Monday, 29 October 2012

0
Komen

#23 : owsem Aidiladha :)

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Ehem. baru ada hati dan perasaan nak hupdate pasal hari raya. Padehal hari raya aidiladha pom dah empat hari berlalu. heee. nie pom macam malas malas je nak hupdate. Tapi disebabkan kelas cancel kan ari neh so ak merajinkan jua diri :D


Okay, raya ak kali nie di UIA. Lagi. Ya lagi. Masuk raya kali nie, maknanya dah 3 kali ak tak raya kat rumah. Kenapa ? Of course la ada sebabnya kan. Bukan saja saja je tak nak balik beraya kat rumah. Orang giler je yang x mau balik beraya kat rumah ngan family. Raya kat uia je kali nie dengan kawan-kawan ak. Best la jgak =,=


Acap kali orang tanya ak balik bila raya neh. Dan bila jawapan ak kat TAK BALIK, semua macam terkejut je. Pelik sangat ke weh bila dengar orang tak balik raya. Owh lupa. Mungkin sebab ak nie masih lagi student kot. Lain la kalau ak nie dah kerja, ada family sendiri. Kalau tak balik raya kat rumah tu normal lah kan. Aigoo. Bila pemikiran setiap orang berbeza macam nie la jadinya. 


Ada sebab la kenapa ak x balik rumah raya neh. Bukan saja saja kot. Memang la kan UIA bagi cuti seminggu sempena mid break neh. Tapi banyak benda kot lagi yang ak terpaksa buat kat uia neh. Siapkan esaimen + study utk 4 paper berturut2 after mid break. Memang la kat rumah pom boleh study and siapkan esaimen jgak tapi ak tahulah perangai ak neh mcm mana. Possibility utk bukak buku kat rumah tu sgt tipis. So, better ak stay kat uia je. Nak tak nak knpem la kan ak akan siapkan esaimen n study. Walaupun x selesaikan 100% tp at least 60% ak dah complete kan. Tak rugi kot. 


Beraya kat uia boleh dikatakan best jgak la. Sebab kau tak kan rasa macam berada di Malaysia. Kebanyakannya forener kot yang ada. Kita plak yang jakun berada dalam kalangan diorang. Pergi masjid penuh dengan diorang. heee, terasa mcm dok kat negara luar plak :D


Walaupun ak x balik raya, tapi family tetap di hati okayy. Kitorang sempat skype lagi kot pagi tu. heee, tengok wajah mak ayah, dan adik adik rasa macam sayu lah plak. Semua ada kat rumah, cuma ak sorang je yang terkecuali. sob sob. nasib x nangis je masa skype ari tu. Kalau nangis memang hilanglah kan kemachoan ak ari tu. xD


Well, bukan ak sorang je budak melayu yang x balik raya kat rumah. Amal + Anis + Along + Syahid pom tak balik raya jgak. heee, kitorang beraya sama-sama kat uia. Melepak lepak kat hs cafe sambil study. Orang dok tengah memotong motong lemang + masak lauk kat masjid, kitorang dok bertapa kat hs cafe. Sangat bagus punya anak dara dan teruna neh. wakakkaka 


Part yang paling best raya kali neh bila Along kena melalak. heee, dia kena nyanyi lagu time orang2 semua dok makan lepas jumaat tu. Best kot dgr along nyanyi. Dahla berbaju melayu sepasang warna kuning nak coklat macam tu. caye lah along. Tapi dalam pukul 4 petang lepas lepak2 ngan kitorang kejap along dah kena balik perak dah. untung la dok dekat. x smpai 3 jam dah boleh smpai rumah dah ~ =.=

Raya yang suram tanpa papanya di sisi
ecewaaahhh. haha

Amal dengan Anis ^^

after persembahan.
hensem je pakai sepasang mcm tu. haha

okay. syahid nampak baik di sini. xD

motif letak gambar neh ?? =='

Dan dan thanks to Amalina sebab balik UIA kelmarin sambil bawakan makanan utk kitoramg. Dimasak special kot. haha. terharu ~ sob sob. akhirnya dapat makan daging korban jgaakk. masak black pepper plak tu ~ syedaapppp =,=


p/s : Alhamdulillah. Kitorang dah naik rumah baru dah masa Raya Aidiladha ari tu. Tak sabarnya nak balik rumah tengok rumah baru . wink wink

Saturday, 27 October 2012

6
Komen

#22 : Outreach Jaring - Permata Camar :)

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Okay. seperti yang ak janjikan semalam bahwasanya ari neh ak akn hupdate pasal program bersama anak yatim ak yang kedua. Program yang berlangsung pada 21/10/2012 sehari selepas Elits Charity Carnival. Kali nie ak ke Pahang dekat dengan Pantai Sepat. Kot.


