Thursday, 23 August 2012

0
Komen

#14 : Kisah Aidilfitri ;)

Assalamualaikum dan selamat malam.

ehem. alhamdulillah. ak masih lagi berpeluang untuk menyambut syawal tahun nie. sedar tak sedar dah masuk raya yang ke 5. hooraaayy.  bersyukur bersyukur *_*

walaupun ak sampai ke rumah pada pagi hari raya yakni pada pukul 6.30 pagi, x delah syahdu mana ak rasa masa dok dalam bas pagi tu. biasa je perasaan. haha. budak2 nie plak dok mesej macam2 dok ngusik ak kata jangan nangis smpai pagi raya. heeee, rileks la. ak x nanges pon. cool adelah. haha. alhamdulillah, perjalanan semua okay je. tak de langsung jammed kat jalan raya. cuma tulah bas je yang lambat smpai. buat ak cuak je malam tu. kalau ak terlepas bas malam tu, memang lah kan ak balik semula kat uia tu and beriktikaf kat masjid sebab kunci bilik ak dah pulangkan. wink wink. apa pom, dah selamat berhome sweet home. tahniah ana. haha ^^


Heee, ak rasa hari raya ak macam hari hari biasa je. nothing change. heee, baju raya ak baju g kelas je kot. siyes, xde mood ak nak g beraya. ternampak bantal je kat mata ak neh. nasib baik la hati ak neh baik sikit nak g beraya rumah tok sebelah ayah ak pagi tu. kalau tak, ak terlingkup atas katil dah pagi tu. ngantuk wooo. haha. bagus ana. lawan nafsu mengantuk tu. good girl ~ muahahhaha xD 


Masa g raya rumah tok ak tu, ramai jgak la cousin yang ak jumpa. ada sesetengah ak ingat nama, tapi tak thau muka. ada yang ingat muka tapi tak tahu nama. senget punya ana. yelaa diorang semua semakin meningkat remaja. rupa pom dah berubah sedikit demi sedikit. ada tu yang langsung ak x ingat nam apa n anak sapa. sangat senget kan. tapi itulah kenyataanya. haha. ada tu mak cik ak siap dapat anak baru lagi, tapi ak tak tahu pom. siap boleh tanya dia lagi  main ngan anak sapa tu. wuwuwuw. inilah padahnya bila lama tak balik rumah and lama tak berjumpa dengan sedara mara. isk isk isk =='


After beraya rumah tok, tok sedara ak bagai ari tu, terus balik rumah. paham paham jelaa kan bila dah balik rumah tu. terus ak gi terkam bantal melelapkan mata yang mintak dipejamkan itu. hee, asar baru ak bangun. cayelah ana. haha orang lain dok sakan beraya tapi ak dok sakan buat tahik mata. terasa owsem. hikhikhik. sekian cerita raya pertama xD


Masuk plak raya ke dua. kitorang balik pulak kampung sebelah mak ak kat " oversea " tu. biasanya kitorang balik sana hari raya pertama selepas g beraya rumah tok sebelah abah ak tu. tapi entahla. semua penat pada petang tu smpai tertidur satu family. tu yang terpaksa balik kampung sebelah mak ak tu masa hari raya kedua. tak ada orang pom sebab cousin2 ak semua dah balik raya masa raya first tu. kalau kitorang balik masa raya pertama tu, konpem lagi meriah. apakan daya sudah takdir kitorang balik masa raya kedua. tapi ak balik hari terus la. biasanya ak akn tidur sana semalam or dua malam. tapi memangdangkan cousin2 ak semua dah x de, tu yang ak x tidur sana tu. boring kot kalau ak stay sana sorang2. haha. sekian cerita raya kedua. 


