Tuesday, 31 July 2012

0
Komen

#9 : Sssshhhh Diam

Assalamualaikum dan selamat pagi.



Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan

TAPI

Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya

KERANA

DIAM kita mungkin di salah tafsir
DIAM kita mungkin boleh mengundang syak wasangka
DIAM kita mungkin akan silap diterjemah
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud

JUSTERU

Jika kite merasakan DIAM itu adalah yang terbaik
Seharusnya kita DIAM.

NAMUN

Seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak
Berkatalah sehingga mereka DIAM.



P/S: My heart is not a playground. Go play somewhere else.


Thursday, 26 July 2012

3
Komen

#8 : Bila gembira hati pom senang =,=

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. 

Okay bertemu kita lagi ya dalam blog usang lagi comel ini. Sila jangan muntah nanti batal puasa. wink wink. Ehem, ari ini dah masuk ramadhan yang ke 6. Seriously ak x sedar langsung dah nak dekat seminggu dah kita semua berpuasa. Entahlar. Tak rasa mcm berpuasa je sebab perut x delah meragam kata lapar ke hapa. wuwuuwuw. Bagus giler kau perut. Seakakan memahami apa yang tuan dia lalui. hihi


Dan sempena ramadhan yang mulia ini, ak telah membuat beberapa orang kawan ak terkejut sebab ak memakai tudung labuh. Bukanlah bermaksud yang selama neh ak memakai pakaian yang teruk teruk ke hapa cuma ak rasakan sudah terlalu lama untuk ak tidak mengenakan tudung labuh mcm zaman kat nilai dulu. Seriously rindu giler weh zaman pemakaian tudung2 labuh. Sekarang neh ak hanya memakai tudung bidang 50 or selendang labuh je. wuwuuwuwuuw


zaman kat nilai.
Rindu giler ^^


Kemunculan balik tudung labuh Ana. wink wink ^^

heee, agak kekokla bila ada certain people yang pandang pelik kat ak. Apa masalahnya dengan pakai tudung labuh. Still menutup aurat kot. Mungkin diorang pelik kot sebab x pernah nampak ak pakai mcm tu ~ haha. Rindu rindu rindu pada tudung labuh. Tetiba teringat akan cerita bila yang Berkopiah bertemu si tudung labuh :p


Okay, tutup cerita pasal tudung labuh. heee, nie kita masuk plak pasal cerita assingment and presentation. Alhamdulillah, bolah kata 80% dah settle. Segala jenis presentation dah abes dah kelmarin. Individual and group presentation for Bm, and Group presentation for Sciences of Quran (SOQU) done. wink wink. Sudah boleh bernafas lega. Sangat sangat walaupun individual presentation utk BM ak teruk giler. Apa pom markah okay la jgak ak dapat. Dan ak tidak terkejut kalau markah presentation Bi ak lagi tinggi dr Bm. haha. Apa korang ingat senang ke nak skor markah utk presentation Bm. Sangat susah okay. Korang tidak boleh langsung ada kesalahan bahasa or bertutur dengan larasa bahasa tidak formal. Semua itu akan menolak markah korang. haha


Sekarang neh just nak fokus utk group assingment Bm jelaa nanti and study utk Bm serta Soqu for  final examination. Terasa kejap je masa berlalu. Rasa mcm baru semalam je baru ambik short sem. Tidak terasa 2 bulan bakal berlalu. muahhahahah xD


Group presentation utk Bm.
Good job everyone ^_^

Dan ak berharap utk bulan puasa neh, apa yang ak harapkan bakal terjadi. Tapi kalau hanya berharap tanpa berusaha tidak berguna jgak kan. So, sama-samalah kita usahakan. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. :))

p/s : Rindu nak masakkan makanan utk berbuka puasa kat rumah. Sangat :'(


Sunday, 22 July 2012

0
Komen

#7 : Ukhuwah itu indah

Assalamualaikum dan selamat malam.