Macam yang ak cakap semalam la, program neh under Caring Club. CC sedang menjalankan dua projek yang satu namanya Mayang dan satu lagi Jaring. Kalau semalam namanya MAYANG ( Mentoring Anak Yatim Caring) tapi yang ini namanya JARING (Jejak Anak Yatim Caring). Kalau Mayang kita akan jadi mentor mentee dengan anak-anak yatim tersebut tapi Jaring kita akan jadi fasilitator kepada anak2 yatim tersebut. Maksudnya x de mentoring *mengikut pemahaman ak lar. 


Pagi tu kitorang berkumpul kat tangga besar dalam pukul 7.30 pagi. Tapi kitorang gerak g Pahang dengan kereta dalam 8.30 pagi mcm tu lar. heee, adelar berkonvoi dalam 5 buah keta g pahang. Satu keta 4 orang. best kot. macam nak g kenduri kawen plak. haha


Tapi kan kitorang smpai ke Rumah Anak Yatim Permata Camar tu dalam pukul 12 tengah hari kot. Lari sikit daripada tentatif asal. Tapi apa pom, program tetap berjalan seperti biasa. Sempat la berice breaking dengan diorang dulu sebelum sembahyang zohor ~ untuk program kali nie ak jadi Assistant Head Module. Tak ada apa pom yang ak kena buat. Just tolong2 Head Module je sepanjang module dijalankan. peace ^^


Well, peserta kali nie semuaya lelaki. ouch, lelaki lagi. Memang penglibatan ak hanya dengan budak2 laki ea ?? haha. Diorang semua ari tu ada 33 orang. Yang paling muda ak x ingat umur berapa tapi yang paling tua setakat form 4 jelaa. Apa yang ak boleh cakap kat sini kan, budak2 permata Camar neh kurang sikit hyper nya daripada budak2 Faeez. Kurang2 diorang pom tapi still ada lagi yang hyper ~ Tak semua tapi ada sesetengah la. Banyak cakap. Best kot layan diorang pot pet pot pet ~ haha

my name tag ~ owh Ana :D

abang2 n kakak2 fasi memperkenalkan diri 

Ice breaking time
maen biawak buaya biawak buaya
best kot. haha

dua fasi setiap group :)

abang zack sedang handle budak2 ~ hee

time neh sedang main pemburu, harimau n hakim 

PC and Head Module sedang buat demo utk
adik-adik ^^

diorang eksaited nak main ikat kaki xD

eksaited nak lariiii =,=

part neh yang paling best. ahha
Head Module dah terbaring kat bawah time neh
sebab x tahan dengan budak2. gelak sakan dia. haha

main tepung  ~
diorang kena cari kepingan puzzle dalam tepung tu
tangan x boleh guna. just guna muka dan mulut je. xD

habes muka sememeh dengan tepung ~

fasi sedang memantau kumpulan masing2 ~

contoh gambar utk susun puzzle. =,=

tak tahu lar gambar yang ak potong tu susah utk disusun atau
gambar tu sendiri yang susah ?? =='

gotong royong time :)

lantai kantin diselaputi debu2 gandum =.=

bersihkan bilik air diorang

hehe, nak jgak selit gambar sendiri =.=

antara fasi lelaki .

bergambar kenangan ^_^

ak rasa macam x boleh beza yang mana satu fasi . heee

fasi dan commitee ^^

dinner time.
Yang sebelah ak tu namanya Atiqah.
Yang laki tu my partner masa program kat Rumah Faeez :)

Pak Qib and Hasif ( Pc)

