Commitee). InsyaALLAH MRC to be after this. Maybe  next year ak akn apply. First year diorang galakkan jadi BRC baru. wakakkakaka *giler tinggi angan-angan =,= 


suri rumah berjaya :p





Untuk program mahallah pada hari itu, ak dan Amalina selaku wakil Block E telah terpilih utk memasak kat semua penhuni mahallah yang terlibat dengan gotong royong anda hias2 blok. Well, ak okay je sebab bab2 masak neh ak memang suka. Potong2 and bersihkan ayam. Hiris tomato and bawang utk buat sambal belacan dan banyak lagi la. Program start pukul 8 pagi tapi pukul 1 petang ak ngan Amalina terpaksa berhenti  dah la sebab kitorang ada program dengan peers ( Basic Couselling Skills 2) plak petang tu dekat Mini Audi pada pukul 1.30 petang. heee, tapi biaselar kitorang. Dalam pukul 2 petang baru smpai. Yelaa, mana nak siap2 lagi, mandi wangi2 sebab nak bagi hilang bau ayam. ngeh3 ~ kalau tak memang lah kan nanti masuk dewan bau ayam semerbak. ak x nak bertanggungjawab. ekekkekekek xD


And BCS 2 habis pada pukul 5 petang. Lepas abis BCS 2, ak x terus balik. Tapi terus masuk meeting dengan main board peers yang lain. Meeting apa biarlah menjadi rahsia dulu. Nanti lain masa ak cerita bila program tu berjaya. hihi. 

lukisan yang ak buat masa BSC 2 ~
Sangat berseni okayyy, haha


23/09/2012 ( Ahad)
Keesokan tu pula, ak ada Retreat Peers ke Nur Lembah Pangsun. Kitorang bertolak pada pukul 8.30 pagi and abis pada pukul 6 petang. Memang seronok habis la. sebab kat situ kitorang buat banyak benda. Macam biasa la, aktiviti wajib yang kitorang buat bila ada retreat adalah dibahagikan dalam kumpulan. And then dalam kumpulan tu, kitorang kena buat cipta nama kumpulan, and buat trademark. Heee, since kitorang berlima dalam stu group, so nama kumpulan and trademark kitorang " We are Five, Go Go Go " . Adelar gayanya yang kitorang kena buat. pusing2 bagai ~ haha 


tadaaa. pandangan hadapan

ocuh. sempat lagi snap gambar masa dalam bas :D

model sampingan Nur Lembah Pangsun =,=

My group.
We are five, Go Go G !! 

Kat Nur Lembah Pangsun neh, kitorang main Obstacles course. Giler penat weh benda neh. even ak selalu g jogging petang2 pom boleh semput jgak main benda alah neh. Kena panjat utk naik ke atas. Ala2 bukit gitu. Lepas tu kena tempuh pelbagai halangan lagi. Time neh, cooperation yang penting. heee, benda yang paling ak x boleh buat adalah Monkey Bar. Nasib baik la ada Puteri and Miza yang tolong ak. Tolong pegang and angkat ak since ketinggian ak x memadai utk bergayut. kahkahkah. kesian diorang. Adelar dalam 8 or 9 halangan yang kitorang kena tempuh. Walaupun semput2 bagai, tapi best kot. wuwuuwuwu


Lepas main obstacles bagai, kitorang kena main plak flying fox. First time weh ak maen benda alah tu. hee, tutup mata kot ak dari  mula2 turun sehingga sampai tu. Takut siot. haha. Dah la bawah tu ada kolam yang luas. Boleh plak ak terbayang ada buaya dalam tu. Konon2 nya kalau jatuh dan buaya2 semua bakal ngap ak. Memang imaginasi yang x boleh blahh. haha. sebelum ak nak turun flying fox tu, boleh plak abang yang awasi kitorang x pakaikan ak dengan tali apa entah. Memang saje2 je kan nak buat ak cuak. nasib baik x sempat turun lagi. Kalau tak, tak tahu la apa yg akan jadi.  ~ hoho


Lepas tu, kitorang buat plak water rafting and water confidence. Time neh memang syok abes la. Kitorang buat trans fall dalam air. Kalau x tertelan air and masuk dalam hidung memang x sah. Lepas abis semua aktiviti, kitorang siap2 utk bersihkan diri dan sembahyang. Lepas tu ada upacara closing. hee, tak sangka yang group ak menang tempat pertama. Yelaa, ak rasa kitorang yang paling lambat buat Obstacles. Mungkin diorang tgk pada cooperation dalam group kot. apa pom Alhamdulillah. Dapat makanan freee lagi. ngeh3 ~


Ehem, niat di hati untuk pergi kursus kawin pada 22/9/2012 hingga 23/9/2012 dekat main audi terpaksa dilupakan. sob sob ana. Dahulukan yang mana penting dari yang penting. 


26/09/2012 ( RABU)
Ari tu kitorang IIUM Peers neh kena pergi Usim sebab kitorang ada lawatan Delegasi Peers Uia ke Usim. Program hari tu dari pukul 8.30 pagi hingga 1 tengah hari. Tujuan kitorang pergi sana adalah untuk bertukar2 pendapat dengan PRU Usim tentang aktiviti2 yang kitorang semua dah buat selama dok dalam Peers and Pru neh. Diorang tanya soalan kitorang jawab. Kitorang tanya soalan diorang jawab. So far, banyak jugak la Pru Usim sudah buat aktiviti. Kiranya aktif jgak la diorang neh ~ hoho. Banyak manfaat yang kitorang dapat. Bukan saje2 je pergi sana okayy. haha. dan sgt tak disangka yang kawan sek maahad ak dulu pom join Pru Usim. waaah, terkejut kot ak jumpa dia. Dah 3 tahun ak x jumpa dia lepas abes sekolah. tup tup jumpa dalam delegasi ari tu. Alhamdulillah. sangat seronok. 


