Thursday, 20 September 2012

0
Komen

#17 : New sem, New subject, New Friends and new ******* xD

Assalamualaikum dan selamat petang.


source 

Ehem. Tetiba rasa rajin mengetuk keyboard menaip dalam blog petang neh. Mentang2 lah kelas abis awal. Kalau tak, tak ada maknanya ak nak buat entry ari nie. Kalau boleh nak biar bersarang je blog kesayangan neh. yelaa, tak cukup tanah nak jejak. pergi sana, pergi sini *bajet budak bizi :p. Alhamdulillah, sedar tak sedar dah dekat 2 minggu dah ak start sem baru kat uia neh. Dan dekat 2 minggu jugakla ak dah start belajar, gi kelas macam biasa. Lalu bermulalah rutin harian keluar pagi, balik petang or malam ke mahallah. well. rutin yang x berubah sejak dari dua sem lepas. hehe. 

Okay. sem nie ak still first year student tapi dah semester 3 dah. nanti tahun depan dah jadi second year la weh. haha. tak sabarnya. Alhamdulillah, everything goes well for this sem. no more add manual subject. wink wink. sangat hepi. semuanya buat online walaupun ak dok maen add drop je kerjanya. Add arab pukul 2 petang, pukul 5 drop balik. add poli pukul 6.30 petang, then pukul 8 malam ak drop balik. agak kesengalan di situ. orang lain bukan maen susah lagi nak add subjek, tapi ak boleh g buat maen macam tu je. memang senget. ahha

So far, I`m stick with 6 subjects which are Sciences of Hadith ( SOHA ), Introductory Statistic for Communication Research (STATIC), Interpersonal Communication (IPC), Creative Thinking and Problem Solving ( CCT ), Introduction to Sociologi (SOCA), Tilawah al-Quran ii, and Leadership and Management.
Setakat 2 minggu masuk kelas belajar neh, alhamdulillah semuanya okay. Dapat kawan baru lagi. Tak cukup berkawan dengan budak undergraduate, berkawan dengan budak Master pom jadilah jgak. haha lecturer plak best2. Buat semangat je nak belajar. Kalau sem lepas sorang je lecturer perempuan, tapi sem nie dah meningkat kepada 2. Tapi laki still mendominasi kot. hehe. *buat semangat nak belajar tambah2 subject static :p 

Dari segi masa belajar plak, tak sama macam dulu dah. Kalau dulu kelas ak start pukul 8.30 pagi and will end at 1 p.m. But now, dah berubah 180 darjah. Paling awal kelas ak pukul 9 pagi and berakhir pada pukul 5 petang. berubah giler kan. haha. tapi tak pelaa. Boleh jgak ubah life ak neh sikit2. kalau dulu sikit2 lepak hs cafe time free, sekarang neh lepak kat bilik jelaaa. tiba-tiba terasa macam budak baik. ngeh3 ~


source

Setakat neh, yang ak agak hanya 2 subjek jelaa yg memerlukan persentation. yang lain2 tu adalah quiz and then exercise. Owh lupa. untuk subjek IPC, nanti kitorang kena buat drama and we need to perform in front of people.  Not people in the class but public people. I mean everyone can come and watch our performance. Kus semangat ak dengar bila lecturer IPC cakap macam tu. dah la duration setiap drama 20 minit setiap group. Memang lah kan ak neh ada bakat berlakon. adesss =='

Orang kata hendak seribu daya tak hendak seribu dalih kan. Lets Strive for Success. Develop an attitude of gratitude and give thanks for everything that happens to you. Knowing that every step forward is a step toward achieving something bigger and better than your current situation. AJA AJA FIGHTING !! =,=

Dan dan weekend neh ak rasa weekend ak yang paling bizi. No rehat rehat. Trust me. Full of activities. Starting from morning till night. Bizi dengan program mahallah, peers, and replacement class. Haih, nie mesti  ada nanti budak yang tak jejak tanah lepas neh. Tu belom cukup lagi dengan meeting sana meeting sini. oh yeah. heaven giler . sob sob sob =.=

Apa pom, welcome to the new world Ana ! Nikmatilah dengan senikmatnya ~ 

p/s : It is okay to stop and halt the pace. If you are tired and out-of-breath, then give yourself some space. Let things fall into place. - Hlovate