Betapa ramainya kitorang sehingga 5 meja disatukan ~ 

himpuan signature kitorang untuk Permata Camar ^_^

Program abes dalam pukul 6 petang. Bergotong royong bagai dengan budak2 neh. Dalam pukul 6.30 petang kitorang dah bertolah pergi dah. Tapi destinasi masa tu bukan terus balik ke uia tapi pergi ke Teluk Cempedak kejap. sebabnya commitee semua plan nak sambut birthday sorang budak caring neh menggunakan lebihan gandum masa module yang maen puzzle tu. haha. serius best. Tapi ak x join pom lempar2 gandum bagai tu. Pandang je diorang dari jauh. eceeewaaahhh, ala-ala budak baik gittew. wakakka xD


And masa kat Teluk Cempedak tu la kitorang ada post mortem bagai. Sebabnya time tu hujan dan tak tahu nal buat apa. So, diorang menjalankan post moterm kat situ sambil menanti hujan reda. haha. Lepas post moterm bagai, kitorang semua g dinner kat Restoran Ana Ikan Bakar Petai. Ecewah, restoran ak tu wei. haha. 


Makan-makan sambil borak2 bagai, adelar dalam pukul 10.30 malam kitorang bertolak balik ke UIA. Dengan jalam jammed nya and hujan renyai renyai akhirnya kitorang selamat sampai ke UIA pada jam 2.30 pagi. Dua hari woah program tu bab kata Head Module ak. wakakka xD


Alhamdulillah, overall program memang sangat best. Best sebab bila kita ikhlas nak join. Kalau kita tak ikhlas, best macam mana pom program tu kita takkan rasa kepuasannya. And next program ak adalah expo Caring Fund Raising Fair pada 14-16 November neh. Jadi sub committee under General Task. May ALLAH ease everything. InsyaALLAH ,ameen :)

p/s : kata-kata tu sangat menikam.

Friday, 26 October 2012

2
Komen

#21 : Mayang is owsem ^_^

Assalamualaikum dan selamat malam .

Ehem. ak tahu bahawa ari nie adalah Hari Raya Aidiladha but I don`t want to hupdate bout that. Ak nak hupdate pasal mende lain. heee


Ak tak tahu lah kot2 entry nie sebenarnya sudah terlambat atau tak, tapi tak kira tetap nak bercerita jgak. terasa macam tak best je hidup selagi tak menaip pasal benda neh. Asyik terfikir je siang malam sampai tidur   tak lena mandi tak basah. Betul, tak tipu ~  hihi 


Actually, pada 12 Oktober 2012 yang bersamaan hari Ahad hari tu kan, ak ada join satu program neh. Under Caring Club (CC). Well, I`m officially become the members of Caring Club selain peers kat uia neh. Program under CC neh adalah melibatkan program bersama dengan anak-anak yatim. Yang ak pergi tu under Mayang. Kalau Mayang neh kita akan menjadi mentor mentee kepada anak-anak yatim tersebut. Ajar diorang buat kerja sekolah dan mcm2 lagi lah. 


Untuk ari tu kan, ak dapat group untuk ajar budak2 daripada tadika sehinggalah berumur 12 tahun. Tapi setakat yang ak tahu budak2 yang paling tua dalam group ak ari tu umur 10 tahun je pom. haha. nasib baik la  satu group akan dapat 2 orang fasi. Well, utk ari tu, ak dapat pair dengan budak Engine. wuwuuw xD


Dan subjek yang kitorang kena ajar adalah berkaitan dengan Sains. Tapi kebanyakan aktiviti yang kitorang buat adalah melukis jelaa ngan budak2 neh. Yelaa, diorang pom boring kot. Asyik asyik homework. Sesekali nak la jgak kan maen benda lain yang lagi fun. heee


Actually ari tu kan ada 6 buah rumah yang kena pergi. Tapi group kitorang terpilih untuk pergi ke Rumah Anak Yatim Raudhatul Faeez. Yang selebihnya group lain yang pergi. Rumah Faeez tu dekat je ngan Uia neh. Penghuni rumah tu semua laki weh. giler ah. kalau semua laki korang faham2 sendiri lah kan. Knpem2 la hyper active sikit. hee, apa pom kitorang still boleh handle lagi diorang neh. 


Masa meeting malam sebelum hari kejadian kan, Pm ada cakap yang rumah faeez tu atas bukit. Orang bawah takkan nampak orang atas dan orang atas pom takkan nampak orang bawah. Mula-mula tu ak ingatkan dia maen2, rupa-rupanya betul weh. haha. Penat woah nak kena menapak ke atas. Time turun la part yang paling best. haha. 