Hurrmm, bila dah masuk raya ke tiga, konpem2 la ak dok kat rumah je. terperap je dalam bilik ak layan novel yang ak ambik masa balik rumah tok ak kelmarin tu. pinjam novel cousin ak . adelar dalam 11 bijik ak rembat. giler tamak. muahahha . dari pagi smpai malam ak dok baca novel je. tapi bila sampai masa untuk ak buat kerja rumah, ak berhenti la kejap untuk masak, kemas rumah bagai. anak mithali kan. biasalar. well, lepas neh isteri mithali plak. muahahhaha xD


Raya keempat la boleh kata yang ak nampak dunia sikit2. heee, kawan2 sek meheliah buat sambutan hari raya kat pantai sri tujuh. agak yerlambat jgak la ak pergi. majlis start dalam zohor tapi ak pergi dekat pukul 4 petang. heee, sebenarnya ak malas nak pergi sebabnya ak segan. yelaa, ak belajar setakat 5 bulan je kot kat sekolah tu. bukanya bertahun macam diorang tu. tu yang berbelah bahagi nak gi ke tidak. but since best friend ak call ak suh pergi, siap menggunakan suara mengugut barulah ak dapat hidayah utk g. adelar dalam setengah jam ak dok lepak situ jumpa n borak2 dengan diorang sikit2 and then balik sebab ak kena temankan sepupu ak g beraya rumah tok sedara ak yang lain. tapi dalam pukul 6.30 petang tu, ak g balik la pantai tujuh tu. entahla. tetiba je ak teringin nak pergi sana walaupun cuaca petang tu dah gelap sebab nak hujan. tapi ak x hiraukan. pergi jgak. dok tepi pantai sambil melantak jagung bakar. wink wink *_^


Well, hari nie raya ke lima. pergi open house rumah sedara ak. malas jgak sebenarnya ak nak pergi. hee, ak lebih rela dok terperap dalam bilik je. tapi bila mengenangkan ayah ak dah bunyik suara dengan perangai ak yang x bergaul dengan orang, buat ak menurut je. pergi jelaa tadi dengan satu family. tak sangka kat sana ak terima satu kejutan. kejutan yang membuat ak terpaksa menipu. sori la. ak terpaksa. ak tak nak sesiapa pom menunggu ak di saat ak masih belum terbuka untu menerima yang lain. minta maaf .


Raya keenam ?? hurm, tak tahu la lagi apa yang ak bakal buat esok. mungkin ak akan mengulang aktiviti yang sama iaitu dok terperap dalam bilik sambil melayan novel. seriously, ak rasa sangat boring. cepatlah tiba 7/9. ak dah tak sabar dah nak balik semula ke UIA. ak rindu dekat compartment ak walaupun ak jarang dok kat bilik. rindukan FSC dan tasik maryam tempat ak meluangkan masa tiap2 petang. dan yang paling penting rindukan HS Cafe. muahahhaha xD. apa pom, ak memang tak sabar nak balik uia. oh masa. cepatlah berlalu. =.=


Ehem. dah cukup bercakap pasal aktiviti ak sepanjang raya neh. beralih arah plak pada duit raya. wink wink. tak sangka ak masih lagi dapat duit raya. 10 hengget lagi nak smpai seratus. hek hek hek. bangga jap. tapi duit raya ak dah habes dah sebab ak bayar broadband hari nie. kalau tak, tak beronline lah lagi. see, begitu cepatnya ak menggunakan duit raya, wakakakka. bagus ana bagus *clap clap


dah dah. cukup membebel. jom layaan gambar raya. special untuk pembaca setia ak. minta maaf awal awal kalau ada yang meluat. ngeh3. 


Hijau : Adik yang ke2
Oren : Adik yang ketiga
Biru : Adik perempuan bongsu


Ungu: Adik laki yang keempat
N with my mom ^^


calon menantu mithali.
muahahhah xD


My siblings ^^


bernostalgia atas perahu. haha


asal entah adik ak buat hidung mcm tu.
rasa hensem lettew :p


sedang mengerah tenaga untk naik ke tebing
haha


itu duyung sungai yang berjaya naik ke darat
wink wink ^^


novel yang ak rembat. muahahah xD


Tepi pantai. ;)

banyak lagi sebenarnya yang ak nak tempek gambar kat blog neh. tapi kata hati cakap, " dah la tu ana. berpada-padalah. kang ada yang muntah hijau nanti ". hihi. sekian berita aidilfitri dari ana shuwaa. xD

P/s : Surat permohonan masih belum ak kemukakan, tapi surat jawapan telah ak ketahui. mungkinkah permohonan itu akan kekal menjadi permohonan dalam hati tanpa dilafazkan. gulp *.*


No comments :

Post a Comment

Copyright @ Segala yang berada di blog ini adalah hak milik Ana Shuwaa. Terima kasih