Dan dan ari tu sempat jugak la ak jumpa seorang kawan blogger daripada Usim sorang neh. kecik molep je orangnya. Malu2 plak tu bila jumpa ak. heee, biaselar baru first time jumpa memang mcm tu. eksaiteed terlebih. haha. dan rasa sedih jgak la sebab x dapat jumpa kawan2 ak yg kat usim yang lain sebab pukul 1 kitorang dah bertolak pulang kat uia. Sedangkan diorang pukul 1 baru abes kelas. nampaknya bukan rezeki ak utk jumoa dengan diorang ari tu. sob sob sob =.=





with Amalina ^^


lunch time ~

IIUM Peers + PRU Usim 

28/09 - 30/09/2012 ( JUMAAT - SABTU )
Lepas meeting and jumpa dengan orang tu orang nie pada ari jumaat tu, then pukul 8.00 malam ak ada program dekat Edu. Program yang namanya FASTRAC ( Fasilitator Training Camp) nie adalah anjuran Caring Club. Heee, since ak dah berjaya dalam interview ari tu so ak kena la join Fastrac neh. Sepatutnya first program ak dengan Caring Club nie adalah ari Ahad yang bersamaan 23/09/2012 ari tu dekat Edu Square. Tapi disebabkan ak ada program dengan Peers ( Retreat) terpaksa la ak korbankan salah satu. Ak dah cakap awal2 dah masa diorang interview ak ari tu yg ak ada program pada 23/09 tu. and diorang kata okay je kat ak kalau x dapat datang. tapi dengan syarat utk program seterusnya ak wajib menghadirkan diri. heee, tak kisahla benda tu sebab ak tahu minggu lepas tu ak freee. so, disebabkan kelapangan itulah ak ada utk Fastrac selama 3 hari bermula ari jumaat sehingga hari ahad. wink wink.


Naib baik la ada orang yang ak kenal dalam Caring Club neh. Tak delaa terasa keseorangang sgt. Utk malam Sabtu itu, kitorang ber ice breaking dahulu. Kenal-kenal antara satu sama lain. Lepas tu main tulis2 surat kat admirer masing2 la. bunyi macam sengal tapi itulah yang kitorang buat. hee. x pe la kot sebab diorang tak tahu sapa yang tulis surat tu. kalau x, mau malu bertahun tahun. wakkakaka xD


Suka bila dapat pakai neh. haha

kitorang kena tulis nama masing2
sebab nanti akan di bagi secara random pada admirer kitorang :p

Banyak jugak la yang kitorang belajar dalam Fastrac tu. Kitorang diajar mcm mana nak buat module, macam mana nak buat paper work. Macam mana nak dealing dengan budak2 nanti especially anak2 yatim. Alhamdulillah, ilmu yang sgt berguna. suka suka jugak tapi input yang dapat tu yang penting. Bolehla kita gunakan kalau nak buat program nanti. 


Sekarang neh ak dapat rasa Ana yang lain. Ana yang dah berubah sedikit demi sedikit. Kalau dulu ak takkan jadi volunteer utk suka2 je. tapi dalam Fastract ana buktikan yang ana boleh. Ak bangun dan bentangkan module utk group ak yang mana idea utk module itu sendiri adalah datang daripada ak. Tak sampai 2 minit pom fikir. terasa bangga kejap. Walaupun menggigil masa nak bentangkan tu, tapi tetap boleh buat. sedikit demi sedikit ak cuba mengatasi perasaan gugup tu, insyaALLAH lama2 nanti pasti boleh. Ana boleh. Percaya pada diri yang ak boleh buat. Please bear in your mind Ana :)


lukisan yang sgt berseni :p

Dan kalau korang nampak lukisan kat atas tu, itu adalah salah satu module yang menguji kekreativiti kitorang. Well, macam biasa lah kan. Tangan ak sentiasa berseni. Tu yang lukisan jadi comel mcm tu ~ haha. Kitorang kena lukis " Orang dalam hujan" .  Disebabkan hujan, so ak lukis payung. Tapi sayang dalam lukisan tu ak x gunakan pom payung tu utk lindungi diri. Kalau korang tahu, payung yang x digunakan dalam lukisan tu menterjemahkan diri ak yang macam mana. Well, berdasarkan dalam lukisan tu, ak digambarkan seorang yang ada idea, ada penyelesaian tapi ak x gunakan idea dan penyelesaian tu dengan betul. hanya biarkan benda tu begitu saja. Tahu tapi tak menggunakan. Fine, sangat terasa. sebijik kena atas kepala. ouch. sapa2 yang kenal ak, confirm ak setuju dengan kenyataan itu. =.=


Dan sekarang neh ak cuba utk membizikan diri dengan aktiviti atau program yang berfaedah. Jangan ditanya kenapa sebab ak takkan beri jawapannya pada kalian. Banyak lagi yang perlu ak belajar, belajar dan terus belajar. Dimarah, dipuji, sudah menjadi lumrah. Bila dipuji, anggap je itu adalah reward atas usaha yang telah kita buat. Bila dimarah, terima dengan hati yang terbuka. Anggap je itu adalah proses untuk kita belajar. 


To handle yourself use your MIND. and to handle others use your HEART. 

p/s : Maybe you`ll have second chance, but it will never be as great as the first one.

No comments :

Post a Comment

Copyright @ Segala yang berada di blog ini adalah hak milik Ana Shuwaa. Terima kasih