Dah. Meh la kita layan gambar dulu. hee ^^


bersemangat kumpul kat main staircase ^^

Bunting yang dilepaskan kepada PM masing2 :)

bergambar kenangan sebelum dilepaskan ke rumah anak yatim masing2

oh my name tag.
sob sob *kesilapan teknikal =='

owh. saya kecik ~ haha

kena jalan jauh sebelum sampai ke puncak bukit xD

Depangkan tanganmu
dan rasailah kedinginan udara pagi ~ 

mereka gigih mendaki ~ haha

akhirnya sampai ke puncak :)

Lukis- lukis time xD

belajar sains .=,=

Actually banyak lagi la gambar budak2 neh. tapi sayang kabur je. Maklumlah kan kalau tangkap gambar pakai " DSLR" ~  gambar tu je yang mampu ak selitakan kat sini. heee. Since itu adalah pengalaman pertama ak dengan anak2 yatim, seriuosly sgt best bersama dengan diorang. Kalau tak percaya, mungkin korang sndiri boleh merasai pengalaman itu. :)


Sebenarnya ada lagi satu cerita yang ak nak hupdate pasal pengalaman ak yang kedua bersama dengan anak2 yatim. Untuk kali nie, programnya kat pahang plak. Mungkin esok kot ak citer balik dekat entry yang baru. Yelaa entry nie pom dah panjang dah ak rasa.  Tata ^_^

p/s : Its not I don`t want to, it`s just that everything I want to say I can`t tell you anymore.

Wednesday, 24 October 2012

0
Komen

#20 : Elits Charity Carnival

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Ehem, setelah dua hari berperang dgn perasaan nak hupdate ke tak blog neh, akhirnya ak hupdate jgak la ari neh. entahlah, tetiba je rasa malas nak menaip naip bagai neh. haha. macam la ada orang kisah kan ak menaip ke x kat blog ak neh. okay fine. merajuk *larisambilbuatdramahindustan =.=


Tapi x kisah la kan. Kalau ak hupdate blog neh semestilah kan ada benda yang bakal ak kongsikan dgn korang semua. mesti ada orang akan kata kan " alah, semua benda nak citer kat blog, x boleh ke simpan sorang2 ". well, this is my blog. blog ak , so ak ada hak nak buat apa pom. kalau tak suka, sila jangan masuk sini. As simple as that. kan ? wink wink. 


okay. sebenarnya ak nak citer yang ari sabtu yang lepas bersamaan 20/10/2012, ak join satu program neh. jadi volunteer untuk program diorang. since diorang punya program adalah ari sabtu, dan kebetulan ak x balik untuk cuti mid break neh, why not kan ak join. Untung dapat meluangkan masa dgn buat kerja yang berfaedah sikit. x adelah asyik fikir nak buat tahik mata je kat bilik hujung minggu neh. heee

under BENL punya society

Macam yang korang nampak kat gambar atas tu, itulah programnya. Elits Charity Carnival (ECC) *sesuka hati ak je singkatkan nama tu :p . since ECC nie untuk kanak-kanak istimewa macam autism, orang2 buta, and so on, so kitorang telah ditugaskan untuk menjaga mereka. Macam program khas utk diorang la. main permainan sukaneka. serius sangat best kot. fun giler ari tu main dgn diorang semua. Memang x rugi lah kan jadi volunteer utk ECC neh. 


Malam sebelum hari kejadian, kitorang ada briefing bagai ECC neh. Hee, tapi ak sempat g sampi pukul 9 jelaa malam tu. Sebabnya ak kena g meeting untuk program lain plak malam tu. So, ak x tahu lah kan apa yang diorang semua cakap pada malam tu. Yang ak tahu, kitorang yang jadi volunteer neh kena jaga special kids. Macam teman diorang kalau nak g tandas, jaga diorang jangan pergi pada kumpulan lain, jangan bagi diorang mengamuk ke hapa. Since diorang neh adalah special kids, so kita akan jumpa bermacam2 jenis ragam la. Ada yang x boleh dok diam , ada yang x suka bising, ada yang senyap je, ada yang x boleh bercakap. erm, kat situlah kesabaran kitorang teruji. haha


Masa pagi kejadian tu, kitorang telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Satu kumpulan 5 orang. So, ak, amal, sya, efi dan farah adalah dibawah satu team untuk menjaga kumpulan Earth. Dalam kumpulan tu ada 7 orang semua special kids neh. heee, pandai-pandailah korang cari jalan macam mana nak jaga budak2 neh. sorang volunteer boleh jaga sorang budak. Tu pom kalau budak tu terlampau aktif. Kalau yang biasa2 je, sorang tu dah boleh jaga dua orang dah. Ikut kesesuaian keragaman budak2 tu la. 