Monday, 3 September 2012

0
Komen

#16 : My bad memory =..=

Assalamualaikum dan selamat petang

ehem. okay. ari nie dah 3 Sept. yahoo, 4 ari lagi ak boleh dok rumah. sangat tak sabar dah untuk balik ke uia. dan akhirnya dalam cuti ak pada tahun nie telah bagi ak bad memory. sangat tak disangka. =.=


kejadian yang berlaku kelmarin telah membuatkan ak trauma utk bawak moto lagi. ak tak tahu kenapa tapi bila ak tengok moto automatik ak akn teringat kejadian kelmarin. accident moto sebab nak elak dari lembu yang tetiba datang dari celah mana entah melintas. abes motor terseret dekat jalan raya dengan ak sekali. dah la sebelum terseret tu, melayang kejap ak sebab brek mengejut then motor hilang kawalan. nasib baik ak  sempat elak dari langgar lembu tu. kalau tak dengan lembu lembu tu kena bawak g hospital sekali.


walau apa pom, alhamdulillah ak selamat. tak ade kecederaan apa pom. cuma badan je tetiba rasa lenguh ari nie. mungkin sebab kesan accident kelmarin kot. nak angkat bahu pom ak rasa sakit. lengan pulak rasa berat. lutut ak ada kesan lebam sikit-sikit. argh, ujian. terima dengan hati yang terbuka. 


Berbalik kepada kejadian yang berlaku, ak terkejut lepas tu. ramai jgak la yang berhenti menolong ak. ada saksi yang nampak ak x bersalah. lembu tu yang menonong je lintas jalan. nie la padahnya kalau x belajar cara yang betul nak lintas jalan. tuan dia pom satu. maen lepas je lembu-lembu tu. isk. kan dah menyusah kan orang.. nasib baik ak x de apa-apa. buatnya ak teruk kena kelmarin, alamak bermalam kat hospital lah ak kan. mintak jauh. x nak ak. wuwuuwwu


ak call ayah ak cakap kata accident. abes motor terbalik. terkejut ayah dengan mak ak. dah la diorang x de kat rumah. ada orang tawarkan utk hantar ak balik rumah tapi ak menolak. malas nak menyusahkan diorang. tunggu punya tunggu, lambat la plak ayah ngan mak ak nie nak smpai. then. ak gagahkanlah diri utk naik motor. sampai separuh jalan, ak nampak la mak ayah ak smpai, tapi ak x berhenti pom. maen jalan je terus sedangakn mak ak dah panggil ak suruh berhenti. tak tahu la kenapa ak x berhenti.


then, sampai kat simpang tiga kan, ak  maen je lintas jalan. langsung tak pandang kiri kanan. kereta kancil laju giler datang tapi ak boleh tak nampak. sedangkan kereta lain berhenti kot kat simpang tu. ak je yg buat bodoh. tapi kenapa ak tak rasa apa-apa masa lintas jalan tu ? macam tak ade perasaan. pandangan ak kosong je kat depan. ak pergi masuk dalam lubang. memang bawak motor macam orang x sedar la kelmari.n then ayah ak pergi sekat depan sebab terkejut dengan cara ak bawak motor macam orang x sedar diri. terkejut dengan ayah ak yang sekat kat depan then dengan mak nya yang melulu datang kat ak, barulah ak tersedar. tersedar je terus ak menangis. mak ak peluk ak,then ayah ak gosok2 kepala ak. badan ak abes menggigil, mulut ak terketar. memang lemah abes la ak kelmarin. then diorang papah ak dok atas bangku tepi jalan. Baca2 ayat  quran tiup kat ak nak bagi ak bertenang. sapa tak terkejut bila tengok anak hampir nak accident depan mata sendiri. giler ah. 


erm. then ayah ak bawak ak balik. memang  badan ak time tu still lagi menggigil tapi dah kurang la sikit. bagi ak minum air utk kurangkan rasa terkejut ak. dah la ini pengalaman pertama ak kena mcm tu. selama nie ak beringat la jgak bila bawak motor. tapi kejadian kelmarin sgt di luar dugaan. apa pom, syukur alhamdulillah seba tak ada apa-apa. 


Mak ak citer tempat yang ak terbalik tu memang tempat tu salu orang kena. setahun yg lepas ada budak yang accident kat situ. koma setahun then meninggal.dah la time ak kena dah nak pukul 7. memang lah kan. =.=


apa pom, ak kena lawan rasa takut ak pada moto. lawan ana, lawan. ana boleh ! :)


p/s : tak sangka yang ak ada "kawan" . kawan yang x boleh dilihat dengan mata kasar. 

Copyright @ Segala yang berada di blog ini adalah hak milik Ana Shuwaa. Terima kasih