Alhamdulillah, sekarang sudah masuk dua ramadhan. Dan seperti biasa, ramadhan tahun nie ak sambut di UIA lagi. Tak berkesempatan utk menyambutnya di rumah. Its okayy. kita menuntut ilmu kan, so kemanisan tu pasti akn kita rasai walaupun menyambutnya tanpa keluarga di sisi  ~wuuwuwuw 


Ehem. Sepanjang dua minggu kebelakangan ini, banyak benda yang telah terjadi. Sangat sampai tak terjelas ak kat sini. Semuanya memerlukan kecekalan dan ketabahan untuk dihadapi. Ianya bergantung kepada diri sendiri lah macam mana nak menangani. Ada orang kata, kita janganlah lari daripada masalah. Sebab kalau kita lari bilakah ianya akan selesai. So, just face it. :))


Aku bukannya perfect sangat pom. kadang2 untuk bagi nasihat kat orang, terasa diri ini macam kerdil sangat. Terfikir dalam hati, layakkah ak untuk menasihatinya ? Tapi kalau bukan kita yang nak menasihatinya sapa lagi kan. Tambah-tambah bila orang itu adalah kawan baik kita, lagilah kita akan rasa bertanggungjawab utk melakukannya. Tapi hendak menasihati itu, ada caranya. 


Bila kita nak nasihati orang, cuba buat dengan ikhlas. Jangan disusuli dengan perasaan amarah. semua itu hanyalah mainan syaitan semata. Banyak benda yang ak belajar. Dalam pada kita nak menasihati orang, kita juga harus terima jika ada orang yang menasihati kita. Terima dan berfikir sejenak. Renungkan dan muhasabah diri. Semua itu insyaALLAH bakal membuka mata kita dengan seluasnya.


Orang kata ukhuwah itu indah. yeah sangat indah. Tambah tambah bila ianya kerana ALLAH. jujur dalan persahabatan itulah kunci ukhuwah yang sebenar. Sayang tapi kalau menyakiti itu namanya ego. Sayang tapi membiarkan kawan sendiri dalam kealpaan itu pendustaan namanya. Sayang itu biarlah didasari dengan teguran andai kawan kita alpa. Jangan hidangkan mereka dengan kesakitan yang kita berikan. Cuba fahami mereka. Selami hati mereka. Jangan kerana apa yang kita nampak dengan mata sendiri, lalu kita menghukum. Itu tidak adil namanya. 


Dan kerana ukhuwah itulah ak memiliki sahabat-sahabat yang terbaik. Ak sayangkan mereka. Sangat sayangkan. Sangat bahagia bila memiliki mereka sebagai teman rapat. Saling menasihati, saling menegur. Semua itu indah. Gaduh gaduh manja sudah biasa terjadi. Itu sudah lumrah. Tanpa pergaduhan mana mungkin kasih sayang akan mekar ~ hehe


I love them
Nur syahirah  @ Amal Hayati 


Banyak benda yang kitorang sharing maring bersama. Pasal pelajaran, pasal hati dan perasaan, pasal jiwa remaja, dan banyak lagi la. Tambah tambah bila kitorang sekepala, memang mudahla utk saling memahami. dan tidak dilupakan jugak buat aloong dan Hb yang selalu jugak memberi nasihat. sangat tak jemu. Menegur dikala ak tidak berada dalam pertimbangan yang waras. haha. okay, terima kaseh utk segalanya semua. ^^


And today it is my unforgettable moment. hehe, dapat hadiah dari Amal. Sangat tak sangka. Yelaa, tetiba dapat hadiah pada kedua ramadhan. Kelas kau Ana. haha. Terima kaseh Amal. Walaupun itu hadiah birthday ak yang dah lepas, ak sangat sangat hargainya. Tetiba excited je bila dapat doll tu. Tak nak percaya pom ada. Memang setiap malam bakal jadi peneman ak tido lah kan ~ haha


