Sunday, 22 July 2012

0
Komen

#7 : Ukhuwah itu indah

Assalamualaikum dan selamat malam.

Alhamdulillah, sekarang sudah masuk dua ramadhan. Dan seperti biasa, ramadhan tahun nie ak sambut di UIA lagi. Tak berkesempatan utk menyambutnya di rumah. Its okayy. kita menuntut ilmu kan, so kemanisan tu pasti akn kita rasai walaupun menyambutnya tanpa keluarga di sisi  ~wuuwuwuw 


Ehem. Sepanjang dua minggu kebelakangan ini, banyak benda yang telah terjadi. Sangat sampai tak terjelas ak kat sini. Semuanya memerlukan kecekalan dan ketabahan untuk dihadapi. Ianya bergantung kepada diri sendiri lah macam mana nak menangani. Ada orang kata, kita janganlah lari daripada masalah. Sebab kalau kita lari bilakah ianya akan selesai. So, just face it. :))


Aku bukannya perfect sangat pom. kadang2 untuk bagi nasihat kat orang, terasa diri ini macam kerdil sangat. Terfikir dalam hati, layakkah ak untuk menasihatinya ? Tapi kalau bukan kita yang nak menasihatinya sapa lagi kan. Tambah-tambah bila orang itu adalah kawan baik kita, lagilah kita akan rasa bertanggungjawab utk melakukannya. Tapi hendak menasihati itu, ada caranya. 


Bila kita nak nasihati orang, cuba buat dengan ikhlas. Jangan disusuli dengan perasaan amarah. semua itu hanyalah mainan syaitan semata. Banyak benda yang ak belajar. Dalam pada kita nak menasihati orang, kita juga harus terima jika ada orang yang menasihati kita. Terima dan berfikir sejenak. Renungkan dan muhasabah diri. Semua itu insyaALLAH bakal membuka mata kita dengan seluasnya.


Orang kata ukhuwah itu indah. yeah sangat indah. Tambah tambah bila ianya kerana ALLAH. jujur dalan persahabatan itulah kunci ukhuwah yang sebenar. Sayang tapi kalau menyakiti itu namanya ego. Sayang tapi membiarkan kawan sendiri dalam kealpaan itu pendustaan namanya. Sayang itu biarlah didasari dengan teguran andai kawan kita alpa. Jangan hidangkan mereka dengan kesakitan yang kita berikan. Cuba fahami mereka. Selami hati mereka. Jangan kerana apa yang kita nampak dengan mata sendiri, lalu kita menghukum. Itu tidak adil namanya. 


Dan kerana ukhuwah itulah ak memiliki sahabat-sahabat yang terbaik. Ak sayangkan mereka. Sangat sayangkan. Sangat bahagia bila memiliki mereka sebagai teman rapat. Saling menasihati, saling menegur. Semua itu indah. Gaduh gaduh manja sudah biasa terjadi. Itu sudah lumrah. Tanpa pergaduhan mana mungkin kasih sayang akan mekar ~ hehe


I love them
Nur syahirah  @ Amal Hayati 


Banyak benda yang kitorang sharing maring bersama. Pasal pelajaran, pasal hati dan perasaan, pasal jiwa remaja, dan banyak lagi la. Tambah tambah bila kitorang sekepala, memang mudahla utk saling memahami. dan tidak dilupakan jugak buat aloong dan Hb yang selalu jugak memberi nasihat. sangat tak jemu. Menegur dikala ak tidak berada dalam pertimbangan yang waras. haha. okay, terima kaseh utk segalanya semua. ^^


And today it is my unforgettable moment. hehe, dapat hadiah dari Amal. Sangat tak sangka. Yelaa, tetiba dapat hadiah pada kedua ramadhan. Kelas kau Ana. haha. Terima kaseh Amal. Walaupun itu hadiah birthday ak yang dah lepas, ak sangat sangat hargainya. Tetiba excited je bila dapat doll tu. Tak nak percaya pom ada. Memang setiap malam bakal jadi peneman ak tido lah kan ~ haha


Si pemberi hadiah @Amal ^_^

Ana yang eksaitedddd =,=

Tanpa hadiah dari korang pom, ak happy jgak. Hubungan persahabatan yang terjalin antara kita itu yang paling ak pentingkan. Sayang korang ketat ketat. *hug 

p/s : Tiada lagi hujan ribut dalam hati. Yang ada hanyalah mentari yang sentiasa akn terus menyinar. Terima kaseh untuk segala jenis nasihat yang diberikan. ^_^


No comments :

Post a Comment

Copyright @ Segala yang berada di blog ini adalah hak milik Ana Shuwaa. Terima kasih