We are five. heee,

Untuk volunteer, kami semua bergelombang merah. haha. Semangat Red Warrior kot ! :D. dah dah. ak malas nak membebel banyak banyak. So, korang layankan jelaa ea gambar2 yang ak sogokkan kat bawah neh. jangan terkejut kalau dalam gambar neh banyak muka kitorang je. wakakkaka :p 


pagi2 lagi dah kena cuci botol susu. =='
salah satu permainan utk budak2 yang berkerusi roda

kena susun benda alah tu. tapi alih2 x guna lah plak. ==' . mungkin diorang 
nak kitorang neh warming up kot pagi2 neh. :p

penat susun sebab ada je yg x match. so, picture time. haha

Breakfast time. Makan roti ngan air kotak je. Dalam pukul 11
kitorang blah kejap g cari makanan berat. heeee :p

senyuuuuuuum lebar2 sebab lepas tu kena g sambut budak2 :p

upacara meniup belon. 

budak tu namanya avinesh. Kot. Memang hyper active. Kesian kat farah kena
main kejar2 ngan budak tu. wakakakka xD

Kena layan diorang makan ^^

macam2 gaya diorang :)



sukaneka time ^^

budak perempuan tu x boleh bercakap.
senyum je yang mampu :)

rasanya kitorang yg terhyper :D



Yeay. menang hadiah :p

with nasuhah :)



terjaga budak neh. haha. susah jgak la. sebab dia neh x
suka tempat yang bising + takut belon +_+

adegan terpijak tangan :p . kalau ak yang pijak, knpem2
la tangan amal dah penyek. muahahhahah xD

Selepas upacara penyampaian hadiah, then lunch time. layan jangan x layan :D

Menghantar diorang pulang. sob sob. 

Event utk budak special neh tamat jam 12.30 tengah hari la. Tapi pukul 2 petang tu ada lagi permainan untuk orang2 buta, autism, dan apa entah satu lagi. Diorang kena lawan futsal dgn budak2 uia. serius best weh. tambah2 bila tiba turn orang buta yang lawan dgn budak uia yang normal. hee, tapi kena fair lah kan main. So, orang2 normal neh diorang kena tutup mata dengan penutup mata hitam. So, di situ diorang jadi macam oku jgak la. haha. serius best. yelaa. bayangkanlah orang yang normal tetiba kena main macam orang oku main. Memang pecah perut kitorang gelak. haha. jahat giler kan :D



yang pakai baju ungu tu volunteer uia :D

Penyampaian hadiah :)

team uia vs team oku :)

picture time with orang2 oku. Tepi ak tu kapten diorang. orang kelantan
woah. haha. *bangga xD

aaaauuuummmmmm :D

Overall, event ECC ari tu best la. Membuat kita berfikir walaupun mereka semua tu ada kekurangan dari segi fizikal, tapi itu x bermakna diorang tak boleh nak jalani hidup macam orang biasa mcm kita neh. Atau mungkin kehidupan mereka itu adalah lebih baik daripada kita. Orang2 yang bermain futsal tu, sebenarnya diorang pernah mewakili malaysia. Tapi kita ?? haha, tepuk dada tanya diri :p


Kalau sebelum neh ak beraktiviti dengan anak2 yatim. Tapi ari tu, ak beraktiviti dengan budak2 istimewa. Satu pengalaman baru yang x akan ak lupakan. Mungkin lepas neh boleh la plak beraktiviti dengan kanak2 yang menghidap aids kan. Tak rugi kalau kita bercampur dengan diorang. Jangan kita pandang rendah dengan kekurangan diorang. Kesempurnaan yang kita ada neh bukannya satu kebanggaan andai kita tak mampu sumbang apa2 dalam hidup kita sendiri.


p/s : Dulu mungkin YA, tapi sekarang sudah BERUBAH. 


Copyright @ Segala yang berada di blog ini adalah hak milik Ana Shuwaa. Terima kasih