Si pemberi hadiah @Amal ^_^

Ana yang eksaitedddd =,=

Tanpa hadiah dari korang pom, ak happy jgak. Hubungan persahabatan yang terjalin antara kita itu yang paling ak pentingkan. Sayang korang ketat ketat. *hug 

p/s : Tiada lagi hujan ribut dalam hati. Yang ada hanyalah mentari yang sentiasa akn terus menyinar. Terima kaseh untuk segala jenis nasihat yang diberikan. ^_^


Saturday, 14 July 2012

0
Komen

#6 : Taktahunakletaktajukapa =='

Assalamualaikum dan selamat petang

ehem. Tetiba rasa nak hupdate blog pulak di petang yang sepoi-sepoi bahasa neh tapi tajuk entry ak tak tahu la nak letak apa. so, korang baca jelaa eh apa yang bakal ak merapukan nanti ~ wuwuuwu


Minggu neh minggu yang ak rasa paling senget sekali. Sebabnya minggu neh ak telah menghadapi satu exam di mana kelas utk subjek tu baru tiga kali je ak masuk. Sangat owsem bila kelas seterusnya ak jawab exam, hoorayyy, sangat suka. Tak tahu la apa yang ak merapukan masa jawab exam tu. Almaklumlah dapat lecturer foreigner. Dengar kata lecturer neh kedekut markah jgak la. huish, gerun la plak ak dengar. Arap2 la  ak akan LULUS dengan CEMERLANG utk midterm ak neh. hehe


Dan sekarang ak kena tumpukan pada assingment tu plak. Tarikh submit adalah pada 17/8 neh. Tapi sekarang satu hapa pom x start lagi. Tapi maklumat semua dah ade la. just tunggu nak hadamkan semua n menaip dengan penuh semangat selepas neh. wakkakaakk. *hupdate blog semangat plak =,= 


Dan dan kelmarin kitorang (makum`s family) ada post mortem . ingatkan ada la nk cakap apa-apa ke, tapi just makan-makan je. wuwuuwuuw, serious banyak giler makanan kelmarin . Lupa plak ak nak tangkap gambar. kalau tak ak tempek dah kat blog ak neh. haha. Lagi lagi benda yang paling best bila dapat duit allowance utk makum dengan ada orang buat drama korea time post mortem kelmarin dengan bagi bunga kepada Cik Bunga dan opkosnya cik bunga tu bukan ak. ak neh hanya mampu jadi komplot tak bertauliah je. wakakakak xD


Menjadi perasmi pertama utk bunga itu.
saje feeling ak yang dapat bunga  ~haha

Mereka semua (makum`s family) tersangat owsem dan sporting . Gembira dapat kenal dengan diorang. ^_^



Monday, 9 July 2012

5
Komen

#5 : Teater Realiti Alam Fantasi

Assalamualaikum dan selamat petang.

Okay, hati ak dah melonjak lonjak neh mahu mengupdate blog yang setelah yang hampir 3 minggu diabaikan. Dan petang neh ak cuba juga utk melunaskan gelodak perasaan kat dalam ahti neh. Tak kira . nak hupdate jgak walau macam mana ari neh. haha. Dah la mid term ak ari kames neh dah. Assingment pom x mencari apa pom lagi. terbaep ah ana. tabik tabik =.=


Entry kali neh mungkin agak sedikit panjang sebab nak mendoublekan banyak benda dalam satu entry. So kalau rasa mcam x larat nak baca tu boleh je nak pangkah. haha



Ehem. Masih ingat lagi tak yang aku da cakap  terlibat sebagai budak belakang tabir utk teater Makum. Well, teater tu Alhamdulillah dah selamat dah berlangsung dengan jayanya pada 5 julai yang lepas dekat UM.  Dan keputusan rasmi telah pom diketahui semalam.  Rasa mcm tidak percaya plak yang teater tu dah abes . Maka bila dah habisnya teater, bermaksud dah abes dah kerja2 props yang kitorang kena buat. Rasa macam rindu lah plak pada kerja2 props neh. Hehe.  


