Monday, 3 September 2012

0
Komen

#16 : My bad memory =..=

Assalamualaikum dan selamat petang

ehem. okay. ari nie dah 3 Sept. yahoo, 4 ari lagi ak boleh dok rumah. sangat tak sabar dah untuk balik ke uia. dan akhirnya dalam cuti ak pada tahun nie telah bagi ak bad memory. sangat tak disangka. =.=


kejadian yang berlaku kelmarin telah membuatkan ak trauma utk bawak moto lagi. ak tak tahu kenapa tapi bila ak tengok moto automatik ak akn teringat kejadian kelmarin. accident moto sebab nak elak dari lembu yang tetiba datang dari celah mana entah melintas. abes motor terseret dekat jalan raya dengan ak sekali. dah la sebelum terseret tu, melayang kejap ak sebab brek mengejut then motor hilang kawalan. nasib baik ak  sempat elak dari langgar lembu tu. kalau tak dengan lembu lembu tu kena bawak g hospital sekali.


walau apa pom, alhamdulillah ak selamat. tak ade kecederaan apa pom. cuma badan je tetiba rasa lenguh ari nie. mungkin sebab kesan accident kelmarin kot. nak angkat bahu pom ak rasa sakit. lengan pulak rasa berat. lutut ak ada kesan lebam sikit-sikit. argh, ujian. terima dengan hati yang terbuka. 


Berbalik kepada kejadian yang berlaku, ak terkejut lepas tu. ramai jgak la yang berhenti menolong ak. ada saksi yang nampak ak x bersalah. lembu tu yang menonong je lintas jalan. nie la padahnya kalau x belajar cara yang betul nak lintas jalan. tuan dia pom satu. maen lepas je lembu-lembu tu. isk. kan dah menyusah kan orang.. nasib baik ak x de apa-apa. buatnya ak teruk kena kelmarin, alamak bermalam kat hospital lah ak kan. mintak jauh. x nak ak. wuwuuwwu


ak call ayah ak cakap kata accident. abes motor terbalik. terkejut ayah dengan mak ak. dah la diorang x de kat rumah. ada orang tawarkan utk hantar ak balik rumah tapi ak menolak. malas nak menyusahkan diorang. tunggu punya tunggu, lambat la plak ayah ngan mak ak nie nak smpai. then. ak gagahkanlah diri utk naik motor. sampai separuh jalan, ak nampak la mak ayah ak smpai, tapi ak x berhenti pom. maen jalan je terus sedangakn mak ak dah panggil ak suruh berhenti. tak tahu la kenapa ak x berhenti.


then, sampai kat simpang tiga kan, ak  maen je lintas jalan. langsung tak pandang kiri kanan. kereta kancil laju giler datang tapi ak boleh tak nampak. sedangkan kereta lain berhenti kot kat simpang tu. ak je yg buat bodoh. tapi kenapa ak tak rasa apa-apa masa lintas jalan tu ? macam tak ade perasaan. pandangan ak kosong je kat depan. ak pergi masuk dalam lubang. memang bawak motor macam orang x sedar la kelmari.n then ayah ak pergi sekat depan sebab terkejut dengan cara ak bawak motor macam orang x sedar diri. terkejut dengan ayah ak yang sekat kat depan then dengan mak nya yang melulu datang kat ak, barulah ak tersedar. tersedar je terus ak menangis. mak ak peluk ak,then ayah ak gosok2 kepala ak. badan ak abes menggigil, mulut ak terketar. memang lemah abes la ak kelmarin. then diorang papah ak dok atas bangku tepi jalan. Baca2 ayat  quran tiup kat ak nak bagi ak bertenang. sapa tak terkejut bila tengok anak hampir nak accident depan mata sendiri. giler ah. 


erm. then ayah ak bawak ak balik. memang  badan ak time tu still lagi menggigil tapi dah kurang la sikit. bagi ak minum air utk kurangkan rasa terkejut ak. dah la ini pengalaman pertama ak kena mcm tu. selama nie ak beringat la jgak bila bawak motor. tapi kejadian kelmarin sgt di luar dugaan. apa pom, syukur alhamdulillah seba tak ada apa-apa. 


Mak ak citer tempat yang ak terbalik tu memang tempat tu salu orang kena. setahun yg lepas ada budak yang accident kat situ. koma setahun then meninggal.dah la time ak kena dah nak pukul 7. memang lah kan. =.=


apa pom, ak kena lawan rasa takut ak pada moto. lawan ana, lawan. ana boleh ! :)


p/s : tak sangka yang ak ada "kawan" . kawan yang x boleh dilihat dengan mata kasar. 

No comments :

Post a Comment

Copyright @ Segala yang berada di blog ini adalah hak milik Ana Shuwaa. Terima kasih