Wednesday, 24 October 2012

0
Komen

#20 : Elits Charity Carnival

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Ehem, setelah dua hari berperang dgn perasaan nak hupdate ke tak blog neh, akhirnya ak hupdate jgak la ari neh. entahlah, tetiba je rasa malas nak menaip naip bagai neh. haha. macam la ada orang kisah kan ak menaip ke x kat blog ak neh. okay fine. merajuk *larisambilbuatdramahindustan =.=


Tapi x kisah la kan. Kalau ak hupdate blog neh semestilah kan ada benda yang bakal ak kongsikan dgn korang semua. mesti ada orang akan kata kan " alah, semua benda nak citer kat blog, x boleh ke simpan sorang2 ". well, this is my blog. blog ak , so ak ada hak nak buat apa pom. kalau tak suka, sila jangan masuk sini. As simple as that. kan ? wink wink. 


okay. sebenarnya ak nak citer yang ari sabtu yang lepas bersamaan 20/10/2012, ak join satu program neh. jadi volunteer untuk program diorang. since diorang punya program adalah ari sabtu, dan kebetulan ak x balik untuk cuti mid break neh, why not kan ak join. Untung dapat meluangkan masa dgn buat kerja yang berfaedah sikit. x adelah asyik fikir nak buat tahik mata je kat bilik hujung minggu neh. heee

under BENL punya society

Macam yang korang nampak kat gambar atas tu, itulah programnya. Elits Charity Carnival (ECC) *sesuka hati ak je singkatkan nama tu :p . since ECC nie untuk kanak-kanak istimewa macam autism, orang2 buta, and so on, so kitorang telah ditugaskan untuk menjaga mereka. Macam program khas utk diorang la. main permainan sukaneka. serius sangat best kot. fun giler ari tu main dgn diorang semua. Memang x rugi lah kan jadi volunteer utk ECC neh. 


Malam sebelum hari kejadian, kitorang ada briefing bagai ECC neh. Hee, tapi ak sempat g sampi pukul 9 jelaa malam tu. Sebabnya ak kena g meeting untuk program lain plak malam tu. So, ak x tahu lah kan apa yang diorang semua cakap pada malam tu. Yang ak tahu, kitorang yang jadi volunteer neh kena jaga special kids. Macam teman diorang kalau nak g tandas, jaga diorang jangan pergi pada kumpulan lain, jangan bagi diorang mengamuk ke hapa. Since diorang neh adalah special kids, so kita akan jumpa bermacam2 jenis ragam la. Ada yang x boleh dok diam , ada yang x suka bising, ada yang senyap je, ada yang x boleh bercakap. erm, kat situlah kesabaran kitorang teruji. haha


Masa pagi kejadian tu, kitorang telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Satu kumpulan 5 orang. So, ak, amal, sya, efi dan farah adalah dibawah satu team untuk menjaga kumpulan Earth. Dalam kumpulan tu ada 7 orang semua special kids neh. heee, pandai-pandailah korang cari jalan macam mana nak jaga budak2 neh. sorang volunteer boleh jaga sorang budak. Tu pom kalau budak tu terlampau aktif. Kalau yang biasa2 je, sorang tu dah boleh jaga dua orang dah. Ikut kesesuaian keragaman budak2 tu la. 


We are five. heee,

Untuk volunteer, kami semua bergelombang merah. haha. Semangat Red Warrior kot ! :D. dah dah. ak malas nak membebel banyak banyak. So, korang layankan jelaa ea gambar2 yang ak sogokkan kat bawah neh. jangan terkejut kalau dalam gambar neh banyak muka kitorang je. wakakkaka :p 


pagi2 lagi dah kena cuci botol susu. =='
salah satu permainan utk budak2 yang berkerusi roda

kena susun benda alah tu. tapi alih2 x guna lah plak. ==' . mungkin diorang 
nak kitorang neh warming up kot pagi2 neh. :p

penat susun sebab ada je yg x match. so, picture time. haha

Breakfast time. Makan roti ngan air kotak je. Dalam pukul 11
kitorang blah kejap g cari makanan berat. heeee :p

senyuuuuuuum lebar2 sebab lepas tu kena g sambut budak2 :p

upacara meniup belon. 

budak tu namanya avinesh. Kot. Memang hyper active. Kesian kat farah kena
main kejar2 ngan budak tu. wakakakka xD

Kena layan diorang makan ^^

macam2 gaya diorang :)



sukaneka time ^^

budak perempuan tu x boleh bercakap.
senyum je yang mampu :)

rasanya kitorang yg terhyper :D



Yeay. menang hadiah :p

with nasuhah :)



terjaga budak neh. haha. susah jgak la. sebab dia neh x
suka tempat yang bising + takut belon +_+

adegan terpijak tangan :p . kalau ak yang pijak, knpem2
la tangan amal dah penyek. muahahhahah xD

Selepas upacara penyampaian hadiah, then lunch time. layan jangan x layan :D

Menghantar diorang pulang. sob sob. 

Event utk budak special neh tamat jam 12.30 tengah hari la. Tapi pukul 2 petang tu ada lagi permainan untuk orang2 buta, autism, dan apa entah satu lagi. Diorang kena lawan futsal dgn budak2 uia. serius best weh. tambah2 bila tiba turn orang buta yang lawan dgn budak uia yang normal. hee, tapi kena fair lah kan main. So, orang2 normal neh diorang kena tutup mata dengan penutup mata hitam. So, di situ diorang jadi macam oku jgak la. haha. serius best. yelaa. bayangkanlah orang yang normal tetiba kena main macam orang oku main. Memang pecah perut kitorang gelak. haha. jahat giler kan :D



yang pakai baju ungu tu volunteer uia :D

Penyampaian hadiah :)

team uia vs team oku :)

picture time with orang2 oku. Tepi ak tu kapten diorang. orang kelantan
woah. haha. *bangga xD

aaaauuuummmmmm :D

Overall, event ECC ari tu best la. Membuat kita berfikir walaupun mereka semua tu ada kekurangan dari segi fizikal, tapi itu x bermakna diorang tak boleh nak jalani hidup macam orang biasa mcm kita neh. Atau mungkin kehidupan mereka itu adalah lebih baik daripada kita. Orang2 yang bermain futsal tu, sebenarnya diorang pernah mewakili malaysia. Tapi kita ?? haha, tepuk dada tanya diri :p


Kalau sebelum neh ak beraktiviti dengan anak2 yatim. Tapi ari tu, ak beraktiviti dengan budak2 istimewa. Satu pengalaman baru yang x akan ak lupakan. Mungkin lepas neh boleh la plak beraktiviti dengan kanak2 yang menghidap aids kan. Tak rugi kalau kita bercampur dengan diorang. Jangan kita pandang rendah dengan kekurangan diorang. Kesempurnaan yang kita ada neh bukannya satu kebanggaan andai kita tak mampu sumbang apa2 dalam hidup kita sendiri.


p/s : Dulu mungkin YA, tapi sekarang sudah BERUBAH. 


No comments :

Post a Comment

Copyright @ Segala yang berada di blog ini adalah hak milik Ana Shuwaa. Terima kasih