IIUM punya poster ^^

antara universiti yang menyertai :)

Macam yang tertera kat atas tu lah kan, pertandingan neh berlangsung dekat Panggung Eksperimen Universiti Malaya and turn uia adalah pada malam jumaat. Sebelum malam pertandingan tu kitorang ada buat semayang maghrib dan isya` berjemaah serta bacaan yaasin bersama2 dekat experimental hall. Boleh kata experimentall hall tu adalah tempat latihan diorang lah siang dan malam kalau hall tu x de orang nak guna. Kitorang budak2 props neh datang time ada rehearsal jelaa. Angkut barang dari Bangunan Hs ke Experimental hall tersangatlah owsem. haha


But malam yang kitorang buat semayang berjemaah dan bacaan yaasin bersama2 tu lah, kitorang semua budak2 props bermalam kat exp hall. sebabnya kitorang kena merepair hands2 props dan siapakan segala jenis props yang masih belom settle lagi. Memamg berani habis lah kan bermalam kat situ. Dengan sejuk dan nyamuk yang bebas berkeliaran menghisap darah2 manusia dalam exp hall tu. fuuh, sangat menguji kesabaran jiwa. Dan lagi bertambah owsem bila tetiba bersemangat nak buat air nescafe panas utk minuman pada pagi ari tu dengan masukkan garam. Memang lah kan garam tu adalah pengganti kepada gula sekarang neh. muahahahha xD


Well, everything goes well on that day walaupun masih ada benda yang belum siap lagi time tu. Masa yang ada digunakan dengan sebaiknya utk menyiapkan segala benda yang masih belum selesai lagi. Time tu apa yang penting adalah kerjasama. Yes, we did ! ^^


salah satu scene ~

Ak x tahu kenapa tapi ak sangat sukakan panel kat belakang tu. seriously nampak cantik giler kot. Padanlah ramai orang serbu stage after kitorang habis perform malam tu ~ haha *giler perasan 


after performance ^^
first time berada atas pentas, rasa teruja pom ada.
muahahahha xD

props members :))
Menerima pelukan dari kak shan after staging. ^^

barisan  pelakon RAF :))
Siyes sangat owsem 

all casts and crews ~

senyuman kegembiraan
sebelum berangkat pulang ^^

Melihat mereka semua gembira, ak juga  turut merasa gembira. Walaupun ak neh tidak lah rapat sangat dengan diorang tapi sikap giler2 diorang tu membuatkan ak rasa tidak kekok. memang lah hakikat kat luar yang ak jgak perangai seperti diorang semua , giler- giler cuma saja je ak tak nak tunjukkan. takut terkejut je nanti semua orang. haha. Cukuplah sekadar budak2 props yang mengetahui setakat mana tahap kegilaan ak neh. wakakkakka xD


Untuk performance malam tu, ramai yang memberi feedback yang positif even dah hampir 6 tahun uia x masuk teater makum. Rasa keterujaan itu membuatkan ak print screen semua wall post diorang. Aku tahu nampak agak sengal di situ. haha










Banyak lagi la sebenarnya feedback positif yang dapat. Hanya tu je yang mampu ak print screen. haha. Tak cukup dengan itu, para pelakon dan krew jgak tidak ketinggalan untuk bermaaf-maafan ~ haha. tersangat enjoy melihat telatah diorang. Semalaman kitorang bermeroyan dekat page event. Tak tahan kot ak gelak. Memang ada high la sikit malam tu. wakakkakakka :p





If you can read what kak mei said, RAF will be performed during long sem. oh yeah. rasa mcm x sabar plak bila nak buat dekat tempat sendiri. wakkakak xD. Mesti lagi havoc kan nanti ~ :))


Since keputusan diumumkan malam semalam, semua casts and crews pergi ke UM. Memang lah kan sesi menangkap gambar x pernah berhenti. ada je setiap masa dan saat. haha. ak pom x nak ketinggalan jgak kot. Dahla pergi rawang pagi kelmarin then balik tu terus siap2 nak g UM. giler bersemangat. haha


kitorang semua AYU ! HAHA

Dengan pelakon utama RAF
Oh yeah ~ 


kegedikkan terserlah ~  haha

Nak tunggu dapat masuk ke panggung eksperimen adelah nak dekat dalam dua jam menunggu. Tu yang high sikitnya . Sikit sikit tangkap gambar. Memang kalau ada DSLR jgak, lagi lah kan sakan bergambar ~ wakakakka xD. Hanya mampu menganyam mimpi jelaa dulu. ~


tentatif program ~

Masa dah masuk panggung tu kan, x sah la kalau x dengar ucapan dari beberapa orang. slide show pertandingan serta komen para juri turut ditayangkan dan turut dihidangkan dengan selingan performance oleh budak2 UM. 


Masa nak diumumkan pemenang kategori tersangatlah mendebarkan. Sebanyak 16 anugerah diberikan. Dan uia membolot 3 anugerah daripada 5 pencalonan. Satu pencapaian yang sangat membanggakan okay setelah hampir 6 tahun tak menyertai pertandingan festival makum. 


Anugerah Festival Teater Makum 2012

Tempat pertama : UKM ( Cinta Seorang Pencuri)
Tempat Kedua : UUM ( Dejavu Seorang Perempuan)
Tempat ketiga : USIM ( Preh !)
and

IIUM won 3 awards from --->>
Kumpulan Berpotensi ( Anugerah khas juri)
Jurubusana & Tatarias terbaik 
Pelakon Harapan ( Pokka)

and also nominated for 
Teknikal Terbaik 
Pelakon pembantu Lelaki terbaik ( Raja Maetius)


Seriously, after 6 years being dormant , UIAM sekarang sedang menuju ke puncak. Harap2 lah utk festival teater akan datang UIAM akan mendominasi semua anugerah. Well, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih kan. InsyaALLAH :))


with pokka.
"emas emas " xD


Hampir sebulan terlibat dengan belakang tabir, banyak benda yang ak dah belajar. Apa yang penting adalah kerjasama. Tanpa kerjasama mana mungkin kita akan mampu buat yang terbaik kan. Pasti akan ada sedikit cacat celanya kat mana.
After this, my life will come back to the normal. haha. no more balik pukul 2 hingga 3 pagi utk menyiapkan props. Tiada lagi hs square tempat melepak sambil buat kerja  lebih daripada 15 jam setiap hari. Tiada lagi turun naik bilik elits menyimpan dan mengangkut barang2 props. Tiada lagi kedengaran lagu2 thailand berkumandang menemani kesepian sewaktu membuat props. Tiada lagi keserabutan memikirkan mcm mana nak figure out benda2 yang terpaksa di ubah balik. Tiada lagi hilai tawa dan usik mengusik since orang yang ak suka usik tu x ambik short sem.  kalau nak dkira, banyak lagi yang TIADA LAGI kat sini. Sekarang hanya tinggal kenangan  ~ 


Betul lah orang kata, bila masa dah lepas je kita pasti akan teringatkan. Sedangkan kita lupa kita jugak yang mintak hari itu berlalu dengan cepat supaya kita tak sakit kepala dan stress memikirkan. Well, I`m guess it is normal lah  kan. haha. 


last picture with them last night
EVERYONE IS OWSEM ^_^


P/s:  credit gambar pada Asyraf Badrulhisham a.k.a kelicap, k.shan dan juga Amy Leeya :)


Copyright @ Segala yang berada di blog ini adalah hak milik Ana Shuwaa. Terima kasih